SOKONG KERAJAAN KEDAH TIDAK KELUAR LESEN JUDI UNTUK PREMIS BARU

Kenyataan Media TERAS Pengupayaan Melayu

10hb Mac 2011

 

TERAS SOKONG KERAJAAN KEDAH TIDAK KELUAR LESEN JUDI UNTUK PREMIS BARU

 

TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS) ingin menyatakan sokongan dan mengalu-alukan dasar kerajaan Kedah yang tidak mengeluarkan lesen untuk premis judi dibawah kerajaan Pakatan Rakyat.

 

Dasar ini wajar disokong kerana rakyat Kedah tidak harus didedahkan dengan industri yang boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat.

TERAS ingin menyatakan pendirian tegasnya bahawa judi bukanlah suatu yang didokong oleh semua masyarakat bukan Islam.

 

 

Dalam penemuan TERAS memang ramai warga masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam yang menolak industri ini kerana ia jelas memberi kesan yang buruk kepada masyarakat dalam berbagai aspek.

 

 

Judi , tidak kira berskala kecil atau besar tetap memberi kesan kepada kestabilan keluarga , motivasi kerja , kadar jenayah sosial , keutuhan ekonomi masyarakat serta juga kepada nilai hidup indvidu.

 

 

Sebab itu judi perlu dibentaras dalam masyarakat secara lebih menyeluruh kerana kestabilan  sosio-ekonomi dan budaya masyarakat perlu dipertimbangkan agar tidak menjadi mangsa kepada ketagihan judi.

 

 

Pada analisis akhir , membiarkan masyarakat terdedah dan rela untuk berjudi adalah suatu pengabaian terhadap tanggungjawab sosial dipihak pemerintah sendiri.

 

 

TERAS membantah dengan keras kenyataan Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek yang beria-ia untuk mempertahankan hak orang bukan Islam untuk berjudi. Soalnya untuk apa Chua mahu membenarkan orang bukan Islam merosakkan kehidupan mereka hanya kerana beliau berpegang bahawa berjudi adalah  hak yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan warga negara ini untuk berjudi.

 

 

Chua berniat jahat untuk cuba memburukkan imej kerajaan negeri Kelantan pada kacamata orang bukan Islam seolah-seolah kerajaan Kelantan mahu memaksakan perlaksanaan Islam ke atas orang bukan Islam dinegeri tersebut.

 

 

TERAS mempersoalkan atas asas apa Chua mengatakan orang bukan Islam mahu berjudi dan hak berjudi mereka mesti dipertahankan.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab , TERAS berpendapat , kerajaan mesti memberi kepentingan kepada  rakyat supaya hidup dengan budaya yang sihat dan tidak terlibat dengan budaya berjudi yang merosakkan.

 

 

Dalam kajian TERAS rakyat Malaysia berbelanja tidak kurang dari RM10 bilion setahun  untuk berjudi  dalam judi yang berlesen . Ini tidak termasuk dalam judi tidak berlesan.

 

 

Kesan yang jelas ialah pemilik dan pengusaha industri judi mengaut keuntungan berlipatkali ganda sedangkan mereka yang terperangkap dengan ketagihan judi menanggung penderitaan yang pelbagai kerana menghadapi masalah untuk melunaskan bayaran kerana kalah judi .

 

TERAS mengesa pihak kerajaan negeri Kedah memantau  premis yang menjalankan judi tidak berlesan yang semakin berleluasa tumbuh kebelakangan ini..

 

 

TERAS juga dalam masa yang sama mengesa supaya Kementerian Kewangan bertegas untuk menghadkan pengeluaran lesen judi dan mengujudkan rancangan untuk akhirnya menghapuskan pengeluaran lesen judi .

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,558 hits
Kalendar
Mac 2011
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: