TERAS GESA KERAJAAN MESRA RASUAH DIGANTI

Kenyataan Media TERAS
27hb Oktober 2010

TERAS GESA KERAJAAN MESRA RASUAH DIGANTI

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Rasuah mengikut laporan Transperancy International kelmarin amat mengecewa.

Jelas Malaysia bukan sahaja mengarah kepada tangga yang lebih baik dari kedudukan sebelumnya , malangnya laporan itu menunjukkan kedudukan Malaysia adalah status quo , iaitu tidak berubah malah sedikit menurun lagi. Sedangkan tempoh cuba mengatasinya sudah mencecah 15 tahun.

Faktor rasuah adalah satu-satunya faktor urustadbir sesebuah negara yang terpenting untuk negara terjamin dari kehancuran.

Akan tetapi inilah yang nampaknya terus berlaku di Malaysia dengan tidak menunjukkan tanda keadaan akan semakin baik.

Lebih malang saranan agar anggota Kabinet wajar mengistiharkan harta kepada umum yang diterima sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohammed diketepikan oleh dua pemimpin kanan kerajaan dan Umno sendiri.

Malah Abu Kassim dilaporkan bersetuju dengan cadangan bekas presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga supaya aset ahli-ahli politik terutama di kalangan anggota kabinet dan kehakiman didedahkan kepada umum untuk menunjukkan ketelusan.

TERAS amat kecewa bila mendapati laporan bahawa Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden Umno berkata cadangan meminta semua menteri mengisytiharkan harta kepada umum wajar diserahkan kepada Kabinet untuk membuat keputusan sama ada perlu dilakukan atau tidak.

Sedangkan seorang lagi Naib Presiden Umno pula Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Dalam Negeri berkata cadangan untuk meminta semua Menteri Kabinet mengisytiharkan harta kepada umum adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan.

Semakin jelas nampaknya pemimpin tertinggi negaralah yang menjadi penghalang besar kenapa rasuah tidak dapat dihapuskan dalam pentadbiran negara.

Saranan yang sangat mudah dan cukup rasional iaitu SPRM diberi kuasa mendakwa dan bertanggungjawab terus kepada Parlimen itu sendiri nampaknya ditolak oleh pemimpin-pemimpin negara.

TERAS menyarankan betapa sebuah negara jiran yang sangat jelas mendudukki tempat tertinggi dalam mencapai status negara sifar rasuah sepatutnya diambil iktibar oleh pemimpin-pemimpin negara , akan tetapi aspek ini pula yang diketepikan untuk diteladani.

TERAS memberi ingatan kepada semua pihak bahawa gejala rasuah inilah yang bakal menjadi Malaysia berada diambang kehancuran jika ia tidak diatasi secara serius.

TERAS mengesa jika pihak kerajaan maseh terus berdalih untuk tidak mengambil langkah-langkah perundangan yang tegas dan telus serta tidak mahu melakukan perubahan dasar yang konkrit untuk membenteras gejala rasuah , maka rakyat sendiri perlu mengambil inisiatif untuk membendungnya dengan pengemblengan maksimal menolak pemerintah yang mesra rasuah.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam KENYATAAN MEDIA, Minda Presiden
2 comments on “TERAS GESA KERAJAAN MESRA RASUAH DIGANTI
  1. ibnuazmi99 says:

    ??? klu ye pun lapar, jgn la kata org menyalak, pdhal diri sndiri menyalak dari jauh, tak berani..

    mai jumpa, kita berbincang, kekalkan ukhuwah, jaga akhlak,

    Tegur elok-elok.. Cikgu pun manusia juga, ada kelemahan..

    Klu tak, pahala tak dpt, makan asap je laa.. ahai, pak kadok..

    • ibnuazmi99 says:

      oh ya, kpd para pembaca, komen ana diatas dituju kpd sorang perespon yg guna bahasa kasar.. responnya dipadam spy maruahnya terjaga.. moga Allah beri hidayah kpd kita semua..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,014 hits
Kalendar
Oktober 2010
M T W T F S S
« Aug   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: