Bagaimana Anak Muda Mampu Menjaga Agama dan Ummah

 

Tidak dapat dinafikan peranan besar anak muda, belia dan remaja dalam menjaga maruah ummah dan kemandirian ummah. Malah peranan ini telah dinyatakan oleh Yang Maha Pencipta dalam beberapa ayatNya sendiri serta diperjelaskan pula oleh beberapa teladan dan sunnah Rasulullah SAW.

Kisah pemuda di dalam al-Quran


i)                    Pemuda ashabul kahfi

Sekolompok pemuda beriman yang ditidurkan Allah selama 309 tahun selepas meninggalkan kaum mereka yang majoritinya menolak tauhid kepada Allah. Firman Allah dalam Al Kahfi ayat 12-13

“kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka Yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka Dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda Yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka Dengan hidayah petunjuk”.

ii)                  Pemuda asbabul ukhdud sepertimana yang diceritakan dalam Surah As Buruj,

“ Demi langit Yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; dan hari (pembalasan) Yang dijanjikan; dan makhluk-makhluk Yang hadir menyaksikan hari itu, serta Segala keadaan Yang disaksikan; – Celakalah kaum Yang menggali parit,  (Parit) api Yang penuh Dengan bahan bakaran, (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,  sambil mereka melihat apa Yang mereka lakukan kepada orang-orang Yang beriman”.

 

iii)                Golongan awal pemuda yang beriman kepada Rasulullah seperti Saidina Ali dan Abdullah Bin Umar.

 

Dalil peranan umum anak muda

Peranan penting anak muda sebagai generasi penerus dan pengganti telah terangkum dalam firman Allah s.w.t :

Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun pahala amal mereka.” (Ath-Thur : 21)

Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintainya”   (Al-Maidah : 54)

 

Kisah Nabi Ibrahim a.s. yang menegur bapanya yang pembuat pahala pula adalah simbol kepada peranan anak muda sebagai generasi pembaharu.

Ingatlah ketika ia (Ibrahim) berkata kepada bapanya : wahai bapakku, mengapa kamu menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak dapat menolong sedikitpun (Maryam : 42)

 

Pesanan dari As-Syahid Imam Hasan al-Banna:

“Pemudalah yang selamanya menjadi tulang belakang pembangunan sesuatu umat, menjadi rahsia kekuatan sesuatu gerakan dan pemegang panji-panji sesuatu fahaman.“

Menurut Imam Hasan al-Banna lagi, pembaikan suatu umat tidak akan berlaku tanpa pembaikan individu (anak muda) manakala pembaikan individu tidak akan berlaku tanpa pembaikan jiwa. Pembaikan jiwa tidak pula wujud tanpa pendidikan dan pembinaan.

 

Kriteria seorang anak muda yang berkualiti

  1. Berilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.
  2. Mempunyai kesihatan fizikal yang baik.
  3. Mempunyai kebolehan dan keinginan untuk menyampaikan sesuatu kepada masyarakat.
  4. Mempunyai kemahiran untuk hidup bersosial dan berkomunikasi dengan masyarakat.
  5. Mampu mentadbir organisasi dengan baik.
  6. Berakhlak mulia.
  7. Berfikiran jauh ke hadapan.
  8. Menghormati antara satu sama lain.
  9. Rajin belajar.
  10. Bersemangat dan bertenaga.
  11. Berpengetahuan mengenai matlamat, objektif dan halatuju organisasi.
  12. Berkebolehan melaksanakan peraturan dan prosedur.
  13. Kreatif dan inovatif dalam gerak kerja.
  14. Cekap melaksanakan amanah.
  15. Berani kerana ilmu dan amal.
  16. Bertanggungjawab.

 

 

 

 

Persediaan asasi untuk dakwah dan memperjuang isu Islam

  1. Pembentukan karekter Muslim yang sejati

Golongan muda mudah terdedah dengan kemewahan dan kelazatan hidangan dunia sehingga leka dan asyik dengan kehidupan yang beransur jauh dari landasan Islam yang sebenar. Sikap tidak mahu berubah, degil dan suka berfoya-foya menjadikan golongan muda semakin lemah dalam cara berfikir dan bertindak melulu.

Pengaruh hedonisme yang melampau menyebabkan mereka lupa akan hakikat kejadian manusia yang menuntut pengabdian terhadap Allah. Seolah-olah kesenangan dan kenikmatan dunia adalah kemuncak kejayaan akhir hidup di dunia.

” Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. ” (Az-Zariyaat:51)

Remaja sebagai teras golongan muda perlulah berperanan mengawal gelodak nafsu agar tidak gelojoh mengejar kepuasan dunia. Mereka rata-rata hidup dalam angan-angan dan mencipta sebuah ketenangan yang palsu bersama hiburan melampau dan budaya kebebasan hidup tanpa sempadan.

” Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? ” (Al-An’am:32)

Tambahan pula, rata-rata anak muda kita masih lagi sukar mengenal beza antara adat dan ibadah. Mereka keliru malah tidak tahu apa yang perlu diletakkan sebagai karekter diri, anak melayu atau anak muslim.

Sebagai remaja, peranan yang cukup besar adalah melalui perubahan dalam  diri sebagai satu ejen perubahan yang akan meneruskan perjuangan dakwah pada platform dunia yang penuh pancaroba ini. Dan membentuk karekter Muslim, satu kewajipan yang amat perlu dan utama.

 

  1. Persiapan dalam menyediakan fikrah islami yang mantap

Teori dan falsafah barat hampir berjaya mendominasi keseluruhan budaya berfikir kalangan golongan muda. Remaja kini dihidangkan dengan konsep kapitalisme, demokrasi dan kebebasan hak asasi manusia acuan kafir.

 

Sebagai pewaris Islam kelak, seharusnya golongan muda lebih berwaspada dengan jarum pemikiran kuffar yang meletak agama sekadar kepercayaan semata-mata dan hidup berlandaskan hawa nafsu. Sedangkan Islam sebuah keyakinan terhadap Konsep Tauhid yang Agung dan membawa satu cara hidup yang terbaik sejajar dengan keperluan fitrah manusia sendiri.

Usaha serangan pemikiran (ghozwul fikr) yang tersebar luas telahpun diberi amaran dalam firman Allah yang menerangkan tujuan utama serangan pemikiran ini.

” Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka) ” (Surah An-Nisa’:89).

Kehidupan yang di bawa oleh Islam cuba dihapuskan oleh golongan Kuffar dengan membawa mesej agama menjadi kemunduran umat manusia. Sedangkan Islam lah yang mendidik manusia supaya proaktif mencipta kemajuan seiring dengan kemantapan kuntum-kuntum akhlak dan kemantapan iman.

Modenisasi dilaung-laungkan kini menjadi budaya pemikiran remaja melalui trend berpakaian, cara bersosial, teknologi canggih yang membenih sifat kemalasan dan gaya berfikir, secara halus cuba meranapkan kehidupan Islam yang sebenar.

 

  1. Sikap cintakan Ilmu dan pusat Intelektualan

Anak muda sepatutnya menanam semangat cintakan ilmu. Kesanggupan meraih selembar ilmu membina sifat cintakan ilmu dan ikhlas dalam pembudayaan ilmu. Mana mungkin anak muda yang mahu berjuang di landasan dakwah kurang ilmu dan jumud pemikirannya. Kekurangan ilmu mudah menjadi alasan anak muda untuk turun berdakwah apatah lagi merealisasikan amal makruf nahi mungkar walaupun terhadap diri sendiri.

 

Kerana lapangan dakwah didepani dengan masyarakat yang kurang berilmu, suka berdebat, variasi corak berfikir dan sikap tidak endah. Sebab itu, keperluan ilmu amat perlu sebagai bekalan, umpan dan senjata bagi setiap anak muda sebagai perkakas dakwah selain membawa karekter orang yang berilmu. Apatah lagi, ilmu yang ada mampu menangkis dakyah dan serangan pemikiran golongan kuffar.

 

Keikhlasan dan kesungguhan dalam menuntut ilmu berupaya memberi nilai tambahan kepada anak muda untuk menjernihkan kekotoran sistem politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan kefahaman dalam agama yang selama ini dicanang halus oleh tangan-tangan ejen-ejen sekular dan liberal. Oleh itu, jadikan tabiat ke perpustakaan, majlis kuliah agama, kuliah kitab-kitab dan bengkel-bengkel isu sebagai kelaziman dan salah satu sumber kepada ilmu anak muda.

 

  1. Membina kekentalan jiwa dengan menjauhi sikap malas dan putus asa

Jiwa yang terdidik dengan Islam akan sentiasa sabar dan tabah walau sehebat mana badai melanda dalam lautan perjuangan. Dunia Islam masih ketandusan anak muda yang tidak mengenal erti putus asa demi membina keutuhan karekter muslim sendiri seterusnya menyampaikan dakwah kepada masyarakat menerusi penampilan akhlak muslim, cara bersosial yang islamik dan semangat cintakan Islam. Malas untuk berjuang dan rela melihat kemungkaran menjadi satu sebab kenapa remaja kita semakin hanyut dalam arus dunia.

 

Tiada lagi sahabat yang baik dan soleh sebagai pilihan untuk menjadi teman. Menegur bila tersilap dalam percaturan kehidupan, sebagai penyokong untuk segala anjakan kebaikan. Peranan perjuang muda islam adalah sanggup menjadi sahabat dan teman kepada kawan-kawan lain. Buanglah sikap skeptikal dalam memilih sahabat. Kerana mana tahu, mereka adalah golongan sasaran dakwah kita yang hamper.

  1. Pembinaan diri menjadi ahli yang pakar (khusus)

Disiplin-disiplin ilmu yang khusus serta banyak dipelajari di pusat pengajian tinggi adalah satu elemen penting bagi pembangunan diri anak muda. Peluang menimba ilmu selama bertahun-tahun selain bantuan kewangan mahupun sokongan padu dari keluarga perlu dihargai serta digunakan sepenuhnya. Dalam era kini, mempelajari disiplin ilmu sains, ekonomi, sastera, seni, pertanian dan seumpamanya adalah fardhu kifayah bagi umat Islam.

“…maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui.” (al-Anbiya’:7)

 

Sejarah pembinaan tamadun Islam juga jelas menunjukkan ilmuan Islam tidak hanya menekankan keimuan dalam bidang syariah malah turut mengejar cabang ilmu yang berlainan. Setiap bidang ilmu mampu menjaga agama dengan teknik yang tertentu. Pakar pertanian mengawal atur penebangan hutan agar bumi tidak menerus gondol, pakar ekonomi memikir  strategi perniagaan pasaran barangan halal manakala pakar sastera mengupaya ruang bahasa dan penterjemahan. Ini hanyalah sedikit contoh daripada bayak lagi sumbangan yang boleh diberikan untuk pembangunan ummah dan pada masa yang sama tidak mengabaikan aspek hubungan dengan Maha Pencipta dan sesama manusia.

Dengan niat yang ikhlas dan ingin menjadikannya ibadah, pengetahuan dan kemahiran yang diterima dalam pengkususan tersebut bakal menjadi satu jihad dan aset penting dalam kehidupan masyarakat yang akan datang.

 

  1. Memperbaiki kemahiran berbahasa

Artikel liberal dan prejudis terhadap Islam banyak dimuatkan dalam akhbar Bahasa Inggeris. Anak muda amat disarankan supaya memperbaiki kemahiran berbahasa Inggeris sehingga sekurang-kurangnya mampu meneliti bahan bacaan dalam bahasa tersebut. Seterusnya kaedah mendepani permasalahan atau isu bergantung sama ada ingin mennggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

 

Anak muda haruslah cuba mempelajari asas bahasa Arab. Bahasa Al-Quran ini tidak harus dilupakan kerana Barat sendiri telah melihat bahasa ini sebagai salah satu kekuatan umat Islam. Jika kita tidak berusaha mempelajarinya, bahasa ini akan tenggelam bersama sumber asalnya iaitu al-Quran.

 

Tindakan Aktif Apabila Berdepan dengan Isu

1)      Cari bahan bacaan khas untuk mengetahui tentang isu Islam yang terkini. Contoh sumber : akhbar, majalah atau makalah yang ringan.

2)      Mencari forum, seramah atau ‘talk’ berkenaan isu itu di sekitar kita.

3)      Cuba untuk menghasilkan pamphlet atau booklet ringkas berkenaan isu itu. Jika tidak mampu, lawati beberapa lama web Islam yang menyediakan bahan berkaitan, cetak dan potostat.

4)      Sebarkan sebanyak munglin bahan-bahan tadi di stesen bas, kedai makan, kantin, tempat kerja, surau dan masjid.

5)      Latih beberapa individu lain, naikkan semangat juang merka untuk memahami isu umat Islam dan minta mereka berkorban bersama anda.

6)      Serati demonstrasi, petisyen dan tunjuk perasaan untuk menyatakan keimanan anda (bagi isu kritikal).

7)      Cari tempat platform rasmi untuk bersyarah. Contohnya surau di tempat kerja.

8)      Cari beberapa individu sehari untuk bercakap isu Islam itu selama seminggu. Buat senarai semak.

9)      Sebarkan maklumat melalui mailing list, emel peribadi dan ‘groups’.

10)  Hasilkan blog segera untuk memaparkan bahan berkaitan.

11)  Sebarkan maklumat melalui SMS atau surat. Korbankan 1/3 kredit telefon untuk tujuan dakwah ringkas ini.

12)  Hasilkan pelekat, t-shirt atau lencana butang untuk tujuan syiar.

 

Tindakan Proaktif dalam keadaan biasa tanpa ada isu yang mengancam Islam

1)      Bina pangkalan data peribadi yang lengkap. Ia ibarat menyediakan peluru dan bom sebelum berperang. Data dan fakta adalah umpama peluru untuk membela Islam. Jika anda memiliki laptop, buatlah beberapa folder khas untukmengkaji isu umat Islam dan bahagikan setiap isu secara berasingan. Sebarang bahan internet yang didapati melalui mailing list, emeil, YM mahupun yang diperoleh daripada komputer rakan segera disimpan rapi.

2)      Sertai yahoogroups yang pelbagai dan cuba menyumbang idea anda di situ. Anda juga akan menerima banyak emel ilmiah melaluinya.

3)      Dapatkan akses ke pelbgai blog dan laman web tertentu yang sentiasa memaparkan isu Islam terkini dan simpan sebagai ‘bookmark’ dalam PC anda.

4)      Jika tidak memiliki computer atau laptop, buat beberapa fail manual untuk mengumpul artikel bercetak.

5)      Jadikan tabiat ‘news monitoring’ (pemantauan isu akhbar) sebagai tabiat yang baik. Paling berkesan jika memiliki buku skrap mengikut topic yang ingin dikaji. Simpan dan jangan sesekali merasakan isu yang disimpan tidak releven. Dalam hal ini disiplin adalah amat penting. Disiplin dalam jihad sebenar seperti kawad dan ketetapan masa boleh diaplikasi dalam hal kita mendisiplinkan diri mengikuti isu-isu semasa.

6)      Anda juga boleh menghubungkan telefon bimbit anda dengan kiriman SMS berita tempatan atau luar negara yang bermanfaat. Ia umpama penggera diri anda untuk mengikuti isu tersebut secra lebih mendalam lagi.

7)      Jika pergi ke masjid atau majlis ilmu, kumpul risalah isliah yang diberi atau yang dijumpai. Jadikan juga langganan majalah ilmiah atau akhbar tertentu sebagai sumber berterusan anda mendapat maklumat.

 

Perencanaan dan ancaman Barat yang sebenar

Sesungguhnya pihak Barat tidak akan berhenti merencana usaha demi usaha untuk menghancurkan Islam. Antara peristiwa terpenting yang merangsang daya usaha mereka ialah kegagalan Eropah dalan siri perang salib. Pastinya golongan muda Islam adalah salah satu sasaran utama perencanaan mereka. Ustaz Jalal al-Álim dalam bukunya Seruan Barat;Hancurkan Islam, Hapuskan Pemeluknya telah menyenaraikan 9 pelan tindakan yang telah, sedang dan akan diteruskan oleh kuasa Barat ke atas umat Islam serta pendirian mereka atas usaha tersebut.

 

i)                    Menghapuskan Sistem Pemerintahan Islam

Syarat-syarat yang dikenakan Inggeris kepada Turki dan perlaksaannya oleh Mustafa Kamal adalah kemuncak kejayaan Barat dalam rencana besar mereka untuk menjatuhnya khilafah Islam Uthmaniyyah.

Crazon, Menteri Luar Inggeris dalam jawapannya kepada pihak yang memprotes tindakan Inggeris memerdekakan Turki berkata,’’Sebenarnya, kita telahpun melenyaokan Turki, ianya tidak akan bangun lagi selepas ini kerana kita telah melenyaokan dua kekuatan yang ada padanya isitu Islam dan Khilafah Islam.’’

 

ii)                  Menghapuskan Al-Quran

Pihak Barat meyakini bahawa Al-Quran adalah sumber kekuatan dan pembina tamadun Islam. Teliti ucapan missionari Tuckly berikut:

“Kita mesti menggunakan al-Quran yang merupakan senjata yang tajam di dalam Islam untuk kita perangi Islam sehingga kita dapat banterannya sehabis-habisnya dan kita mesti jelaskan kepada orang-orang Islam bahawa yang benar di dalam al-Quran itu bukan sesuatu yang baru dan yang baru dalam al-Quran itu suatu yang benar.’’

 

iii)   Merosakkan akhlak, minda dan hubungan mereka dengan Allah dan member peluang kepada hawa nafsu.

Dalam satu persidangan yang dianjurkan untuk para missionary Kristian pada tahun 1935 di Baitul Maqdis, Samuel Zwimmer, Presiden Persatuan Missionari Dunia menegaskan,’’Tugas missionary di mana kamu diutuskan ialah untuk bekerja di negara adanya agama Muhammad, bukan untuk membawa orang-orang Islam untuk masuk ke agama Kristian kerana itu adalah hidayah dan penghormatan untuk merka, tetapi tugas kamu adalah untuk membawa mereka keluar beramai-ramai dari agama Islam yang benar itu, supaya mereka menjadi sejenis makhluk lain supaya mereka tidak ada hubungan dengan Allah…Generasi muda Islam tepat yang dikehendaki penjajah ialah mereka yang tidak mengambil berat mengenai perkara-perkara agung dan permasalahan besar. Mereka gemar berehat, bermalas, berusaha mencapai kepuasan hawa nafsu semata-mata dengan apa cara sekalipun sehingga hawa nafsu itu menjadi matlamat hidup mereka.”

 

iv)                Menghancurkan perpaduan umat Islam

v)                  Menimbulkan keraguan di kalangan orang Islam terhadap agamanya

vi)                Membiarkan bangsa Arab terus lemah

vii)              Mewujudkan pemerinatahan diktator di dunia islam.

viii)            Memencilkan orang islam dari menghasilkan sesuatu dari industri pemnbuatan mereka dan harus diusahakan supaya umat islam menjadi pengguna barang-barang Barat.

 

ix)                Merosakkan wanita-wanita Islam dan menggalakkan perlakuan sumbang di kalangan mereka.

Seorang missionari Kristian, Ann Milligian telah berkata,‘‘Kita telah mampu mengumpulkan anak-anak perempuan Bashawat dan Bakawat (Datuk Seri dan Datuk di Mesir) di dalam perbarisan-perbarisan kolej puteri di Kaherah dan tidak ada tempat lian di mana boleh berkumpulnya anak-anak gadis Islam seperti di tempat ini untuk kepentingan Kristian. Ini beerti di sana tidak ada tempat lain yang lebih ringkas untuk kita hancurkan kubu Islam selain dari mengambil alih sekolah itu.‘‘

 

Setiap individu haruslah memainkan peranan yang penting sesuai dengan keupayaan masing-masing dalam membawa kembali kegemilangan Islam. Perubahan yang direncanakan haruslah didasari dengan syariah agar matlamat dan cara seiring halal. Di samping itu, harus juga diingat bahawa teras kepada pengupayaan diri seseorang anak muda adalah transformasi diri secra total yang merangkumi pengislahan sikap, minda serta cara hidup.

 

Mari bersama kita menghayati saranan Al ustaz Abu A’la Al Maududi kepada para pemuda dan belia Islam seluruh dunia. Pemuda-pemuda yang beriman terutama para bijak pandai yang mempelajari ilmu

moden tentang beberapa perkara yang harus mereka titik beratkan untuk bangun bekerja dengan sungguh-sungguh dalam situasi yang berlaku sekarang :

1. Harus memperkenalkan hakikat Islam dengan secara terperinci, agar semua benar-benar menjadi muslim, baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun dari segi fikiran. Juga agar benar-benar menjadi

muslim dari segi hati dan perasaan, supaya mendapat sebesar-besar habuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam kelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam.

 

2. Mesti segera memperbetulkan budipekerti yang telah menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga belia dan pemuda dapat memperlihatkan perkara secara praktikal bagi Islam seperti mana datuk

nenek mereka  telah memperlihatkannya pada masa lampau.

 

3. Janganlah pemuda dan belia merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang mereka  mampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada mereka untuk berdakwah. Samada dengan tulisan atau dengan ucapan. Hendaklah belajar dan  mengkaji asas-asas tamadun barat dan mengkritik serta membezakan di antara asas yang silap dengan yang betul.  Mereka juga perlu dapat membebaskan fikiran dan jiwa orang Islam dari meniru orang-orang barat.

Pemuda dan belia hendaklah mampu menghancurkan berhala-berhala dan teori-teori barat kerana teori ini telah banyak menipu segolongan orang-orang Islam sejak zaman berzaman. Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut yang lain pula hendaklah anda bertugas menyusun dan membentangkan undang-undang Islam yang bersangkutan dengan kehidupan manusia dengan cara-cara yang paling  unasabah dan mudah dalam mempraktikan supaya dapat menarik dan meyakinkan generasi baru bahawa undang-undang Islam itu adalah betul dan baik.

 

4. Hendaklah  mereka digabungkan tdengan dakwah Islamiyah dan mendekati  usrah atau halaqah-halaqah ilmiah.  Mereka mesti menyusun pemuda lain sekitar mereka untuk faham erti perjuangan Islam dan sosial yang telah mereka yakini.

 

5. Mesti bekerja keras menyebar dakwah di kalangan orangorang awam hingga boleh menyingkap kabus kejahilan mereka. Jadikanlah mereka itu terang benderang mengenai agama mereka, sehingga mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik.

 

Demikian saranan umum ulama’ besar yang memperjuangkan tradisi perjuangan kepemudaan Islam yang berjaya membawa sinar Islam yang terang gemilang di bumi Pakistan suatu ketika dahulu.

 

Dalam konteks negara kita, kelompok pemuda diterasi oleh kelompok mahasiwa yang terdidik dalam pelbagai aspek. Adalah pelru kelompok mahasiswa ini difahamkan peri pentingnya bersama memperkasakan ummah melalui pelbagai kegiatan dakwah, sebaran maklumat dan semangat, pemerkasaan keintelektualan dan pengetahuan agama yang mendalam, berjuang untuk membaiki aqidah masyarakat umum serta bersama membaiki moral dan taraf hidup kaum Islam di sekitar mereka.

 

Wardah Binti Abd Rahman

Muhammad Nuruddin Bashah

Mohd Izuddin

Dikirim dalam Agenda bertindak bangsa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 318,138 hits
Kalendar
Februari 2011
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28  
%d bloggers like this: