TERAS DESAK BATALKAN PROJEK MENARA 100 TINGKAT WARISAN MERDEKA

TERAS mendesak kerajaan membatalkan hasrat PNB untuk projek menara 100 tingkat Warisan Merdeka yang telah diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam ucapan belanjawan 2011 yang lalu.

Suara bantahan supaya projek ini dibatalkan ternyata sangat meluas , termasuk kutipan suaran dari face book yang sudah melbihan 60,000 dalam hanya beberapa hari , dan ini adalah suatu referendum terbuka rakyat agar kerajaaan berhenti dari meneruskan regim perbelanjaan negara dengan projek-projek mega yang membazir walapun wang yang diguna adalah dari GLC seperti PNB.
Hujah bahawa pihak PNB tidak akan menggunakan dana saham amanah RM 115 bilion untuk projek tersebut maseh dipertikaikan kerana dana dari keuntungan yang didakwa diperolehi oleh PNB selama 30 tahun tetap dalam bidangkuasa kerajaan dan melibatkan juga wang rakyat ,untuk mengarahkan semada projek seperti itu perlu dilaksanakan atau tidak oleh GLC yang berkenaan.
Tempoh yang dijangka 10 tahun untuk disiapkan projek bersepadu bernilai RM 5 bilion sangat terdedah kepada ketentuan ekonomi dunia yang tidak boleh diunjur sama seperti sebelum krisis ekonomi 1997 atau sebelum kelembapan ekonomi US dan Eropah beberapa tahun yang lalu.
Pihak PNB yang turut menjelaskan projek itu akan dijamin bersifat mesra alam , berciri pembangunan bercampur seperti hotel , ruang perrniagaan dan pejabat . Namun ia tidak boleh diterima secara mendatar.
Sesebuah projek yang mempunyai skala perbelanjaan sedemikian besar sangat terdedah kepada perubahan ekonomi dunia semada dari segi harga bahan binaan , harga buruh , nilai mata wang , permintaan ruang , kadar faedah pinjaman , premium insuran . 

Sementara itu teknologi binaan pencakar langit bukan lagi menjadi pilihan masakini kerana faktor pelbagai bencana alam sekitar yang tidak menentu.

TERAS tidak dapat menerima projek seperti ini yang jelas hanya mementingkan imej dan simbol sebagai mercu tanda negara moden dan maju. Ini tidak sepatutnya menjadi indikator untuk dijadi kayu ukur kemajuan.
Dalam zaman dunia berbicara soal agenda pembangunan yang menekankan soal guna sumber secara mapan , kenapa Malaysia gila dengan bangunan pencakar langit hanya untuk bermegah sedang ada banyak keperluan lain dalam pembangunan yang perlu diutamakan.
Pihak PNB hanya mendedahkan pembelian kawasan seluas 7.6 hektar di kawasan tersebut dengan harga RM220 sekaki pada tahun 2000 dari Pengurusan Danaharta Nasional Bhd bernilai RM320 juta dan kini bernilai RM800 kaki persegi.
Soalnya dengan nilai asset yang bertambah pada PNB itu tidak bermakna PNB boleh menjamin bahawa permintaan untuk membeli ruang atau menara yang dibangunkan akan terus terjamin.
Tidakkah pasaran hartanah juga tertakluk kepada ekonomi dunia yang tidak menentu?
Bukankah sedemikian banyak bangunan mewah terbengkalai disekitar Kuala Lumpur yang tidak dapat dipulihkan , akibat krisis ekonomi luar dugaan?
TERAS sangat kesal betapa sedemikian banyak keutamaan lain yang sepatutnya diberi perhatian dalam belanjawan negara seperti ada sekolah yang tidak dapat disiapakan malah terbengkalai , sekolah yang siap tetapi diistihar tidak layak diguna , sekolah agama rakyat yang sangat daif dari segi fizikal , rumah kos rendah yang tidak berkualiti …akan tetapi yang diumumkan adalah Menara 100 tingkat bernilai RM5 bilion.
TERAS kesal betapa pihak kerajaan dan pihak pengurusan dana PNB nampaknya maseh terperangkap dalam agenda dan paradigma lama mengenai jenis dan sifat pembangunan kotaraya.
Isu-isu bandaraya seperti  pengurusan dan bekalan gunatenaga , bekalan air , ruang yang tidak efesien , kesesakan lalulintas , kesan bangunan pencakar langit kepada  kepada geofisikal bandaraya, kos sewaan dan pelbagai isu yang lain nampaknya dipandang rengan oleh perancang dan pengusul projek ini.
Bangunan pencakar langit yang nilainya mungkin lumayan tinggi namun kos pengurusan dan penyeliaannya juga bakal menelan kos yang akan bertambah tinggi ,pasti akan menjadikan ketidakseimbangan pemilikkan ruang antara golongan yang berkemampuan dan meminggirkan golongan yang tidak berdaya ekonomi kuat.
Ruang niaga di Pasaraya Suria  KLCC itu sendiri kini gersang semasekali dari peniaga bumiputera lantaran ruang sewa yang tidak mampu dibayar oleh usahawan sederhana.
TERAS berpandangan sudah sampai masanya kerajaan berhenti dari  sindrom membangunkan struktur mega seperti yang telah dibangunkan sebelum ini. Zaman bermewah dan lupa kepada  kesan jangka panjang kepada kewangan dan ekonomi negara dan kebajikan rakyat bakal menjadikan negara terperangkap dalam krisis ekonomi seperti yang dihadapi oleh negara maju seperti US , Greek , Finland , Perancis dan UK.
Apakah projek yang dikatakan akan dilaksanakan oleh PNB itu tidak mahu mengambilkira suara rakyat yang mahukan projek-projek yang lebih mapan dari segi ekonomi dilaksanakan.

Jika benar kerajaan mengutamakan rakyat kali ini rakyat berkata TIDAK kepada projek Menara 100 tingkat Warisan Merdeka.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Perihal

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan agenda melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,876 hits
Kalendar
Oktober 2010
M T W T F S S
« Aug   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: