TERAS membantah pengkomersialan bulan Ramadhan sebagai produk pelancongan

TERAS membantah dengan keras cadangann Kementerian Pelancongan yang merancang untuk mengadakan Ramadhan Summer Festival untuk menarik pelancongan Arab datang ke Malaysia seperti yang diumumkan oleh Menterinya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia yang sangat dihormati sebagai bulan ibadah untuk meningkatkan kekuatan rohani dan akhlaq kaum Muslimin.

Pengumuman Menteri tersebut yang merencana bulan itu sebagai bulan pesta makan dan pelbagai aktiviti yang dianggap akan menarik pelancong adalah semasekali bertentangan dengan makna dan maksud Ramadhan.

TERAS mendapati rencana itu adalah suatu penghinaan terhadap kemulian bulan barakah yang mengajar para kaum Muslimin utnuk mengawal nafsu serta mendidik diri untuk tidak bersifat berpoya-poya dan membazir.

Lebih berat lagi Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan tidak boleh menjadikan ibadah puasa di bulan Ramadhan sebagai produk pelancongan.

Malaysia mesti menunjukkan contoh untuk menjaga kesucian segala ibadat dalam Islam dari dicemari oleh amalan-amalan yang bercanggah dengan syariat.

Dengan program yang hanya mengambilkira aspek keuntungan yang dapat dikumpul dari wang pelancongan yang dijadi perhitungan adalah sangat merendahkan malah menghinakan.bulan Ramadhan.

Kesucian bulan Ramadhan tidak boleh dicemari dengan budaya komersialisasi seperti yang dilakukan di Barat.

Malah TERAS menentang sebarang usaha yang menjadikan ibadah yang mulia disisi Islam dalam apa bentuk sekalipun bertukar dan dipakej sebagai bahan atau khidmat yang dijual untuk mengaut keuntungan.

Kenyataan Menteri itu yang berkata pihaknya akan merujuk kepada Jabatan Agama Islam untuk menjemput imam-imam yang terkenal bagi memimpin ibadah Tarawih sebagai satu lagi pakej menarik pelancong untuk berkunjung ke Malaysia adalah menunjukkan kejahilan beliau terhadap martabat solat Tarawih di bulan puasa..

Soalnya apa urusan Menteri yang tidak ada kaitan dengan urusan Islam mahu membabit diri dengan jemputan imam solat Tarawih . Apakah beliau melihat khidmat imam juga sebagai suatu khidmat komersial untuk dijadi penarik kepada sektor pelancongan?

TERAS mengesa pihak kerajaan segera memperbaikki keghairahan melampau pelbagai pihak semada awam mahupun swasta yang menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan pesta makan dan pesta membeli yang sangat bernuansa komersial berlebihan.

TERAS membantah keras sikap komersialisasi melampau dalam berbuka puasa , bersahor , dan menyambut ‘idil fitri yang nampaknya tidak dikawal dan tidak ditegur oleh pihak jabatan Agama.

Gimik berbuka puasa di hotel secara mewah dan membazir , serta jamuan berbuka yang menghidang juadah yang terlalu banyak amat bercanggah dengan ruh ibadah puasa yang diperintah oleh Allah S.W.T.

Komersialisasi keterlaluan diperlihatkan sehingga bulan puasa bukan lagi menjadi bulan sederhana dan bulan penuh tumpuan kepada ibadat puasa

TERAS mengesa agar program yang diumum oleh Menteri berkenaan dibatalkan .

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,480 hits
Kalendar
Jun 2010
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
%d bloggers like this: