TERAS BANTAH ETP YANG MENONJOLKAN HIBURAN MALAM DAN INDUSTRI SPA

Kenyataan Media TERAS

25hb Oktober 2010

TERAS BANTAH ETP YANG MENONJOLKAN HIBURAN MALAM DAN INDUSTRI SPA

TERAS membantah keras pelan Economic Transformation Programme, ETP untuk menjadikan hiburan malam sebagi pendekatan meningkatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mengikut yang tercatat dalam dokumen Program Transformasi Ekonomi.


Kami kecewa dan membantah rancangan kerajaan untuk memperbanyakan pusat hiburan malam bagi menganjur acara-acara  konsert antarabangsa  dengan mengendurkan peraturan yang ada. .
Dalam dokumen ETP didedahkan akan ada 12 projek hiburan untuk meningkatkan pendapatan melalui perlancongan.


Soalnya apakah ini yang ingin ditonjolkan oleh ETP untuk meningkatkan pendapatan dikalangan rakyat di negara ini.? Dimanakah pertimbangan nilai dan budaya tempatan yang sepatutnya ditonjol dan dipertahankan? Adakah ini caranya kerajaan mengutamakan keperluan rakyat?

Kami kesal bila mendapat tahu bahawa peraturan yang sedia ada akan dikendurkan bagi memudahkan pertunjukkan antarabangsa di bawa masuk ke Malaysia.. Bagi kami ini adalah benar-benar tindakan mengadai maruah negara dan nilai akhlaq  rakyat  diketepikan hanya kerana mahu melayan kehendak pelancong dan mengutamakan komersialisasi kebudayaan hedonistik.

Jelas sekali peraturan yang ada didalam PUSPAL yang menjaga syarat penganjuran pertunjukan dari artis luar akan dikorban kerana mahukan Malaysia lebih mudah menarik persembahan artis dunia.

Melihat kepada kriteria yang ditetapkan untuk mengecualikan mereka dari peraturan PUSPAL akan menjejaskan  akhlaq dan budaya kebangsaan. Malah syarat imigresyen juga akan dilonggarkan untuk memudahkan artis luar masuk ke Malaysia.

TERAS membantah keras perbelanjaan RM467 juta yang akan dibelanjakan oleh kerajaan  yang diperuntukan untuk tujuan ini. Kononya program ini akan menjana  pendapatan RM427 juta dan menyediakan 8,000 pekerjaan.
TERAS berpendirian bahawa ETP yang mahu menetapkan kawasan hiburan khas  iaitu di lima zon iaitu  Lembah Kuala Lumpur/Klang , Genting Highlands, Penang, Langkawi and Kota Kinabalu  melalui kegiatan hiburan malam adalah sangat bertentangan dengan budaya hidup timur  dan Islam..

Dalam dokumen ETP dinyatakan 6 kelab malam baru berkapasiti 900 orang pada hujung minggu akan beroperasi pada awal 2012 dan dua lagi akan dibuka pada 2013 dan 2014.

Kerajaan nampaknya sudah hilang pertimbangan akhlaq dalam keghairahan untuk meningkatkan pendpatan rakyat.

Kami sangat terkejut industry spa juga dilihat menjadi sektor yang akan dibangunkan secara lebih meluas di negara ini mengikut pelan dalam ETP.
TERAS mengesa dan mendesak kerajaan menarikbalik rencana ini dan mengubahkan hala tuju pembangunan ekonomi negara kepada kegiatan yang lebih sihat berteraskan budaya dan nilai agama .

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,969 hits
Kalendar
Oktober 2010
M T W T F S S
« Aug   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: