1 MELAYU 1 BUMI BUKAN CARA PENYELESAIAN MENYATUKAN BANGSA

Kenyataan Media TERAS

28hb April 2011

1 MELAYU 1 BUMI BUKAN CARA PENYELESAIAN MENYATUKAN BANGSA – PENDIRIAN TERAS

TERAS berpendirian slogan 1 Melayu 1 Bumi yang diketengahkan oleh Utusan Malaysia bukan penyelesaian untuk menyatukan bangsa Melayu.

Malah slogan ini dengan maksud dan rangka pemikirannya sarat dengan  nilai assobiyyah yang dilarang oleh Islam.

Kami berpendapat slogan ini bukan suatu pendekatan atau buah fikiran yang terhasil secara matang dan masak. Seperti yang dihurai oleh penulis rencana Utusan Malaysia itupun jelas adalah reaksi sepontan akibat keputusan pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

Jelas slogan ini hanya untuk melampiaskan rasa marah kepada bangsa lain kerana menolak BN.

Dalam rencana itu tidak ada hujah yang diketengahkan untuk mengatakan bahawa orang Melayu perlu bersatu atas nilai dan prinsip kebenaran dan keadilan . Dalam slogan 1 Melayu 1 Bumi ,jelas  akhbar itu  hanya mengajak orang Melayu bersatu kerana rasa tergugat bila orang bukan Melayu sudah bersatu.

Andaian penulis hanya beralaskan bahawa pengundi Cina di kawasan DUN di Sarawak telah menunjukkan penolakkan yang jelas terhadap BN. Samada hal ini boleh diuji kebenarannya atau sebaliknya jelas tidak dipedulikan oleh penulis kerana yang beliau dan Utusan Malaysia kehendakki ialah semangat kesatuan Melayu mesti dijelmakan walaupun atas dasar nasionalisme sempit yang rapuh .

TERAS berpendirian bahawa reaksi emosional yang terdapat dalam slogan ini sesungguhnya akan ditolak oleh orang Melayu sendiri kerana selama 53 tahun negara Merdeka jelas yang menyebabkan orang Melayu berpecahbelah bukan kerana bangsa lain bersatu tetapi adalah akibat pemimpin-pemimpin Melayu yang sebenarnya memecah-belahkan orang Melayu itu sendiri.

Malah pemimpin-pemimpin Melayu itulah yang saling bercakaran menggguna media terutama Utusan Malaysia , TV3 dan RTM untuk saling berfitnah.

Kini media Melayu yang didokong oleh kelompok nasionalis seolah-olah dikejut dari tidur bila melihat orang bukan Melayu menolak BN yang diterajui oleh UMNO.

Utusan Malaysia nampaknya mengguna seluruh jentera kewartawanannya bila merasakan kedudukannya juga tergugat bila tahap pembaca akhbar itu menjunam jatuh.

Jika benar Utusan Malaysia dianggap sebagai media Melayu kenapa tidak ditukar kepada Utusan Melayu yang telah terkubur akibat pemimpin Melayu sendiri.

Kenapa Melayu diminta bersatu untuk menghadapi bangsa lain padahal yang menyatukan sesuatu bangsa tidak akan bertahan hanya atas sentimen bangsa yang berlandaskan sentimen perkauman sempit.

TERAS kesal dengan pemikiran yang ingin dibawa oleh Utusan Malaysia yang lebih menjadi suara UMNO dari suara Melayu yang sebenar.

Malah sangat jelas media Utusan Malaysia dan TV3 dan RTM sering mengenengahkan isu-isu yang boleh menaikkan sentimen perkauman yang berbahaya.

Jelas reaksi balas dari parti komponen kedua besar dalam BN iaitu MCA sendiri sudah tidak mahu lagi menerima secara membuta tuli apa sahaja yang dibawa oleh UMNO yang mengguna media perdananya.

TERAS tidak samasekali menolak keperluan untuk orang Melayu bersatu. Namun kesatuan yang dituntut oleh TERAS ialah orang Melayu perlu bersatu atas dasar Islam. Bahawa orang Melayu tidak boleh menyokong kezaliman atas nama bangsa apalagi atas nama kebatilan.

Slogan yang dibawa oleh Utusan Malaysia yang didokong oleh Perkasa jelas adalah terdorong lebih atas dasar perkauman yang sempit.

Utusan Malaysia tidak akan dilihat menjadi akhbar suara Melayu jika yang ia ulangi hanya kesatuan Melayu atas semangat perkauaman sempit padahal dalam masa yang sama terus mengamalkan kewartawanan yang sering memecahbelahkan orang Melayu dengan fitnah .

Bukankah suara teguran ini telah diungkap oleh seorang wartawan kanan dalam Utusan Malaysia sendiri yang telah diambil tindakan disiplin kerana mengutarakan pandangan bahawa Utusan Malaysia sangat berat sebelah terhadap musuh politik UMNO khususnya.

Dengan yang demikian akhbar itu dilihat lebih merupakan akhbar UMNO berbanding akhbar Melayu umumnya.

TERAS tetap berpendirian bahawa slogan 1 Melayu 1 Bumi bukan suatu penyelesaian malah ia boleh membawa kepada politik perkauman melampau yang hilang pertimbangan untuk menegakkan prinsip keadilan dan kebenaran.

TERAS mengesa supaya semua pihak dikalangan pemimpin Melayu tidak terheret dalam faham assobiyyah sempit yang ditolak oleh Islam kerana bangsa Melayu tidak boleh bersatu dan selamat melainkan hanya kembali kepada Islam sepenuhnya.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,616 hits
Kalendar
April 2011
M T W T F S S
« Mar   May »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: