TERAS BANTAH KERAS JIKA ADA USAHA UNTUK HIDUPKAN SEMULA PPSMI

Kenyataan Media TERAS

7hb April 2011

TERAS BANTAH KERAS JIKA ADA USAHA UNTUK HIDUPKAN SEMULA PPSMI

TERAS membantah dengan keras jika adanya tanda-tanda kerajaan akan menukar keputusannya untuk memansuhkan PPSMI pada tahun yang telah ditetapkan .

Adalah suatu pengkhianatan kepada rakyat jika kerajaan memutuskan untuk mahu mengembalikan PPSMI walaupun dalam versi yang baru.

TERAS tidak akan berkompromi dalam hal ini kerana pendirian majoriti rakyat telah dinyatakan dalam pelbagai desakan , sehingga kemuncaknya iaitu demonstrasi puluhan ribu oleh rakyat dari seluruh negara di Kuala Lumpur.

Kami kesal adanya kumpuluan elit yang kecil yang mendesak supaya kerajaan meneruskan PPSMI . Padahal mereka hanya merupakan  segelintir elit dari rakyat yang menolakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu .

Andaian cetek mereka ialah Bahasa Melayu tidak  berupaya mengangkat martabat bangsa dan negara dan rakyat Malaysia  akan ketinggalan dalam arus kemajuan dunia.

Namun nampaknya mereka mendapat dokongan dari media arus perdana Inggeris dan melakukan desakkan secara berterusan kepada kerajaan sehingga seolah-olah suara mereka mendapat penonjolan yang meluas.

TERAS berpendirian apakah data yang membuktikan betapa jutaan anak-anak Melayu di sekolah kebangsaan terutama dikawasan desa akan menjadi mangsa jika PPSMI diteruskan tidak cukup menjadi alasan yang kuat PPSMI perlu dibatalkan ?

Tidakkah mereka tahu betapa selama PPSMI dikuatkuasakan ratusan ribu anak Melayu tercungap-cungap melalui pelajaran mereka.

Bukankah hal ini telah diperakui sendiri oleh Menteri Pelajaran ketika mengumumkan PPSMI akan dimansuhkan.

Jika yang mereka pentingkan ialah golongan yang setaraf dengan mereka semata-mata maka lebih baik mereka berfikir semada mahu terus berada dalam sistem bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar atau keluar dari sistem ini .

Ada apa kumpulan pendesak PAGE ini beria-ia supaya PPSMI diteruskan ?

Hujah bahawa negara akan rugi kerana tidak menguasai bahasa Ingggeris adalah dangkal dan tidak samasekali dapat dipertahankan walaupun dengan hujah ilmiah.

TERAS mendesak pihak kerajaan tidak bermain kayu tiga dalam isu ini . Janji bahawa PPSMI akan dimansuhkan mesti ditunaikan jika kerajaan tidak mahu sekali lagi berhadapan dengan gelombang kebangkitan rakyat .

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 347,201 hits
Kalendar
April 2011
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: