PERANGI POLITIK FITNAH

Kenyataan Media TERAS

23hb Mac 2011

TERAS DESAK UNDANG-UNDANG ISLAM DIGUNA UNTUK PERANGI POLITIK FITNAH

Sudah sampai masanya undang-undang Islam melalui Mahkamah Syariah diguna demi membenteras politik fitnah yang sudah terbukti undang-undang sivil tidak lagi mampu memberi keadilan terhadap orang yang tertuduh.

Dengan undang-undang Qazaf yang sudah sedia ada dalam enakmen undang-undang Islam di negeri-negeri maka segala peruntukan yang ada sepatutnya dikuatkuasakan jika rakyat ini tidak mahu terjunam dalam politik fitnah yang akan menghancurkan Negara.

TERAS sangat kesal terhadap sikap  pihak berkuasa serta Menteri-menteri yang berkenaan yang terus menerus menggunakan seluruh  jentera kerajaan dan media untuk mengeluarkan kenyataan yang sangat bersifat fitnah mendahului siasatan.

Kenyataan Menteri JPM , Datuk Nazri Aziz tanpa sedikitpun merasa insaf mengenai akhlaq dirinya sendiri  terus memberi komen seolah video lucah itu yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim suatu yang sah.

TERAS mempersoalkan Menteri jenis apa yang telah dilantik ini , sedang beliau dikatakan sangat arif terhadap undang-undang.

TERAS berpandangan Negara ini akan hancur jika tuduhan dan ftnah seperti ini terus  berulang hanya kerana musuh politik seorang yang dianggap penentang yang merbahaya  hendak di”bunuh” secara sangat keji.

Ulama perlu bangkit untuk menentang tindakan yang hina ini kerana umat Islam dan orang Melayu sedang diaibkan sehingga ke tahap paling hina dengan amalan politik fitnah di Negara sekarang.

TERAS mendesak agar rakyat juga jangan membiarkan media yang tidak bertanggung jawab mengguna pengaruhnya untuk membentuk pemikiran rakyat dengan cara paling jijik.

Generasi muda sepatutnya menghukum golongan politik yang menghalalkan fitnah liar dan menjadikan  fitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan maruah seseorang.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,639 hits
Kalendar
Mac 2011
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: