SEJARAH NEGARA MAHU DIPOLEMIKKAN

Kenyataan Media TERAS

10hb April 2011

APALAGI YANG MEREKA HENDAK PERSOALKAN SEKARANG – TIDAK CUKUP KONTRAVESI INTERLOK SEKARANG SEJARAH NEGARA MAHU DIPOLEMIKKAN PULA.

TERAS mengambil perhatian berat terhadap satu lagi polimik yang ditimbulkan oleh seorang penulis buku sejarah Ranjit Singh Malhi yang mendakwa buku sejarah yang banyak ditulis sekarang adalah sangat cenderung kepada bangsa Melayu dan Islam.

Beliau menimbulkan hal ini dalam forum yang disampaikannya di sebuah gereja bernama Assumption Church PJ yang dianjur oleh Persatuan Guru Katolik ,Petaling Jaya baru-baru ini.

Beliau mendakwa buku teks sejarah kini adalah “lopsided” (tempang) dan “biased” (bais). Beliau juga mendakwa Islam dibesar-besarkan dari 17% kepada 41% , sedang agama lain dikecilkan .

Katanya sekarang hanya pemimpin-pemimpin Melayu dan tamadun Islam sahaja yang dimasukkan dalam teks sejarah sekarang berbanding buku sejarah yang ditulis sebelumnya .

Beliau mendakwa sejarah yang ditulis kini penuh dengan tafsiran nilai . Beliau mengatakan penulis sejarah tidak perlu ada tafsiran nilai atau tafsiran moral yang cenderung kepada satu bangsa dan satu agama sahaja.

Katanya lagi buku sejarah sekarang sangat cenderung kepada Melayu Islam, ada fakta yang separuh benar , banyak kesilapan fakta dan banyak kontradiksi dan juga dikatakan berorientasi politik .

Beliau terus mendakwa banyak tokoh bukan Melayu dikesampingkan seperti Yap Ah Loy , Gurchan Singh dan Sybil Karthigesu.

Fakta bahawa Parameswara adalah Hindu dan mati sebagai hindu katanya di ketepikan. Sumbangan askar bukan Melayu ketika mempertahan Malaya dari serangan Jepun juga tidak dihargai katanya.
TERAS memerhatikan kini semakin banyak persoalan-persoalan yang ditimbul secara terbuka tanpa mengambilkira implikasi dan sensitiviti antara kaum dan agama.

Sementara kami tidak membantah bahawa wujudnya pelbagai pandangan secara ilmiah perlu dihargai , akan tetapi cara Ranjit melampiaskan pandangannya dengan terbuka sehingga menyingung seolah-olah sejarah negara ini hanya mengenai bangsa Melayu Islam adalah tidak wajar.

Jika benar beliau melihat adanya hal-hal yang perlu diperbaikki kenapa ia tidak diketengahkan dalam pertemuan khusus dengan pihak yang berkenaan dan berkaitan dengan penulisan buku teks sejarah.
Apa yang beliau bangkitkan itu juga ada yang tidak tepat. Mana mungkin persoalan sejarah harus dipisah dari soal tafsiran moral dan nilai. Kedatangan Islam sehingga tanah air Malaya akhirnya menjadi tanah keSultanan Melayu Islam sudah tentu sarat dengan soal nilai untuk difahami oleh pelajar. Kenapa dibangkitkan membaca sejarah harus terpisah dari soal tafsiran nilai.

Bukankah negara-negara diseluruh dunia menulis sejarah sesuai dengan nilai dan persepsi masing-masing sehingga negara itu berkembang?
Ranjit nampaknya cuba melampiaskan rasa tidak puashatinya terhadap sejarah hanya kerana beliau mengatakan sejarah negara ini penuh dengan proses Islamisasi.

Perubahan dari kepercayaan kuno dan khurafat sebelum kedatangan Islam sudah pasti perlu dilihat dari perspektif agama yang mendorong bangsa Melayu untuk berubah dan menerima Islam.
Setelah isu Interlok maseh berpanjangan , kini buku teks sejarah pula mahu dibangkitkan.

TERAS membantah keras kecenderungan orang-orang bukan Melayu yang segelintir dari mereka nampaknya sering mahu membangkitkan hal-hal yang mungkin menyinggung perasaan antara kaum . Ada semacam tren kini untuk membangkit-bangkit isu-isu yang dikaitkan dengan kepentingan kaum masing-masing.

Pembacaan sejarah dikalangan pelajar sangat penting. Untuk menghayati dan mengambil pelajaran dari sejarah sudah tentu harus disaring dari kepercayaan dan pegangan seseorang.

Kedatangan Islam membawa perubahan yang paling besar bagi tanah air ini. Namun itu tidak bermakna kehadhiran agama dan kaum lain serta tamadun selain Islam diketepikan.

Untuk mengatakan penulisan sejarah tidak memberi gambaran yang betul , adalah suatu yang subjektif. Tidak perlu masing-masing kaum bertembung secara tajam hanya kerana mahu memperbetulkan sejarah , walhal sejarah yang telah berlalu dalam negara ini sudah dimaklumi ramai dan tahu peranan kaum masing-masing dalam menuntut kemerdekaan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,991 hits
Kalendar
April 2011
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: