MALAYSIA PERLU SEGERA TERLIBAT DALAM MISI BANTUAN KEMANUSIAN KEPADA RAKYAT LIBYA

Kenyataan Media MAPIM

3 hb Mac 2011

MALAYSIA PERLU SEGERA TERLIBAT DALAM MISI BANTUAN KEMANUSIAN KEPADA RAKYAT LIBYA

Majlis Perundingan Perttubuhasn Islam Malaysia (MAPIM) berpendapat bahawa kerajaan Malaysia harus segera menggerakkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Libya yang menjadi mangsa kepada keganasan oleh tentera yang maseh setia kepada Muammar Gadafi.

Keadaan yang semakin meruncing di Libya terutama di kota Tripoli kini menyebabkan ramai rakyat yang terputus bekalan makanan dan ubatan akibat pertempuran antara penentang Gadafi dan tentera miltia Gadafi.

Kini ratusan ribu sudah melarikan diri ke sempadan Negara jiran, Tunisia dan Mesir , sedangakan ubatan dan rawatan kepada mereka yang tercedera semakin terbatas.

Malah rakyat terpaksa mengambil risiko untuk menyeberangi sempadan dalam keadaan tentera militia Gadafi melakukan pemeriksaan sepanjang jalan .

MAPIM mengesa supaya Malaysia tidak hanya berpuasahati dengan menyelamatkan rakyatnya untuk keluar dari Libya tetapi juga sepatutnya berusaha menghulur bantuan kemanusiaan kepada rakyat Libya yang terperangkap dan mereka yang telah lari keluar dari Libya.

Sebagai anggota OIC , Malaysia harus bertindak aktif untuk berperanan menggerakkan usaha bantuan kemanusiaan demi menyelamatkan nyawa rakyat Libya yang berada dalam keadaan amat amat meruncing.

Dalam keadaan seluruh masyarakat antarabangsa sedang bertindak untuk memberi tekanan kepada Muammar Gadafi agar tidak terus bertindak ganas membunuh rakyatnya sendiri , Malaysia tidak boleh mendiamkan diri dan hanya membisu terhadap kezaliman yang sedang berlaku ke atas rakyat Libya.

MAPIM mendesak agar OIC segera menghantar delegasi khas untuk menunjukkan sokongan kepada kebangkitan rakyat Libya yang menuntut Gadafi melepas kuasa dan reformasi politik dilakukan segera.

Sudah sampai masanya pasukan khas dari OIC dihantar segera supaya keadilan dan kebebasan diberi kepada rakyat Libya yang tercedera dan terbunuh akibat tentera militia Libya yang bertindak ganas.

MAPIM akan menggerakkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa konflik di Libya dalam rangka membantu rakyat Libya menghadapi tekanan dari tentera Gadafi. Kami menyeru rakyat Malaysia supaya bantuan dalam bentuk kewangan disalurkan supaya pihak MAPIM dapat segera menyalurkannya .

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agung MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,507 hits
Kalendar
Mac 2011
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: