7 KAMPUNG MELAYU PERLU DIWARTAKAN SEBAGAI KAMPUNG MELAYU WARISAN

Kenyataan Media TERAS

26hb Disember 2010

TERAS DOKONG TUNTUTAN  7 KAMPUNG MELAYU PERLU DIWARTAKAN SEBAGAI KAMPUNG MELAYU WARISAN

TERAS mengambil perhatian berat terhadap kedudukan kampung-kampung Melayu di sekitar Wilayah Persekutuan yang diancam pembangunan.

Isu perkampungan Melayu yang semakin lenyap atas nama pembangunan telah berlaku dengan sangat pantas sehingga  terjadi kemusnahan identiti dan sejarah perkampungan Melayu asal yang menjadi tapak penempatan orang-orang Melayu di Kuala Lumpur.

Pembangunan Kuala Lumpur sebagai kotaraya sejak dari dahulu telah mengenepikan konsep pembangunan yang lestari sosio-budaya .

Apa yang berlaku ialah penghakisan tradisi dan budaya hidup penduduk kampung Melayu di Kuala Lumpur sehingga tidak ujud lagi ciri-ciri perkampungan asal yang telah menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup masyarakat Melayu di kota raya ini.

Sebagai akibat , ternyata fenomena peminggiran dan pemindahan penduduk telah menyebabkan banyak kawasan kampung Melayu yang asal telah lenyap samasekali tanpa meninggalkan  sebarang  bekas.

Pada pendirian TERAS Kuala Lumpur kini benar-benar berada didalam tangan para konglomerat dan para pemodal dan ahli politik serta birokrasi  yang rakus dan hanya melihat unsur komersial sebagai penentu kepada bentuk pembangunan yang akan mendominasi Kualu Lumpur.

TERAS menyokong tuntutan Majlis Permuafakatan Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Muafakat) yang mendesak agar semua 7 perkampungan yang kini diancam pembangunan  tersebut iaitu Kampung Bandar Dalam, Kampung Padang Balang, Kampung Chubadak, Kampung Puah, Kampung Sungai Merali, Kampung Sungai Mulia dan Kampung Kuah Seberang diwartakan sebagai Perkampungan Melayu Warisan .

Penolakkan Muafakat terhadap konsep Perkampungan Bandar (Urban Vilage) adalah wajar dan sepatutnya diterima oleh pihak DBKL kerana ia adalah hak mereka secara demokratik untuk mempertahankan perkampungan mereka dan menentukan bentuk pembangunan yang bagaimana yang mereka mahu.

TERAS berpendapat perkampungan adalah berkait dengan pendesaan (rurality) yang berlawanan dengan Perbandaran (urbanity). Secara tradisinya , kehidupan kampung adalah sangat berbeza dengan kehidupan Bandar.

Tradisi kehidupan kampung adalah lebih stabil berteraskan perhubungan kekeluargaan dan ikatan kemasyarakatan dalam persekitaran alami yang lebih  harmonis.

Ini sangat berbeza dengan kehidupan Bandar yang berpaksikan kehidupan serba pantas , mengikut rentak dinamika komersial , beriringan dengan dorongan arus teknologi yang menyebabkan rentak hidup  sosial menjadi lebih individualistik dilingkungi persekitaran yang pejal dan artifisial.

Jadi untuk memperkenalkan konsep “Urban Village” seperti yang cuba dipujuk oleh pihak perunding DBKL  sangat mengelirukan , kerana tujuan akhirnya ialah untuk membandarkan perkampungan. Ini bermakna kawasan perkampungan tetap akan dilenyapkan.

TERAS kesal terhadap sikap dan pemikiran para perancang Bandar serta penggubal polisi dikalangan ahli politik yang sering mengambil pendirian bahawa perkampungan dalam kawasan Bandar sebagai kawasan yang sering dikaitkan dengan masalah sosial dan dianggap kawasan yang “mundur”.

Sindrom menganggap perkampungan adalah kawasan yang perlu dimajukan secara komersial inilah punca kenapa konsep perkampungan sebagai warisan tidak berada dalam agenda mereka.

TERAS mengesa pihak DBKL agar menilai semula model pembangunan yang melibatkan perkampungan tradisonal Melayu di Kuala Lumpur supaya ia tidak hanya mengguna ukuran komersial sabagai penentu kepada jenis pembangunan yang hendak dilaksanakan.

DBKL tidak harus tunduk kepada lobi para pemodal kapitalis yang sering mengguna ahli politik sebagai saluran untuk memaksa DBKL menuruti kehendak mereka .

TERAS mendesak supaya perundingan yang lebih tulus dan lebih jujur  mendengar kehendak dan tuntutan penduduk kampung-kampung Melayu diadakan dan diambil kira secara serius.

TERAS juga berpendapat bahawa keghairahan pihak kerajaan pusat untuk membangunkan agenda “Greater Kuala Lumpur” seperti yang diumumkan oleh PM hendaklah mengambilkira kehendak dan tuntutan penduduk kampung Melayu disekitar Wilayah Persekutuan sebagai tuntutan hak yang legal.

Adalah suatu dasar yang hipokrit jika slogan rakyat didahulukan sering dilaungkan , sedangkan realitinya ialah kehendak para pemaju dan ahli politik berkepentingan yang sebenarnya diberi keutamaan.

TERAS menuntut Menteri Kebudayaan dan Warisan tidak mendiamkan diri utnuk mendengar keluhan pendudukan perkampungan Melayu disekitar Kuala Lumpur. Desakan penduduk untuk perkampungan tradisional Melayu diwartakan sebagai warisan sepatutnya disahut oleh Menteri berkenaan secara positif.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

 

 

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,639 hits
Kalendar
Januari 2011
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
%d bloggers like this: