Surat kepada PM : Selamatkan Dewan Bahasa Dan Pustaka

GERAKAN DARURAT BAHASA

“Selamatkan Dewan Bahasa Dan Pustaka Dari Kehancuran”

Sekretariat GDB, Seksyen 14, Petaling Jaya , Selangor D.E Tel : 019-4744856 / 0133506570 /0124753516 / 0136362408

Emel: azmi58@yahoo.com, barajiwa@gmail.com,

___________________________________________________________________________

28 Mac 2011

Yang Amat Berhormat,

Datuk Seri Najib Tun Razak

Perdana Menteri Malaysia

Jabatan Perdana Menteri

Putrajaya.

YAB Datuk Seri,

Selamatkan Dewan Bahasa Dan Pustaka

Merujuk perkara di atas, untuk makluman YAB Datuk Seri pada 16 Februari 2011 bertempat di Puspanita Kebangsaan, Jalan Dewan Bahasa Dan Pustaka, sebanyak 140 buah NGO yang bergabung di bawah Gerakan Darurat Bahasa, GDB untuk membincangkan pelbagai masalah serta kemelut yang sekian lama melanda Dewan Bahasa Dan Pustaka, DBP.

2.0 Walaupun segala masalah dan kemelut ini telah lama, berulang kali dan berterusan dibangkitkan,  namun sehingga ke hari ini institusi milik kerajaan yang ditubuhkan sebelum merdeka untuk memperkasakan bahasa kebangsaan dan budaya Melayu masih juga belum bebas daripada bebanan masalah.   Akibat daripada masalah dan kemelut yang terpaksa ditanggung   oleh DBP ini, prestasinya sebagai institusi bahasa dan budaya bangsa memerlukan penilaian kritis jika kewujudannya hendak terus dilanjutkan.

3.0  Di antara masalah-masalah utama ialah penswastaannya yang gagal, penyusunan struktur organisasinya yang tempang dan penutupan bahagian penting yang sangat memudharatkan perkembangan dan pemerkasaan bahasa dan budaya Melayu . Sekaligus akibatnya juga adalah terbantutnya pengembangan ilmu-ilmu Islam melalui bahasa.

Setelah meneliti kemelut yang berlaku , tidak keterlaluan untuk kami merumuskan bahawa DBP kini semakin kehilangan kredibiliti , hilang wibawa dan gagal menjadi institusi pembenteng martabat bahasa dan pengembang  kesusasteraan dan budaya bangsa.   .

4.0  Berdasarkan senario yang menyedihkan ini, maka kami dari Gerakan Darurat Bahasa, GDB mengesa agar masalah dan kemelut pengurusan Dewan Bahasa Dan Pustaka ini diberikan perhatian yang serius oleh pihak Kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri.

5.0 Bersama ini kami lampirkan memorandum yang memperincikan masalah-masalah yang kami telah ungkapkan diatas secara kasar . Kami sangat menghargai  agar YAB Datuk Seri meneliti dokumen tersebut dan mengambilkan tindakan yang sewajarnya.

Kami mengharapkan maklumbalas dari pihak YB Datuk Seri dan segala perhatian yang diberikan kami dahulukan dengan rakaman ribuan terima kaseh.

Kaseh Bahasa , Hayati  Budaya, Martabatkan Bangsa.

Yang benar,

 

Mohd Azmi bin Abdul Hamid

Pengerusi,

Gerakan Darurat Bahasa, GDB



Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 318,138 hits
Kalendar
Mac 2011
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: