LIBYA : MAPIM GESA MALAYSIA HANTAR BANTUAN KEMANUSIAAN

MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA

Suite 1 , Tingkat 5 , PTTC , Jelapang , Ipoh , Perak D.R tel : 017 5554828

Kenyataan Media

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

10 hb Mac 2011

MAPIM GESA MALAYSIA HANTAR BANTUAN KEMANUSIAAN DAN AMBIL INISIATIF MELALUI OIC UNTUK TANGANI KETEGANGAN DI LIBYA

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa kerajaan Malaysia dengan segera menggerakkan penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke Libya.

Ketegangan yang sedang berlaku , antara golongan anti Gadafi dan tentara Gadafi sekarang semakin runcing dan kini memuncak kepada perang saudara yang amat merbahaya.

Laporan serangan tentera Gadafi yang menggunakan jet pejuang untuk menyerang kawasan yang dikuasai oleh golongan pemberontak telah mengakibat kan ramai yang terbunuh dan cedera terutama dikalangan rakyat awam.

Sebagai sebuah negara yang menganggotai OIC , Malaysia tidak boleh membisu dan tidak bertindak .

Jika dunia membiarkan kuasa Barat terutama Amerika bertindak , keadaan di Libya akan mengulangi apa yang berlaku di Iraq.

Amerika tidak boleh dibiarkan mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai polis dunia dengan cara melancarkan operasi militeri ke Libya. Serangan oleh Amerika sekali lagi akan menjadi prisiden untuk negara adikuasa itu melakukan kehendakkanya secara unilateral tanpa mendengar suara masyarakat antarabangsa yang lain.

Resolusi 1970 yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB hendaklah dilihat sebagai suatu alat untuk menyekat Gadafi dari terus bertindak ganas terhadap rakyatnya sendiri.

MAPIM merasa amat malang apabila negara-negara Arab di Teluk serta badan antarabangsa dikalangan umat Islam iaitu OIC terus membisu dan tidak mengambil inisiatif untuk meredakan keadaan demi menyelamatkan nyawa rakyat di Libya.

Ketegangan di Libya kini telah menyebabkan pihak kuasa Barat terutama Amerika dan British sudah melancarkan beberapa tindakan yang boleh meningkatkan lagi ketegangan serta menyebabkan Libya berada diambang perang sivil yang bakal menghancurkan seluruh negara tersebut.

MAPIM kesal kerajaan Malaysia maseh mendiamkan diri dan tidak mengambil inisiatif untuk membantu dan bersuara agar krisis di Libya dapat diselesaikan dengan mengelakkan pertumbuhan darah berterusan.

Sepatutnya negara-negara umat Islam seperti Malaysia mengambil inisiatif untuk berperanan menggerakkan proses perundingan dan penyelesaian segera kepada krisis yang berlaku di Libya.

MAPIM menggesa misi bantuan kemanusiaan hendaklah segera dihantar ke Libya memandangkan ketegangan tersebut telah mengakibatkan bekalan makanan dan ubatan terputus di beberapa kawasan di Libya seperti di Zawiyah , Ras Lanuf , Brega , Benghazi dan disempadan Tunisia dan Mesir.

Ratusan ribu pelarian kini sangat memerlukan bantuan sementara menunggu krisis di Libya reda.

MAPIM juga mendesak sidang Parlimen Malaysia yang berjalan sekarang segera mengusulkan supaya semua agensi antarabangsa sepetrti OIC , UN , LIga Arab , Kesatuan Eropah , Kesatuan Afrika mengambil inisiatif supaya krisis di Libya diselesaikan dengan rundingan demi mengelakkan pertumbuhan darah terus berlaku.

MAPIM mengesa sidang Palrimen Malaysia mengambil inisiatif untuk menghantar delegasi khas bagi mendapatkan maklumat lebih dekat mengenai ketegangan yang berlaku di Libya dan mengesyorkan tindakan yang boleh diambil oleh Malaysia sendiri.

MAPIM mengumumkan bahawa suatu kutipan derma untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Libya sedang dilancarkan dan delegasi khas juga akan dihantar untuk menyalur bantuan tersebut sesegera mungkin ke Libya.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausha Agung MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,704 hits
Kalendar
Mac 2011
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: