TERAS BANTAH PUSAT PROSES “RARE EARTH”

Kenyataan Media TERAS

11 hb Mac 2011

TERAS BANTAH PUSAT PROSES “RARE EARTH” DI GEBENG , KUANTAN , PAHANG

TERAS membantah projek yang bakal dibina iaitu pusat pemerosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng , dekat Ku…antan ,Pahang sepertimana dilaporkan oleh New York Times (NYT).


Jelas projek ini membawa risiko sisa radioaktif yang sangat merbahaya . Sisa yang bernama thorium yang bakal ditinggal oleh pemerosesan adalah sangat tinggi tahap radioaktifnya. Di Perak pengelaman merawat mereka yang menderita luekimia disahkan adalah dari sisa radioaktif dari pemerosesan galian tersebut.
Menurut laporan tersebut pusat penapisan bernilai RM700 juta itu sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp. Mereka akan menghantar tanah jarang yang dilombong di barat negara itu di Mount Weld dengan kapal.
Projek ini adalah industri yang tidak diterima dibanyak negara dan ia adalah pusat penapisan pertama di luar negara China dalam tempoh 3 dekad.
Pada hal sudah ada prisiden rakyat Malaysia telah membantah pusat seumpama ini yang cuba didirikan di Bukit Merah, Perak pada sekitar 1980an oleh sebuah syarikat Jepun , Mitsubishi Chemical. Sekarang syarikat itu diarah oleh Mahkamah melaksanakan proses pembersihan yang menelan belanja rm100 juta.
TERAS tidak bersetuju dengan kelulusan lesen projek yang dikeluarkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia yang dikata telah melalui penilaian oleh pelbagai agensi kerajaan.
Jaminan hanya dengan pengelaman seperti yang dinyatakan oleh Pengarah Lembaga tersebut tidak cukup untuk meyakinkan kami , lantaran sisa radioaktif adalah suatu yang terlalu berisiko dan merbahaya untuk kesihatan orang awam diperjudikan.
Jelas, projek ini mengutamakan keuntungan lebih dari keselamatan alam persekitaran dan kesihatan awam. Kononnya dalam 2 tahun pusat ini beroperasi, dengan kadar harga sekarang , boleh menjana pendapatan sebesar USD 1.7 bilion.
Malangnya kerajaan Malaysia , tanpa mendapat maklumbalas dari pihak awam, meluluskan pusat pemerosesan Lynas itu dibina dan telah menawarkan taraf perintis selama 12 tahun.
Soalnya sejauhmana syarikat yang diberi kelulusan dapat menjamin ribuan ton sisa radioaktif yang bakal ditinggalkan boleh selamat dari sebarang kemungkinan luar jangka seperti kebocoran.
Kerana risikonya yang tinggilah , kebanyakan negara di dunia telah mengelak dari mengujudkan pemerosesan galian itu di negara masing-masing . Dunia menyerah negara China untuk mengendalikan pemerosesan galian tersebut yang membekal 95% keperluan global . Kadang-kadang pemerosesan dilakukan secara haram di negara tersebut.

Kengganan negara untuk menjadi tuan rumah kepada pusat pemerosesan galian ini termasuk di Amerika sendiri. Syarikat bernama Molycorp di Death Valley ,California tidak dibenarkan beroperasi selagi keselamatan kepada alam sekitar tidak dijamin.
Sebab itulah syarikat Australia , Lynas mahu memproses galian itu di luar Australia. Penapisan galian itu dilihat merbahaya kepada alam sekitar Australia , maka dengan itu bahan mentah dilombongkan di Austarlia tetapi penapisannya dilakukan di Malaysia.
Faktor lain , adalah kerana masyarakat Australia lebih prihatin kepada isu alam sekitar dan mempunyai parti politik Hijau yang sangat berpengaruh.
Walaupun syarikat Australia ini menjamin sebuah kawasan menyimpan sisa radioaktif itu akan dibina sebelum diangkut ke tempat lain , namun persoalannya mahu diangkut ke mana?

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,181 hits
Kalendar
Mac 2011
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: