TERAS DAN MAPIM DESAK MCA HENTIKAN POLITIK DANGKAL UNTUK TUNTUT JUDI SEBAGAI HAK ORANG BUKAN ISLAM

MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA &

TERAS PENGUPAYAAN MELAYU

Lot 14 , Tingkat 2 , SP PLAZA , Sg.Petani , Kedah Tel 0194818687 / 017 5554828

 

Kenyataan Media Bersama

TERAS dan MAPIM

5 hb April 2011

TERAS DAN MAPIM  DESAK MCA HENTIKAN POLITIK DANGKAL UNTUK TUNTUT JUDI SEBAGAI HAK ORANG BUKAN ISLAM

TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyokong penuh keputusan kerajaan negeri Kelantan untuk tetap dengan pendiriannya tidak mengeluarkan lesen judi di negeri itu.

Pengharaman premis yang menjual judi adalah kuasa negeri dan pihak kerajaan persekutuan tidak ada hak untuk memaksa kerajaan Kelantan supaya menarik balik pengharaman tersebut.
Perbincangan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek bersama Ketua Pemudanya, Datuk Dr Wee Ka Siong dan beberapa pimpinan MCA dengan pihak kerajaan negeri Kelantan tidak harus dijadikan tekanan politik untuk menundukkan Kelantan kepada desakan MCA.

Pihak kerajaan negeri Kelantan yang telah diwakili oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub , Datuk Haji Anuar Tan Abdullah, Datuk Haji Takiyudin Hassan, Mohd Zaki Ibrahim dan lain-lain , bagi TERAS dan MAPIM telah menjelaskan isu ini dengan terang..

Soalnya judi sebagai suatu yang jelas merosakkan masyarakat tidak sepatutnya menjadi isu tuntutan MCA yang perlu dilayani.

Malah Chua Soi Lek sendiri mengatakan “tujuan MCA hanya mahu penjelasan dan menegaskan bahawa MCA juga tidak menggalakkan masyarakat Tionghua berjudi dan dinyatakan perjudian bukan budaya..Apa yang ingin disampaikan ialah masyarakat Cina diberi hak sama ada nak berjudi atau tidak berjudi,” katanya.

Jika MCA jujur bahawa judi bukan budaya orang Cina maka apa perlunya dibangkitkan bahawa ini adalah hak orang Cina untuk berjudi. Padahal mereka juga bersetuju bahawa ia mendatang keburukan kepada sosio-ekonomi masyarakat.
Tindakan  Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB)  terhadap peniaga yang menjual tiket loteri  adalah betul kerana undang-undang yang telah ditetapkan sudah diketahui oleh mereka.

TERAS dan MAPIM menegaskan bahawa MCA tidak bersikap jujur dalam tuntutannya kerana apa yang hendak  dicapai oleh kebanyakan orang ramai ialah langkah mengharamkan judi adalah baik untuk semua , umat Islam dan bukan Islam.

Jika benar MCA dan kerajaan pusat bersungguh untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis dan berbudaya sihat , pengharaman judi hendaklah dijadikan matlamat bersama dan tindakan Kerajaan Kelantan adalah contoh yang sepatutnya diikuti.

TERAS dan MAPIM malah mendesak agar kerajaan persekutuan memberi kerjasama kepada negeri Kelantan supaya industri judi di Negara ini tidak dibenarkan ujud lagi.

 

 

 

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Setiausaha Agong MAPIM.

 

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,910 hits
Kalendar
April 2011
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: