ISU MENGENAI KETUANAN MELAYU

Kenyataan Media TERAS
ISU MENGENAI KETUANAN MELAYU
12hb Disember 2010

TERAS berpendirian bahawa semua pihak tidak sepatutnya terlalu ghairah dengan isu Ketuanan Melayu lantaran ia bukan isu yang memerlukan perbahasan yang berpanjangan sehingga terkeluar dari hujah rasional .
TERAS berpendapat bahawa oleh kerana isu ini adalah isu yang berkaitan dengan kedudukan orang Melayu maka seharusnya ia dibincangkan dalam institusi dan dikalangan pihak-pihak yang berkaitan dengan orang Melayu.
Adalah merugikan dan akan menjadi tidak bermakna bila isu ini dipanjangkan dalam media sehingga ia tidak lagi mengambarkan isu orang Melayu yang sebenar dan utama.
Pada hakikatnya slogan ketuanan Melayu akan kehilangan makna dan arah apabila semua pihak jujur melihat kedudukan orang Melayu secara lebih realistik.
Semua pihak tidak akan dapat menafikan betapa status orang Melayu dari segi ekonomi dan sosial sahaja sudah menunjukkan bahawa slogan Ketuanan Melayu bukan lagi gambaran yang sebenarnya.
Malah ia menjadi momokkan bila secara nyata dan jelas orang Melayu tidak menunjukkan gambaran yang meyakinkan bahawa mereka adalah bangsa yang perlu dihormati.
TERAS melihat isu Ketuanan tidak relevan kerana status sosio-ekonomi-politik orang Melayu sudah banyak menunjukkan kenyataan yang disebaliknya.
Bukankah kenyataan tanah orang Melayu dijual dan dipindah milik kepada orang bukan Melayu menyebabkan kini orang Melayu hilang tapak di tanah airnya sendiri. Lihat sendiri sejarah betapa sedemikian luas tapak orang Melayu yang tergadai di negeri Johor. 

Bukankah orang Melayu sendiri yang mengeluh tidak mampu membeli rumah dibandar seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bharu.

Apakah yang berlaku kepada modal orang Melayu yang telah mengincup dengan begitu ketara dalam perhitungan DEB yang gagal dicapai itu.
Bagaimana pula kedudukan budaya dan bahasa orang Melayu termasuk tulisan jawi yang dihakiskan oleh pemimpin orang Melayu itu sendiri.
Demikaian juga apabila ada golongan elit orang Melayu yang mengatasnamakan Melayu melakukan penyelwengan , rasuah dan membolot kekayaan atas kesengsaraan dan peminggiran orang Melayu terbanyak.
Juga kedudukan akhlaq anak muda Melayu yang telah rosak dengan sangat mencemaskan. Isu penagihan dadah , rempit , anak luar nikah , buang anak , sumbang mahram , bosia , lepak adalah majoritinya melibatkan orang Melayu.
Jadi apa ertinya laungan Ketuanan Melayu jika realiti ini yang terpapar secara nyata dan tidak dapat dinafikan.
TERAS dengan itu mendesak semua kepimpinan Melayu kembali kepada hakikat bahawa selagi bangsa Melayu tidak kembali kepada Islam secara lengkap selagi itulah Ketuanan Melayu tidak bermakna apa-apa.
Ketuanan Melayu bukan suatu tuntutan dalam Islam jika yang dimaksudkan ialah sebagai Tuan kepada bangsa lain. Ia hanya pernyataan untuk menghujahkan bahawa tanah air ini sejak dahulu adalah dihuni oleh orang Melayu dan kaum lain dibenarkan untuk hidup bersama. Namun ini tidak bermakna orang Melayu akan dihormati bila perlakuan dan budaya hidup orang Melayu itu sendiri menunjukkan budaya hidup yang rosak dan pincang.
Apa yang dituntut oleh Islam adalah setiap bangsa menterjemahkan seluruh ajaran Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
TERAS dengan itu mendesak supaya semua pejuang bangsa kembali insaf bahawa penyelamat orang Melayu adalah Islam , bukan dengan slogan Ketuanan Melayu.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,969 hits
Kalendar
Disember 2010
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: