KOMEN ROSMAH AMAT MENYINGGUNG DAN TIDAK MENGHORMATI RAKYAT JEPUN

Kenyaan Media TERAS

16hb Mac 2011

KOMEN ROSMAH AMAT MENYINGGUNG DAN TIDAK MENGHORMATI RAKYAT JEPUN

Memberi komen yang menyingung mereka yang sedang dilanda musibah bukan sahaja tidak etikal malah sangat serius dari segi perhubungan diplomatik  terutama bila dileuarkan oleh seorang isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor Rosmah.

Beliau harus faham bahawa kenyataannya yang dikeluarkan ketika rakyat Jepun sedang bergelut menghadapi ujian yang sangat berat akan mengambarkan seolah Malaysia tidak mempunyai perasaan peri kemanusiaan.

 

Apakah beliau tidak mempunyai sensititivi dan rasa simpati kepada mangsa-mangsa  malapetaka yang dihadapi oleh Jepun sekarang.

 

Bukanlah satu yang bijak untuk menunding bahawa Jepun tidak tahu menjaga alam sekitar sedangkan Malaysia juga tidak bersih dari pelbagai dosa terhadap alam sekitar.

Apa hak Rosmah untuk memandai-mandai mengeluar kenyataan bersifat tudingan yang negatif sebegitu.

 

Sikap yang beliau tunjuk itu semasekali bukan sikap rakyat Malaysia memandangkan sebarang malapetaka alam yang tertimpa ke atas mana-mana Negara harus dilihat dengan keinsafan dan kesedaran tinggi untuk membantu mereka yang menjadi mangsa .

 

Bukan ketika pihak tersebut sedang menderita tiba-tiba kita mengeluarkan kenyataan yang tidak berperikemanusiaan.

 

Apakah Rosmah merasa seolah kerajaan Malaysia jauh lebih menjaga alam sekitar padahal kita boleh menyenaraikan pelbagai projek-projek atas nama pembangunan di Malaysia yang sudahpun merosakkan alam dan menyumbang kepada pelbagai risiko yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

TERAS berpendapat ini bukan masanya untuk kita menunjuk sikap sombong . Sepatutnya kita harus berusaha untuk membantu dan memperbetulkan segala kesilapan pembangunan yang sama yang kita sedang lakukan sekarang.

 

Jika tidak ,  kami  berpendapat Malaytsia juga tidak terkecuali akan menerima padah yang sama jika segala penyakit pembangunan yang merosakkan alam serta segala amalan korupsi dan salahguna kuasa tidak dihentikan.

 

TERAS mengesa supaya Rosmah segera menarik balik kenyataannya dan mohon maaf kepada kerajaan Jepun secara resmi.

 

Malaysia akan ditempelak oleh dunia bila pelbagai bencana alam pernah menimpa Malaysia seperti tanah runtuh , banjir besar , kemarau panjang , ribut taufan , pencemaran udara , penebangan hutan , pemusnahan hutan bakau , penambakan laut yang merosakkan pantai dan pemusnahan bukit kapur. Semua ini adalah akibat dari dasar pembangunan dan salahkelola pihak kerajaan sendiri.

TERAS membantah keras kerajaan Malaysia yang ingin meneruskan pembinaan janakuasa nuklear sedangkan  banyak Negara telah mengeluarkan kenyataan untuk menyemaksemula program pembangunan kuasa nuklea mereka.

 

Kini semua Menteri Tenaga di Kesatuan Eropah pun sudah memutuskan untuk mengadakan perundingan dan menyemak semula program nuklear masing-masing akibatkan kebocoran radiasi yang kini berlaku di Jepun akibat gempa bumi yang melanda Negara itu baru-baru ini.

 

Kami berpendirian rakyat berhak untuk mendesak kerajaan Malaysia supaya tidak meneruskan rancangan membangun tenaga nuklear  lantaran keupayaan Negara untuk menangung risiko kebocoran radiasi adalah rendah .Kemungkinan bencana alam yang tidak menentu di rantau ini sangat besar. Oleh itu Malaysia harus mengelak dari mendedahkan diri kepada malapetaka yang berskala besar .

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,676 hits
Kalendar
Mac 2011
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: