BERTAARUF DENGAN MUDA-Teras

 

Golongan muda, belia dan remaja kerap benar dikaitkan dengan gejala sosial dan kerosakan akhlak. Jika diteliti dari aspek statistik dan perangkaan kasar, rata-rata masyarakat kita sedar betapa kemelesetan akhlak dan keupayaan golongan ini cukup berada di tahap yang mambimbangkan. Malah, harapan sesebuah tamadun banga dan agama, hanya mandiri dan kukuh hanya melalui persiapan pelapis muda  yang berilmu, berakhlak serta berkepakaran tinggi dalam aspek ilmu duniawi mahupun ukhrawi.

Statistik IPKKL dari Januari hingga April tahun 2009 menunjukkan kes jenayah samun bersenjata meningkat sebanyak 2,254 kes berbanding 1,249 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.Manakala kes jenayah ragut juga mencatatkan peningkatan 1,206 kes tahun ini berbanding 606 kes pada tahun sebelumnya.

Jenayah ragut di ibu negara semakin membimbangkan dengan peningkatan 99 peratus kes dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2009, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.Jenayah ragut antara Januari hingga April tahun 2009 mencatatkan kenaikan sebanyak 600 kes iaitu 1,206 kes berbanding 606 kes sepanjang tempoh yang sama tahun 1008.

Namun begitu, dengan matlamat, sasaran, teras dan strategi yang digarap oleh kerajaan dan dibantu oleh pelbagai agensi, NGO, persatuan penduduk masih belum lagi berjaya mengurangkan kekenduran kerisauan dan kekhuatiran rakyat terhadap peningkatan jenayah di negara kita. Jenayah bukan soal picisan dan boleh dipandang remeh. Banyak faktor boleh mengakibatkan berlakunya jenayah dan banyak kesan negatif yang berlaku juga disebabkan oleh jenayah.

Tidak cukup sekadar itu, kerajaan telah mewajibkan para remaja mengikuti Program Latihan Khidmat Negara yang dikatakan seramai 195,000 peserta telah mendapat manfaat daripada program tersebut. Disamping program-program Biro Tatanegara juga disusun bagi meningkatkan semangat kekitaan, toleransi dan patriotik dalam diri masyarakat. Namun hari ini kita masih insaf betapa generasi hari ini yang dihidangkan dengan segala jenis penyakit jiwa tidak memiliki daya kepimpinan yang layak mewarisi perjuangan ummah hari ini.

Usaha menyelamatkan golongan muda perlu diTERASi oleh golongan itu sendiri. Adalah cukup praktikal jika dinyatakan bahawa golongan belia, mahasiswa dan remaja yang terdidik perlu diletakkan dalam satu saf yang tersusun, rapi dan berencana untuk mereka menyelami, mengkaji serta bertindak sendiri menyelamatkan golongan ini melalui pelbagai kegiatan yang bermanfaat.

Menginsafi konsep ‘Bunyan Al Marsus’ iaitu perjuangan memerlukan kolaborasi ummah secara tersusun umpama bangunan, MUDA-Teras berhasrat merealisasikan agenda transformasi belia dan anak muda ke arah yang lebih baik melalui satu saf yang tersusun dan itqan (profesionalisme). Malah menurut Louis A. Allen, “….organisasi merupakan satu mekanisma atau struktur yang membolehkan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi dan bekerja secara cekap-bersama.” Bagi E. Weight Bakke pula “…organisasi adalah merupakan satu masyarakat yang kecil iaitu terdiri daripada kumpulan-kumpulan individu yang sama-sama bersatu sebagai satu kumpulan untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi itu”.

Golongan ini juga perlu disiapkan denga tarbiah kepedulian sosial yang tinggi melalui pemupukan keinsafan terhadap nasib kaum Islam luar negara dan kaum Islam minoriti di serata dunia yang rata-ratanya terdiri daripada golongan mustadhafin (lemah). Di sinilah wadah MUDA-Teras untuk menjadi satu platform sihat dalam membina golonga muda yang celik akal da budinya.

Adapun bagi MUDA-Teras, misi dan tujuan organisasinya adalah misi dan tujuan yang sedia ada di dalam Al Quran iaitulah untuk melebarkan anugerah  ‘rahmatallil alamin’.

Allah juga menjanjikan para pemuda dan belia sebagai faktor kehadiran rahmat Allah bagi kesejahteraan ummah yang digambarkan oleh baginda Rasulullah SAW,

“Kalau tidak kerana pemuda yang tetap hatinya dan binatang yang melata, orang tua yang berlutut dan anak-anak yang menyusu, nescaya tidak diturunkan atas kamu hujan itu mencurah-curah. Kamu tidak akan ditolong kecuali disebabkan oleh orang lemah yang terdapat di kalangan kamu. “ (Hadis riwayat Bukhari)

Motto amal Islami MUDA-Teras

Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka Dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda (remaja) Yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka Dengan hidayah petunjuk. (Al kahfi ayat 13)

 

Falsafah dan Penghayatan MUDA-Teras

Dari firman Allah SWT,

“dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan Kami ialah Tuhan Yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; Kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan Yang lain dari padanya; jika Kami menyembah Yang lainnya bermakna Kami memperkatakan dan mengakui sesuatu Yang jauh dari kebenaran.” (Surah Al kahfi: 14)

Golongan muda, belia, mahasiswa dan pelajar adalah generasi yang dikuatkan oleh Allah sekiranya mereka mendokong visi perjuangan suci menegakkan kalimah Allah SWT. Pra syarat kebangkitan ummah adalah melalui pemerkasaan kelompok muda. Namun begitu kelompok ini hanya layak menjadi pewaris generasi ‘khaira ummah’ jika mereka berupaya memikul beban menerus risalah para Rasul.

 

Prinsip umum MUDA-Teras

1.      Berteraskan Al-Quran dan Sunnah serta mengambil sunnah kerja harakah Islamiyyah serata dunia sebagai model.

2.      Berdasarkan prinsip aktivisme kemasyarakatan dan keintelektualan yang membumi dan realistik.

3.      Bukan gerakan politik kepartian.

4.      Bukan badan profit.

5.      Bebas, mandiri dan aktif.

 

Budaya dan Fikrah MUDA-Teras

Ibrah dan penghayatan perjuangan Teras, belia dan anak muda akan diterapkan dengan penghayatan dan cara hidup yang progresif untuk agama;

1.      Beridealisme secara sahih berasaskan perjuangan Rasulullah SAW.

2.      Memiliki sikap aktivisme sosial yang aktif dan berkesan untuk mengurus ummah pada masa akan datang.

3.      Memiliki kesedaran sosial yag tinggi serta menginsafi peranan golongan muda sebagai pemangkin atau agen pembaik pulih dalam komuniti.

4.      Yakin dan optimis dengan kejayaan ummah serta janji baik Allah kepada para penegak agamaNya.

5.      Berdisiplin dengan tugas untuk menjayakan matlamat dakwah dan agenda transformasi ummah.

6.      Budaya membaca, ghairah mengkaji, sikap tabayyun dalam menilai isu dan persepsi serta faham erti sebenar golongan ulul albab.

7.      Budaya ‘menyampai walaupun satu ayat’, dan ‘menderma walaupun sebiji kurma’ akan diterapkan.

 

Cabaran Isu Belia tempatan yang perlu ditangani oleh MUDA-Teras

1.      Kemerosotan akhlak dan kemelesetan nilai di kalangan remaja dan belia.

2.      Belia dan remaja yang dikaitkan dengan jenayah dan gejala sosial serta ketagihan kepada budaya popular barat.

3.      Cabaran menangani hedonisme yang menjerut kehidupan remaja dan belia.

4.      Krisis kepimpinan belia yang lemah dari aspek moral, agama, kepakaran, keilmuan mahupun kemahiran.

5.      Krisis pekerjaan yang tidak menjayakan agenda ketamadunan ummah.

6.      Masalah prestasi pendidikan remaja dan belia Islam yang rendah serta jauh ketinggalan berbanding kaum bukan Islam.

7.      Belia dan remaja tempatan yang jahil berkaitan masa depan ummah serta krisis ketidakpedulian terhadap kemandirian ummah.

 

Pemeringkatan Aktivis MUDA-Teras

1.      Aktivis tetap (Murabitun/Amilin)

2.      Peserta dan pendokong program Teras (Annasir)

3.      Kelompok sasar (Mad’u)

 

Bentuk kegiatan MUDA-Teras

Agenda utama adalah untuk mentransformasikan kaum belia, anak muda dan para pelajar-mahasiswa melalui pelbagai kegiatan berkala, tahunan serta harian:

1.      Kajian isu-isu rakyat, sosial, agama dan isu umat Islam dalam dan luar negara serta merangka satu saf kajian dan pembangunan yang efisien (R&D)

2.      Menjayakan Program Selamatkan Zuriat Kita

3.      Bengkel Pemantapan Aqidah remaja (khusus untuk pelajar sekolah)

4.      Bengkel Pemantapan Aqidah (khusus untuk mahasiswa dalam menangkis ideologi ciptaan manusia)

5.      Program Pendidikan Politik untuk menghasilkan anak muda yang celik politik serta kenal impak baik dan buruk akibat sistem siasah dalam dan luar negara.

6.      Menjadi tulang belakag kepada Pergerakan Pemerkasaan Tulisan Jawi (PERAWI) serta menjalankan kempen ‘Cintai Kitab Jawi’.

7.      Kempen Anak Muda Cintai Masjid

8.      Kempen Informasi dan Kesedaran Isu Penindasan Umat serata dunia (Se-Ummah)

9.      Penyediaan skuad anak muda untuk menangani isu pelarian di Malaysia.

10.  Aktif bekerjasama dengan pelbagai NGO atau badan dakwah lain untuk menjayakan misi dan visi.

 

Modus operandi MUDA-Teras untuk merealisasikan perancangan

1.      Halaqah dan usrah mingguan untuk memahamkan belia kesyumulan Islam dan kepentingan belia berjuang untuk ummahnya.

2.      Ijtimak MUDA-Teras peringkat tahunan.

3.      Respon aktif terhadap isu umat Islam melalui kenyataan media, surat terbuka, surat kepada pemimpin dan badan berkaitan serta sidang akhbar.

4.      Menyediakan risalah dan bahan bercetak mengenai isu sosial, agama dan penindasan terhadap umat Islam serata dunia untuk diedar kepada masyarakat awam.

5.      Latihan kepimpinan, pidato, pemantauan berita dan isu serta pengurusan program kepada belia dan mahasiswa.

6.      Kaji selidik dan pemerhatian terhadap setiap isu menimpa belia dan remaja.

7.      Kelas bahasa dan adab kepada kaum pelarian di Malaysia.

8.      Seminar dan bengkel untuk memberi ilmu pengetahuan alternatif kepada mahasiswa dan remaja sekolah.

 

 

Bagaimana MUDA-Teras bereaksi dengan isu melibatkan belia?

1.      Isu pendidikan dan kampus

a.       Menilai perjalanan dasar pendidikan negara

b.      Bersuara untuk memastikan keadilan dalam pendidikan, sistem yang bervisikan moral dan akhlak.

c.       Berjuang memahamkan mahasiswa dan pelajar situasi pengkomersialan pendidikan yang akan merosakkan pewaris negara kelak.

2.      Isu kemelesetan nilai dan sosial belia

a.       Menilai dasar dan polisi kerajaan terhadap masa depan belia dan anak muda.

b.      Memberi respon dan reaksi terhadap keberkesanan badan belia dalam menangani isu dan kelemahan belia.

c.       Menggesa badan kerajaan dan NGO dakwah untuk terus peka dan aktif menangani gejala sosial baik daripada aspek teoretikal dan idealisme sehinggalah ke dakwah lapangan yang praktikal.

d.      Berhubung dengan badan, NGO yang memantau isu jenayah dan gejala sosial belia seperti isu dadah, ketagihan arak, samseng dan pengangguran.

3.      Isu sektor pekerjaan dan kemandirian belia.

a.       Mengikuti secara aktif statistik pengangguran dan jenis pekerjaan yang ditawarkan di negara ini.

b.      Bersuara untuk memastikan belia diberikan peruntukan latihan kemahiran yang sempurna serta penyediaan latihan yang adil kepada belia.

c.       Berkempen untuk merealisasikan peningkatan peratusan pekerja mahir di kalangan belia Islam memandangkan kini hampir 80% pekerja am negara ini hanya memiliki SPM.

 

 

Sertai kami

Emailkan kepada : azmi58@yahoo.com (Cigu Azmi Abdul hamid Presiden TERAS) , jihadin82@yahoo.com (Muhd Nuruddin, Koordinator MUDA-Teras)

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,432 hits
Kalendar
Februari 2011
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28  
%d bloggers like this: