Perbincangan Penyelarasan antarabangsa bagi usaha bantuan kemanusiaan Gaza diantara MAPIM dan wakil OIC

KENYATAAN MEDIA

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

25hb Ogos 2010

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) hari ini telah mengadakan perbincangan usaha sama inisiatif komprehensif pembangunan semula Gaza dengan Jabatan Hal Ehwal Kemanusiaan, Persidangan Islam Sedunia (OIC) serta dua wakil pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa, Ar-Rahmah Alamiah, Kuwait dan Relief without Borders yang berpangkalan di Sweden.

Perbincangan yang turut disertai beberapa delegasi misi Ramadan di Gaza – March for Freedom MAPIM dan NGO tempatan itu telah diadakan di Martrade, Kuala Lumpur dipengerusikan oleh Mohd Azmi Abdul Hamid (Cikgu Azmi), ketua misi RADIG-MFF merangkap Setiausaha Agung MAPIM.

Setakat ini 100 projek telah dikenal pasti merangkumi pelbagai bidang termasuk pendidikan, kesihatan, perumahan, infrastruktur, pertanian, ekonomi dan pembangunan belia.

Dr. Rami M. Inshasi, Ketua Jabatan Hal Ehwal Kemanusiaan OIC berkata penyelarasan kerja-kerja bantuan kemanusiaan di Gaza perlu dilakukan bagi mengelakkan daripada pembaziran dan pertindihan bantuan.

Dalam pengalaman beliau menggerakkan kerja-kerja bantuan kemanusiaan, pernah berlaku bekalan ambulan yang diperlukan di sebuah lokasi bencana cuma 50 buah sahaja tetapi akibat tidak ada penyelarasan jumlah ambulan yang akhirnya disediakan 120 buah, jauh melebihi keperluan tempat berkenaan.

Katanya lagi, ini suatu pembaziran.  Ambulan yang berlebihan itu boleh disalurkan ke tempat lain yang memerlukan.

Wakil Ar-Rahmah Alamiah, Kuwait, Dr. Waleed Al-Anjai pula menambah usaha sama antara NGO Islam seluruh dunia perlu direalisasikan demi penyatuan kerja-kerja bantuan kemanusiaan umat Islam seluruh dunia.

Katanya, sudah tiba masanya umat Islam bersatu dan menjalinkan ikatan ukhwah yang utuh di dalam melaksanakan kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang rata-ratanya menimpa saudara-saudara se-Islam sendiri.

Dalam pada itu, Dr. Mahfoodh Ali, Pengurus Projek, Relief Without Border yang berpangkalan di Stockholm, Sweden menjelaskan masyarakat Islam antarabangsa perlu memahami mengapa rakyat Palestin khususnya di Gaza mesti diberikan keutamaan bantuan kemanusiaan dibandingkan yang lain.

Kata beliau, bantuan kepada rakyat Palestin yang dizalimi Israel itu adalah bantuan yang memenuhi tuntutan agama demi pembebasan Al-Quds.

Usaha sama yang diselaraskan di bawah naungan OIC itu bakal disempurnakan secara rasmi melalui piagam bertulis yang dipersetujui bersama.

Rombongan yang diketuai Dr. Rami Inshasi dijadualkan berlepas ke Indonesia dan Brunei setelah sempurna tugasan di sini.

Sementara itu, Cikgu Azmi dalam reaksinya memaklumkan bahawa sebuah bengkel peringkat Asean dicadang untuk diadakan pada bulan Oktober ini bagi memperhalusi lagi projek dan gerak kerja usaha sama tersebut dengan penyertaan rakan-rakan kongsi sekitar negara-negara Asean.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agong

MAPIM

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “Perbincangan Penyelarasan antarabangsa bagi usaha bantuan kemanusiaan Gaza diantara MAPIM dan wakil OIC

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,639 hits
Kalendar
Ogos 2010
I S R K J S A
« Jul   Okt »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: