MAPIM GESA MALAYSIA AMBIL DAYA USAHA MEMANGGIL MESYUARAT TERGEMPAR OIC

KENYATAAN MEDIA MAPIM

20HB MAC 2011

 

 

MAPIM GESA MALAYSIA AMBIL DAYA USAHA MEMANGGIL MESYUARAT TERGEMPAR OIC.

 

MAPIM menggesa Malaysia segera mengambil dayausaha agar mengusulkan kepada sekretariat OIC untuk mengadakan sidang tergempar bagi membincang perkembangan di Libya.

Serangan udara yang kini sudah dilancarkan oleh tentera US , Perancis dan UK ke atas LIbya hendaklah dilihat secara seirus kerana jika ia tidak dikendalikan dengan berhati-hati , situasi Iraq akan berulang.

 

Pencerobohan ketenteraan untuk melumpuhkan Gadafi dari meneruskan agresi terhadap rakyatnya sepatutnya mendapat pandangan balas dari semua negara Arab dan negara OIC.

 

MAPIM sangat khuatir intervensi tentera Barat yang tidak mendapat pandangan dari negara-negara Arab dan negara OIC boleh berlanjutan menjadikan Libya sebagai negara yang hilang kedaulatan.

 

Sementara rakyat Libya perlu diselamatkan dari serangan tentera Gadafi namun untuk tentera Barat melakukan serangan yang akan memberi implikasi yang panjang kepada kedudukan kestabilan Libya , negara-negara OIC tidak boleh hanya menjadi penonton.

 

MAPIM percaya bahawa agenda kuasa Barat bukan setakat menghalang Gadafi dari menyerang rakyatnya sendiri tetapi mempunyai hasrat yang lebih jauh termasuk untuk memastikan bekalan minyak Libya tidak terjejas disalurkan kepada negara Barat.

 

MAPIM juga yakin Barat akan merekayasa agar rakyat Libya tidak akan mendokong sebarang kemungkinan untuk program Islamisasi sosio-ekonomi dan politik Libya dilakukan.

 

Dengan sebab itu MAPIM berpendapat negara-negara OIC perlu berbincang untuk melihat alternatif yang bakal timbul tidak akhirnya menjadikan Libya sebuah negara yang berada dibawah telunjuk kuasa Barat.

 

Kami mengesa kerajaan Malaysia tidak memandang rengan isu ini kerana dalam jangkamasa panjang Malaysia harus turut membantu supaya umat Islam tidak akan sekalilagi dijajah oleh agenda imperialis Barat.

 

 

 

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agung MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,907 hits
Kalendar
Mac 2011
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: