PENGEMBANGAN MINDA DAN ALIRAN PEMIKIRAN

PENGEMBANGAN MINDA DAN ALIRAN PEMIKIRAN – SUATU PENELITIAN DARI PERSPEKTIF KEBANGKITAN RAKYAT DI ASIA BARAT

Mohd Azmi Abdul Hamid*

Presiden TERAS Pengupyaan Melayu

*Penulis adalah juga Setiausaha Agong Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Setiausha Agong Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)

Ya Allah yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau mahu dan Engkau jua yang mencabut kerajaan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa yang Engkau mahu dan Engkau hinakan pula sesiapa yang Engkau kehendaki.” Ali Imran ayat 26

Pada February 11, 2011 , hari Hosni Mubarak dipaksa turun dari tahtanya setelah memerintah selama  32 tahun. Sambutan merayakan kejayaan menumbangkan diktator  ini merentas keluar dari Qaherah . Dari Afrika Utara sehingga seluruh Semenanjung Arab , bangsa Arab merayakan kejayaan kembalinya maruah , keyakinan diri dan harapan yang sekian lama ditekan oleh regim diktator Mubarak.

Revolusi ini seolah-olah sudah terlanjur lambat. Kali ini ia disertai oleh zuriat muda , pria dan puteri , yang mendapat pendidikan tinggi yang mampu meneropong sebuah visi masa depan dengan amat realistik untuk bangkit dan tidak murung dalam kekecewaan.

Revolusi ini dilahirkan oleh generasi internet . Mereka yakin bahawa kesaksamaan bersuara dan daya untuk mempengaruhi adalah suatu yang norma  dalam dunia siber. Mereka keluar dari rasa takut dan kekeliruan dan dengan berani bangkit menzahirkan penentangan terhadap penindasan dan pembudakkan.

Jelas sekarang , negara Arab moden  pasca kolonial telah gagal. Walaupun pada perkara  yang dirasakan negara Arab sangat berjaya iaitu : menjaga Sekuriti dan Kestabilan  , namun inipun mereka gagal. Sudah berdekad-dekad Menteri Hal Ehwal dalam Negeri dan polis mengguna sumber yang maksima untuk memantau gerak-geri  rakyat mereka sendiri .

Kini , seluruh jentera perisikan mereka di Tunisia , Mesir dan Libya , baru disedari  tidak berkesan .

Sekarang dengan apa yang berlaku di tiga negara itu , pemimpin-pemimpin Negara-negara berdekatan sudah mula  membaca apa yang bakal mereka lalui.

Revolusi setiap negara di Asia Barat itu  mendedahkan kegagalan para  politikus tradisional Arab elit yang kebanyakannya  adalah bankrup moral , bankrup politik dan bankrup ekonomi. Bukan sahaja kelompok elit itu cuba mengawal rakyat , akan tetapi juga berusaha mewarnai media dirantau Arab dan juga media seluruh dunia.

Ramai penganalisis Barat , jurnalis dan pakar sosio-politik Arab gagal mengesan tanda-tanda ujudnya gerakan senyap dikalangan generasi muda . Gerakan generasi muda yang akhirnya meledak menjadi sebuah gelombang  yang mencetuskan revolusi sehingga  menjatuhkan regim pro Barat di rantau itu. Ini juga mendedahkan betapa penganalisis mereka gagal memahami realiti  sebenar rakyat Arab .

Semua pihak , US dan rakan-rakan Eropah yang dekat dengan ahli perniagaan regim Arab juga tidak tahu dan tidak ambil tahu hal ini. Mereka secara berterusan berurusan dengan pemimpin-pemimpin yang sebenarnya tidak lagi mewakili generasi muda .Sedangkan pemimpin-pemimpin yang sudah lanjut usia ini terputus dari realiti . Mereka gagal menghubungkan diri  dengan aspirasi golongan muda.

Mereka tidak sedar bahawa daya kesedaran golongan muda  boleh  membesar . Ia menjadi kekuatan yang berada diluar lingkaran arusperdana  , manakala massa rakyat pula berada di lingkaran tepi . Sementara  yang ditengah (golongan tua dan elit) semakin terputus dari realiti. Akhirnya ledakan gerakan massa dari lingkaran tepi dan golongan muda dari lingkaran luar bergabung untuk mencetus sebuah kebangkitan.

Pemimpin-pemimpin elit yang tua  tidak rapat dengan gerakan yang berada diakar umbi ini. Apa yang sedang perlahan-lahan tumbuh di lorong-lorong yang sesak dirumah-rumah golongan miskin dan tertindas serta suara anak muda yang sedang terkumpul kerana tidak puas hati dengan pemerintah tidak dikesan oleh pihak berkuasa.

Yang jelas benih revolusi sedang tumbuh .

Media yang dekat dengan kelompok berkuasa rupanya juga  tidak sedar . Mereka berandaian bahawa mereka akan sentiasa selamat .Sentimen golongan bawahan dianggap tidak penting. Kebanyakan media Arab tidak mengendahkan apa yang sudah membiak dikalangan rakyat di akar umbi. Media perdana hanya berminat untuk berbicara dengan golongan atasan.

Mereka lupa aktor-aktor sebenar yang bakal merubah masa depan dunia Arab. Mereka yang berada di kawasan setinggan di tengah kota raya , di kawasan desa , di kampus , di penjara , di pasar , tidak diendahkan ,  seolah-olah suara kelompok ini tidak akan menggugat mereka. Realiti ini rupanya jauh dari ahli politikus yang semakin tua dan lupa diri . Keadaan dilengkapkan lagi dengan ujudnya struktur politik yang sudah lapuk.

Wajah aktor-aktor rakyat ini tidak tersiar di skrin TV atau majalah , semada dalam media Arab mahupun media Barat.Kamera tidak tertarik untuk memberi perhatian kepada mereka . Malah para kolumnis tidak mempedulikan mereka . Akan tetapi kelompok ini tidak sedikitpun kecewa , malah mereka terus fokus kepada matlamat mereka untuk bangkit.

Apa yang berlaku golongan pencetus revolusi ini hanya menunggu kesempatan bagaimana suara dan pandangan mereka dapat dikomunikasikan . Al Jazeera nampaknya  menyambut kehendakkan mereka. Ketika kebangkitan berlaku video , sms , gambar , rencana , twitters , email di hantar ke Al Jazeera . Suara mereka akhirnya terangkat untuk dilihat dan dibaca oleh seluruh dunia.

Al Jazeera memberi prioriti kepada keresahan dan aspirasi rakyat walaupun diugut dan diberi amaran oleh para menteri penerangan negara-negara Arab , juga dari agensi perisikan dan dari istana.  Namun desakan rakyat untuk menuntut kebebasan , maruah dan demokrasi menjadi keutamaan kepada agensi ini. Fokus di beri kepada arus massa kerana Al Jazeera mengesan bahawa inilah masa depan yang akan membentuk dunia Arab.

INTIFADHAH MESIR DAN STRATEGI AMERIKA

Dunia menyaksikan  sebuah revolusi tulin. Dan sebahagian besar masyarakat dunia menunjukkan solidariti mereka kepada revolusi ini. Salah satu caranya ialah mereka berpendapat revolusi ini perlu dipertahankan. Ini adalah intifadhah , suatu gerakan popular yang sangat bersejarah.

Namun ada yang  mencari wajah kepada revolusi ini. Dari segala data yang diperolehi , dapat dirumuskan bahawa sesiapa yang mahu memahami revoulsi ini  perlu menghubungi mereka yang ada di medan , di Tahrir square , di jalan raya , berinteraksi dengan yang tua dan yang muda . Amat diperlukan berkomunikasi dengan mereka dan mendengar ; slogan mereka , nyanyian mereka , kalimat mereka , kenyataan-kenyataan mereka . Ramai yang  hanya mampu dengar dan melihat melalui media satellite.

Senenarnya kita perlu mendengar langsung dari mereka . Inilah adalah kerana merekalah yang tahu apa erti revolusi ini , apa bentuknya , apa isinya , apa harapan dan aspirasi dari intifadhah ini.

Kita telah dan sedang menyaksikan sebuah revolusi yang luar biasa. Yakni suatu revolusi nasional Mesir. Muslim dan kaum Kristian turut bersama , termasuk faksi Islam , parti-parti politik sekular ,parti nasionalis dan golongan intelektual. Malah seluruh sektor dan kumpulan turutserta : golongan muda , yang tua , lelaki , wanita , ulama , penulis , artis , professional , intelektual , pekerja , petani , mahasiswa. Yang terpenting ialah kelompok muda . Bermakna inilah revolusi yang sempurna penglibatannya.

Revolusi ini juga adalah revolusi yang digerak oleh kehendak rakyat , nekad rakyat serta iltizam rakyat.

Rakyat yang sedia menyerah nyawa mereka untuk syahid , sedia berkorban dan menghadapi rsisko berhadapan dengan pihak berkuasa. Mereka tidak berganjak , tidur di medan Tahrir dalam khemah di bawah cuaca sejuk dan hujan.

Mereka bertekad untuk melakukan pengorbanan , tahu apa yang mereka mahu , tahu kemana mereka akan pergi dengan revolusi ini ,  regim apa yang mereka hendak dan penyelesaian apa yang mereka boleh terima. Mereka yang memutuskan sendiri terhadap laungan apa yang hendak disuarakan , aspirasi apa yang mereka mahu.

Oleh itu semua tuduhan bahawa revolusi ini adalah konspirasi  semada dari luar atau rakan Mesir – adalah tuduhan yang tidak benar dan tidak akan benar . Ini jelas dari keazaman dan keberanian golongan pemuda yang menggerakkan revolusi ini.

Intipati revolusi ini apa? Adakah ia revolusi rakyat kerana lapar ? Adakah revolusi untuk mencapai keadilan sosial atau kesaksamaan sosial ? Ataukah untuk mencapai kebebasan dan demokrasi ? Ataukah revolusi kerana politik . ? Adakah ia bertolak dari polisi luar Mesir dengan rantau , ummah atau dunia seluruhnya? Banyak yang cuba membuat rumusan tetapi masing-masing dari sudutnya yang tersendiri.

Israel dan Amerika serta teman-temannya dikalangan– intellektual, pemimpin politik dan media yang dekat dengan  Amerika dan Israel – mahu menyakinkan dunia bahawa apa yang berlaku di Mesir ialah revolusi dari rakyat yang lapar. Akhirnya kebenaran revolusi itu ditunjuk oleh slogan , darah , senyuman dan jeritan mereka….

Ia bermakna revolusi dari rakyat yang tidak mahu dihina dan menyerah maruah mereka diinjak-injak oleh Amerika dan Israel. Ia adalah revolusi poltik , sosial dan kemanusiaan . Ia adalah revolusi menantang segala-galanya : korupsi , penindasan , kelaparan , perombakkan kekayaan Negara dan polisi regim terhadap hubungan Arab-Israel , bukan yang cuba digambarkan oleh Amerika Syarikat.

Revolusi ini adalah revolusi murni dan mulia. Walaupun pelbagai dakwaan untuk mengotorkan revolusi ini cuba dipalit ke atasnya.Tuduhan liar bahawa revolusi ini adalah didalangi oleh regim AS , agensi perisik AS , Pentagon ,  Jabatan Sekretari AS . Bahawa AS adalah dibelakang ravolusi ini , mendorong rakyat untuk memprotes dan menghasut golongan muda .Bahawa AS menjadi pendalang revolusi ini.

Ini adalah dakwaan yang semasekali tidak adil. Mana-mana bangsa Arab atau orang Muslim atau seorang yang bebas didunia ini tidak boleh berfikiran bahawa anak muda Tunisia atau Mesir tidak boleh berfikir sendiri . Kerana ini adalah adalah suatu penghinaan kepada minda dan semangat golongan muda dan rakyat . Ia juga suatu penghinaan kepada kesedaran mereka , kepada budaya mereka dan kepada kefahaman mereka.

Mana mungkin Amerika mahu menjatuhkan regim yang selama ini sangat berguna kepada kuasa imperialis Barat. Ini mustahil dan tidak masuk akal.

Memang pasti Amerika mahu mengambil kesempatan atas pergolakkan ini. Mereka mahu mengambil kesempatan di atas revolusi ini. Mereka mahu kedua-duanya : menghalang kebangkitan , sekaligus mahu juga memanfaatkan revolusi ini. Mereka mahu memulihkan imej mereka dalam dunia Arab dan dunia Islam. Mereka menampilkan diri seolah pembela hak rakyat , kebebasan dan keazaman rakyat. Sedangkan berdekad-dekad mereka membela regim paling ganas yang dapat disaksikan dalam rantau ini. Inilah yang perlu diawasi sesungguhnya oleh pencinta kepada revolusi ini.

Amerika sudah membuat pelbagai kajian dan bancian di rantau ini , terutama di rantau Arab dan di dunia Islam. Mereka mahu mengenalpasti : Apakah pola dan halatuju  pendapat awam  dikalangan rakyat  ? Apa yang difikirkan oleh rakyat ? Apakah yang rakyat mahu? Apakah yang mereka mahu? Apakah yang rakyat tolak ? Apakah yang menjadi aspirasi mereka? Jawapannya jelas . Telah disiarkan dalam akhbar dan majalah , terutama mereka yang belajar mengenai hal ehwal strategik. Semuanya menjurus kepada  konklusi berikut:

Majoriti bangsa Arab serta masyarakat Islam menentang pelbagai polisi Amerika.. Mereka menolak polisi-polisi Amerika . Kita tidak bermusuh dengan rakyat Amerika. Kebanyakan rakyat Amerika diperingkat bawah dan yang terpinggir dan miskin tidak tahu apa yang berlaku dalam dunia akibat polisi luar Amerika.

Yang jelas bangsa Arab dan seluruh umat Islam tidak dapat menerima sokongan mutlaq Amerika terhadap Israel sejak tertubuhnya Israel sehinggalah peperangan di Gaza pada 2008 ; mereka amat jengkel terhadap sokongan Amerika kepada regim yang korup dan diktator dirantau ini ; mereka sangat marah dengan serangan dan jenayah perang Amerika terhadap Iraq , Afghanistan dan Pakistan  dan di Negara-negara Islam yang lain ; mereka sangat marah mengenai terdedahnya pembohongan dan polisi “double standard” Amerika mengenai hak asasi , kebebasan dan demokrasi .

Amerika tahu perubahan besar akan berlaku di rantau ini. Amerika tahu rakyat  Arab  menolak kerjasama pemimpin mereka dengan Amerika dan Israel. Amerika tahu kebangkitan rakyat akan berlaku. Bahawa bangsa Arab tidak lagi menerima status quo perhubungan pemimpin-pemimpin Arab dengan Amerika dan Israel. Oleh kerana itulah pemimpin-pemimpin Arab tidak popular dikalangan rakyat mereka sendiri. Malah ada pemimpin lain yang rakyat lebih sanjungi secara senyap-senyap terutama terhadap isu perjuangan rakyat Palestin.

Ini bukan bermakna Amerika berkomplot untuk menjatuhkan regim yang mereka rapat selama ini di rantau Arab. Namun Amerika tetap bersiap untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

Bila kebangkitan benar-benar berlaku  Amerika tidak mahu dilihat campur tangan kerana Amerika telah melalui  pengalaman yang pahit  ketika cuba campurtangan dalam revolusi Iran yang  meletus pada 1979.

Amerika tahu jika ia menyokong regim yang zalim yang ditentang rakyat, pertumpahan darah akan berlaku. Ini juga akan menyulitkan hubungan Amerika dengan seluruh agen-agen Amerika di rantau ini .

Sebab itu dalam revolusi Mesir kali ini , Amerika kelihatan berada di tengah – seolah pelindung kepada hak rakyat Arab  yang bangkit. Dan Amerika tetap  terus merencana apakah pihak yang bakal berkuasa dapat didekati dan memihak kepada kepentingan Amerika dan Israel.

Apa yang menjadi tumpuan regim Amerika dalam rantau Arab ini ialah menjaga  kepentingannya sendiri dan kepentingan Israel.

Siapa yang berkuasa tidak menjadi masalah . Amerika boleh memencil dan meninggalkan siapa yang berkuasa pada bila-bila masa sahaja. Semada yang Islamik atau tidak.

Amerika tidak kisah dan tidak akan veto . Tidak kira semada ia Muslim, dari pergerakan Islam, yang beraliran kiri, yang beraliran  kanan, yang nasionalis,yang sekular , seorang ulama , seorang syeikh , seorang sayyed atau seorang padri. Apa yang penting ialah ini :apakah pemimpin, regim ,atau pemimpin yang akan naik memenuhi kepentingan Amerika dan Israel atau tidak?

SELEPAS MENCAPAI KEBEBASAN , SEKARANG APA?

Selepas Tunisia dan Mesir berjaya menjatuhkan kedua-dua Presidennya , bagaimana mereka harus membangun struktur urustadbir yang demokratik perlu dijalankan.

Rakyat telah menampilkan dan mengumandangkan suara mereka secara tegas terhadap pemerintah autokratik .Kini kita menyaksikan gabungan daya antara golongan muda , mereka yang tidakpuashati dan rakyat biasa yang ingin mengenengahkan pelbagai potensi yang tersimpan selama ini.

Malah pencanang demokrasi dari Barat sekalipun , tidak menyangka ia boleh berlaku. Mereka menyaksikan gelombang kebangkitan dari bawah ke atas.

Bagaimana dua revolusi ini boleh melonjak gerakan pan-Arab?

Revolusi Mesir dan Tunisia membawa era baru dalam proses demokrasi dari rakyat . Rakyat terpaksa melalui pemerintahan autokratik selama 150 tahun.  Kini peluang membina struktur demokrasi secara tulin dari bawah muncul. Pelbagai potensi rakyat boleh digembleng.

Jalan terbuka luas di rantau Arab ini untuk berkreativiti dalam proses membina sebuah pemerintahan yang lebih demokratik , adil berdasarkan prinsip Islam.

Membina semula

Pokoknya kerja keras dan jiwa besar harus menjadi syarat  awal untuk membina harapan baru untuk bangsa Arab.

Apa yang penting ialah memanfaatkan seluruh potensi rakyat . Berbekalkan kepimpinan yang jujur dan kemahuan yang kuat , sebuah pemerintahan yang  adil pasti boleh ditegakkan.Kepelbagaiaan  harus dimanfaatkan dan visi yang satu harus menjadi  tumpuan.

Dengan memanfaatkan kearifan lokal serta mengambil khazanah hikmah dari tamadun Islam yang amat kaya , digabung dengan pelbagai pendekatan dan teknologi terkini , sebuah sistem pemerintahan yang memberi keutamaan kepada pembangunan manusia  pasti dapat dimunculkan.

Demokrasi ala Barat dan menggunakan nilai dan pemikiran serta model Barat pastikan mengulangi kegagalan.

Rantau ini mempunyai sejarah perjuangan ummah yang unik. Sebagai rantau yang telah memunculkan sebuah tamadun Islam yang gemilang samada dari segi pembinaan ilmu , sosio-budaya serta pembangunan yang mesra rakyat , terlalu banyak peluang yang boleh diteroka untuk menjayakan misi islah dirantau ini.

Kearifan lokal

Suatu usaha yang bersungguh yang harus dimulakan ialah mengumpulkan kekayaan pengelaman  pelbagai gerakan masyarakat yang menajdi tulang belakang kepada revolusi ini. Pergerakkan masyarakat sivil yang murni yang melahirkan revolusi ini dan yang berkecimpung dalam banyak bidang dikalangan rakyat perlu dikumpul .

Sementara itu aspirasi dan suara rakyat yang terpinggir bersama suara golongan generasi muda sangat perlu disertakan dalam proses dialog pembinaan semula negara. Golongan dhu’afa , generasi muda , pekerja dan banyak kelompok yang selama ini dipinggir itulah yang berperanan besar mengerakkan kebangkitan ini.

Lantaran merekalah soldadu jalanan yang sanggup berhadapan risiko ketika revolusi dimulakan. Oleh yang demikian  , penyertaan mereka dalam proses pembinaan semula adalah genting.

Kini proses inklusif harus digerakkan dengan penuh bijaksana. Pengelaman  keterbukaan Al Jazeera di Qatar, reformasi parliment di Kuwait , sistem keadilan transisional di Morocco , gerakan Majlis Peguam di Mesir dan Tunisia , pergerakan Islam di Mesir dan di Jordan adalah gabungan perkembangan yang sedang membuka jalan kepada perubahan.

Kesilapan besar projek “ Greater Middle East Initiative” yang dirangka oleh kuasa Barat adalah kerana ia bersifat esklusif yang menggunakan proses yang mirip elitis , cenderung kepada pendekatan atas ke bawah dan berpusat kepada mereka yang elit dan berkuasa sahaja.

Akhirnya yang dilahirkan ialah pemimpin-pemimpin Arab yang menjadi budak kepada demokrasi ala Barat.

Selama ini kerajaan-kerajaan  Barat kerap menjaga dan mendanai  kepentingan para diktator Arab  walaupun sering menyarankan kepentingan demokrasi perlu diamalkan diseluruh dunia.

Padahal bila berlaku Rusuhan Roti di Mesir pada satu ketika dulu , Barat hanya melihatnya sebagai isu sekuriti , bukan isu penindasan diktator ke atas rakyat Mesir.

Maka sebab itu  advokasi Barat supaya semua pemimpin-pemimpin Arab lebih demokratik hanyalah suatu retorika kosong dan hipokrit.

Para pemimpin Arab hanya sibuk berkonferensi dari ibukota ke ibukota di hotel-hotel mewah yang akhirnya membazir sumber. Mereka tidak mempedulikan keresahan rakyat yang mulai menunjukkan penentangan dari bawah . Malah mereka tidak peduli kepada pelbagai media baru yang mengangkat isu-isu rakyat terpinggir semada melalui blog , facebook mahupun melalui media dunia seperti Al Jazeera.

Inilah yang mencetuskan revolusi di Tunisia dari sebuah Bandar Sidi Bouzid, atau  Alexandria di Mesir  atau  Manama di Bahrain.

Perhubungan dan perkongsi untuk perjuangan yang satu.

Sedangkan senyap-senyap  suatu pertalian telah terbina antara perasaan dan pemikiran rakyat yang merentas diseluruh Asia Barat. Ide-ide , slogan , kenyataan-kenyataan serta suara keresahan saling dikongsi dan dijeritkan di Medan Habib Bourguiba di Tunis kepada Medan  Tahrir di Qaherah.

Momentum terbina bila komunikasi intensif berlaku antara para blogger Tunisia dan Mesir . Komunikasi antara mereka  amat terbuka  dan dialog serta pertukaran ide tersebar dalam hubungan siber untuk membina perjuangan yang sama.

Demikianlah slogan “degage” ( nyah keluar) dalam bahasa Perancis tersebar di Tunis sehingga ke Qaherah untuk menuntut pemimpin tirani Arab turun dari kuasa.

Sepertimana juga sajak yang sangat revolusioneri oleh penyajak Mesir ,Ahmed Fouad Najm  menyebar dan dikongsi ke jalan-jalan serta lorong–lorong di Tunis dan Sana’a.

Begitu juga kata-kata semangat oleh  Abu Al-Qasim Al-Shabbi dari Tunisia  mengenai hak rakyat dikemundangkan sehingga ke Qaherah .

Inilah revolusi yang dipanggil revolusi saling belajar dan saling berkongsi dalam proses demokrasi Arab-Arab.

Sekarang fasa seterusnya adalah seluruh warga Mesir dan Tunisia perlu  menjaga revolusi kuasa rakyat ini . Ini adalah revolusi yang merentas kedangkalan wilayah nasionalisme kenegaraan yang parokial . Kini masanya untuk seluruh golongan anak muda berinteraksi semada  bersua muka atau melalui blog untuk saling belajar membina inisiatif masyarakat dan membangunkan institusi rakyat.

Tunisia  punyai sejarah kebangkitan  yang unik. Ia tidak terpengaruh dengan penyebaran Nasserism dan revolusi ketenteraan pada tahun 1960an sebagaimana Negara seperti Iraq , Syria , Sudan dan Libya  yang telah mengikuti jejak Jamal Abdul Nasser di Mesir. Bourguiba di Tunisia tidak mejejaki langkah itu.

Sekarang rakyat Mesir dan Tunisia bebas membentuk majlis bersama untuk meneruskan revolusi mereka. Mereka harus menentukan kaedah mereka sendiri dari khazanah Islam yang mempunyai model pemerintahan yang tersendiri dalam sejarah bangsa Arab di rantau ini.

Aktivisme akar umbi

Kini peluang untuk berinteraksi dengan sihat dan membina antara pelbagai kelompok terbuka luas . Bukan sahaja dikalangan ulama tetapi juga mengujudkan wadah untuk berinteraksi dan berkongsi sesama golongan muda , ahli parliament , jurnalis , ahli akademik , partai politik , NGO , ahli politik untuk saling belajar dan berkongsi pengelaman dan ide.

Komuniti Pan Arab yang gagal dilahirkan oleh revolusi ketenteraan pada tahun 1950an dan 1960an yang menggunakan pendekatan autokratik , kini boleh dibina melalui proses musyawwarah secara Islami untuk tujuan yang satu.

Taghir(perubahan) dan tajribah(rekayasa)  adalah proses yang memerlukan keterbukaan dan tasamuh (tolak ansur) yang tinggi sebagai prasyarat kejayaan mengujudkan reformasi yang diperlukan di rantau Arab.

Hikmah hidup bermuhibbah dan demokratik dan secara perlahan-lahan membina jaringan  yang konstruktif antara para revolusioner rakyat di rantau ini amat diperlukan.

 

 

Melangkah lebih dari Mesir dan Tunisia

Kini wajah rantau Arab sedang berubah. Projek  “New Middle East”yang  dirangka dikalangan kuasa Barat antara keutamaannya ialah menjaga kepentingan Israel . Agenda ini tidak mempedulikan nilai , hak bangsa Arab terutama nasib Palestin.

Saat menegakkan  kedaulatan yang tulin adalah sekarang. Ia telah  dilakar dengan darah , air mata dan keberanian   menentang pemimpin tirani bangsa sendiri.

Telah nyata gerakan akar umbi  yang bertindak dalam dunia siber telah mampu mengatur dan memobilisasi rakyat Arab untuk keluar dari cengkaman kuasa pemerintah. Rakyat telah dapat mengatasi rasa takut dan melonjak gerakan untuk menentukan nasib sendiri melalui kesatuan yang merentas segala batasan darjat , ideologi dan status sosial.

Apa yang jelas ialah Medan Tahrir dan Medan Habib Bourguiba tidak akan hilang peranannya. Rakyat akan kembali untuk berdemonstrasi bagi mengingatkan para penguasa agar tidak berani mengkhianat amanah rakyat.

Inilah keindahan yang dimenangi dalam revolusi ini. Memang akan berlaku ketidakstabilan kerana  untuk mengujudkan suasana partisipasi yang sihat , pembaharuan dan reformasi sentiasa diperlukan. Untuk mempertahankan revolusi ini , mungkin memerlukan beberapa revolusi mini  di masa akan datang.

Sebuah revolusi menentang  neoliberalisme?

Jika pemberontakan berakhir dengan memberhentikan  neoliberalism, jutaan rakyat Mesir akan rasa ditipu.

Pada Februari 16hb 2011  Wael Ghonim , seorang blogger  menyiarkan dalam facebooknya “ Kullina Khalid Saed” ( Kami semua adalah Khalid). Khalid adalah seorang anak muda yang dibantai oleh polis kerana merakam perlakuan rasuah dikalangan anggota polis. Facebook Ghonim menjadi tumpuan seluruh rakyat Mesir bila beliau mendedahkan pelbagai kepincangan pemerintahan Mubarak  . Sebab itu bila beliau ditangkap , tuntutan supaya Ghonim dibebaskan bergema diseluruh Mesir.

Sementara itu kerajaan Negara-negara  Eropah didesak supaya semua akaun bank semua anggota kabinet semasa  regim Mubarak dibekukan. Ada yang memberi komentar “ Berita yang bagus , kami tidak mahu membalas dendam ….ia adalah hak kami semua  untuk mendakwa sesiapa yang telah mengkhianati Negara . Mengikut undang-undang , kami mahu wang Negara yang dicuri  dikembalikan …kerana  wang tersebut adalah wang rakyat Mesir , 40% daripada mereka hidup dibawah garis kemiskinan.”

Dalam sebuah facebook reaksi bersetuju dengan kenyataan ini mencecah 5,999 dalam hanya beberapa minit . Hanya segelintir yang bersikap negatif terhadap pemujaan kepada  Ghonim sebagai ikon generasi internet.

Kesan facebook ini menjadi seolah suatu wabak . Kini regim Mubarak telah jatuh . Slogan , sajak dan nyanyian di medan Tahrir sering mengandungi elemen amarah rakyat terhadap haramiyya (pencuri) yang kaya raya dalam pemerintahan regim Mubarak yang korup.Senarai pencuri-pencuri itu mula di keluarkan  .

Anak Mubarak , iaitu Gamal dan ‘Ala’ selalu disenarai teratas. Rencana mengenai kekayaan mereka mendedahkan  angka serendah $3 bilion sehingga setinggi $70 bilion .Angka ini tertulis di kebanyakan kad penunjuk perasaan di medan Tahrir.

Ahmad Ezz, Setiausaha Agung parti  National Democratic Party memilikki kilang besi terbesar di Asia Barat , dikatakan mempunyai kekayaan bernilai $ 18 bilion ; Zohayr Garana, bekas Menteri Pelancongan , $13 bilion ; Ahmad al-Maghrabi, bekas Menteri Perumahan  $11 bilion; bekas Menteri Dalam Negeri yang sangat dibenci rakayat kerana bleiau terlibat dalam arahan menangkap  , menyiksa dan pembunuhan anggota pembangkang ,memilikki kekayaan  $8 bilion.

Angka-angka ini mungkin tidak tepat. Mungkin terlalu rendah atau terlalu tinggi, tiada siapa yang tahu , kerana sebahagian besar kekayaan itu berada diluar Mesir. Melainkan jika Parlimen Mesir memutuskan secara formal untuk menyiasat segala urusan kewangan anggota regim Mubarak , mungkin angka sebenar dapat dikenal pasti.

Walau apapun regim Mubarak amat korup , tiada siapapun dapat menafikan. Angka terendah kekayaan Mubarak serendah $3 bilion “sahaja” sudah cukup menimbulkan pertanyaan. Tak mungkin seorang semuda 22 tahun ketika memasukki tentera pada 1950 , kemudian bertugas dalam “sektor awam” selama 60 tahun , boleh mengumpul harta sebesar itu.

Masalah adalah pada sistem.

Untuk memburu para kroni Mubarak bagi menyiasat kekayaan mereka, mungkin satu tuntutan yang munasabah. Namun ia boleh terkeluar dari  tumpuan yang sepatutnya iaitu  usaha untuk melakukan reformasi sistem  politik.

Para jeneral tentera akan senang bila ahli-ahli politik mengambil tempat mereka kerana mereka akan terlepas dari pertanggungjawapan terhadap apa yang berlaku selama Mubarak berkuasa. Nama mereka mungkin tidak disenaraikan dalam data pegawai yang korup , walaupun sebenarnya jeneral-jeneral tentera itulah yang banyak meraih keuntungan dari sistem yang dilaksanakan zaman Mubarak seperti yang diperolehi dari orang kanan Mubarak iaitu  Ahmad Ezz dan Habib al-Adly.

Yang pasti , walaupun pelbagai manfaat ekonomi mikro  dapat dini’mati , akan tetapi puluhan juta rakyat Mesir hidup dibawah garis kemiskinan.

Untuk merumuskan bahwa regim Mubarak adalah sangat korup tidak memadai.Kerana jika ini yang berlaku , tanggapan umum ialah yang perlu hanya menukar penjawat-penjawat regim itu dan masalah di Mesir akan selesai.

Ternyata ini hanya akan menjadi harapan yang tidak akan menyelesaikan masalah. Masalah yang sebenar bukan sekadar mendedahkan anggota kabinet  Mubarak adalah pencuri kekayaan Mesir semata-mata , kerana mereka mungkin tidak mengambil wang secara langsung dari perbendaharaan Negara.

Apa yang berlaku ialah mereka memperkayakan diri melalui mekanisme pengswastaan dimana mereka mengguna saluran politik dan saluran bisnes secara muslihat yang licik. Mereka  sebenarnya mengambil kesempatan dalam sistem yang membenarkan eksploitasi segala aparatus kerajaan atas nama pengswastaan yang akhirnya memasukkan wang dalam kocek mereka.

Pokoknya secara mudah, Mubarak menggunakan sistem Negara neo-liberal iaitu wang Negara diolah ke dalam kocek penguasa melalui ekonomi liberal.

Apa yang berlaku ? Mubarak memaksa semua pengurusan kehidupan rakyat hendaklah tidak bebas dari ekonomi pasaran. Tidak kira semada ia bersifat keperluan asasi seperti keselamatan sosial , bekalan air , eletrik , khidmat kesihatan , pendidikan ,tanah , makanan , khidmat sosial , pengurusan sumber alam .

Dengan itu dia merangkumkan semua keperluan hidup rakyat dalam kerangka ekonomi pasaran bebas . Kerajaan berperanan hanya untuk “menyelia”. Selebihnya apparatus kerajaan diguna sepenuhnya untuk mempermudahkan entiti bisnes (yang sering melibatkan menteri kabinet Mubarak semada secara proksi atau secara langsung) mengambil kesempatan di atas program pengswastaan. Peranan kerajaan hanyalah untuk mempermudahkan pasaran.

Antara Retorik dan Realiti

Mesir dianggap paling kehadapan di rantau Asia Barat dalam melaksanakan ekonomi neo-liberal . Namun program pengswastaan hanya memanfaat segelintir kroni dan golongan yang sedia kaya.

Tetapi dalam masa yang sama rakyat bawahan terus terpinggir. Suara kesatuan pekerja ditindas. Khidmat kesihatan dan pendidikan untuk mereka tidak diberi perhatian yang mencukupi . Sebahagian besar rakyat Mesir berada dalam kemiskinan , sementara kadar inflasi meningkat. Pengangguran berada pada paras tinggi , 9.4% tahun 2010 . Sekitar 20% berada dalam kemiskinan tegar yang dita’rif berada pada paras $2 sehari seorang.

Dikalangan golongan kaya , keadaan jauh berbeza. Mesir tidak mengecilkan sektor awam tetapi menyalurkan sumber kepada segelintir golongan elit . Pengswastaan  telah dimanfaat sepenuhnya oleh golongan yang ada hubungan politik yang rapat dengan pemerintah. Aset Negara dibeli dengan harga dibawah harga pasaran . Keuntungan lumayan diraih dari kontrak kerajaan untuk membekal bahan binaan oleh syarikat-syarikat kroni. Sebahagian dana itu malah datang dari bantuan dari luar.

Bisnes dan pemerintah sangat saling berkait dalam regim Mubarak. Hubungan politik menjadi jaminan untuk mendapat keuntungan luar biasa dan dengan itu merangsang mereka yang kaya untuk merebut jawatan politik. Padahal piliharanraya yang diadakan itupun penuh dengan penyelewengan yang dicatur oleh parti pemerintah iaitu National Democratic Party (NDP). Hanya mereka dari NDP sahaja yang dilantik dalam Majlis Dewan Perundingan Rakyat .Perhitungan politik sangat jelas :  masuk beberapa orang calon yang dikaitkan dengan Ikhwan Muslimin pada tahun 2005 ( yang menimbulkan ketakutan di Washington) ; tentukan dominsasi NDP pada tahun 2010 ( sediakan peluang baru untuk mengagih asset awam kepada pelabur “swasta”).

Kesamaan dengan Amerika

Politik ekonomi dalam regim Mubarak ada banyak persamaan dengan apa yang berlaku di Timur Tengah , Amerika Latin, Asia, Eropah dan Afrika. Ekonomi  neoliberal dicuba dan gagal: jurang kaya-miskin meluas , golongan elit menguasai sepenuhnya dan sistem pasaran dipaksa ke atas golongan miskin.

Pengganguran adalah isu yang paling disuarakan oleh jutaan rakyat Mesir.

Demikian cerita yang sama didapati di Negara-negara ekonomi neoliberal yang merupakan buah dari sistem politik yang membenarkan satu kaki dalam “bisnes” dan satu kaki lagi dalam “kerajaan”

Dogma neoliberal inilah yang tidak membenarkan kerajaan memainkan peranan kawalannya selain hanya menjaga kepentingan pasaran- iaitu pengswastaan perkhidmatan , sumber yang sebelumnya di bekal dan dikawal oleh kerajaan.

Jadi bila Setiausaha Agung  NDP ,Ahmad Ezz mendapat kontrak untuk membangun binaan swasta dengan membekalkan besi , atau bila bekas  Menteri Parliment , Talaat Mustafa membeli tanah yang sangat luas tanpa sebarang proses tender (tetapi dengan manfaat terbina jalan dan prasaranan utiliti asas), mereka telah melakukan korupsi semada secara logik atau secara moral.

Kini yang penting ialah peranan tentera dalam sistem politik Mesir.Sekarang tentera yang memerintah , sementara menunggu pemindahan kuasa . Pegawai tentera dalam regim yang lama tidak tersenarai. Mengikut edisi February 17hb dalam  Ahrar, media dari parti Liberal , keluar tajuk utama  “Financial Reserves of the Corrupt Total 700 Billion Pounds [about $118 billion] in 18 Countries.”

Kekuasaan  ekonomi

Malangnya rencana tersebut tidak menyebut tentera yang terlibat dalam mengsonglap harta Negara. Walhal tentera juga terlibat dalam “crony capitalism” era Mubarak . Ada pegawai yang kaya raya menjadi ahli lembaga projek-projek perumahan dan pasaraya .Sebahagiannya adalah syarikat awam yang dipindahkan kepada sektor tentera bila program IMF yang menyusun semula dan mengecilkan sektor awam dilakukan.

Akan tetapi perbelanjaan tentera juga amat lumayan. Ia melibatkan bajet Negara dan juga kontrak dengan syarikat-syarikat Amerika yang membekal kepakaran dan alat tentera. Amerika menyediakan dana , akan tetapi mensyaratkan wang dikitar semula balik kepada korporat Amerika . Semuanya memerlukan orang tengah. Yang jelas tentera yang menerima bantuan itu jualah yang menjadi orang tengah . Pegawai yang bersara dilantik untuk menjadi pelobi bagi mendapatkan kontrak Kementerian Pertahanan.

Jika diperhatikan secara dekat Majlis Tertinggi Tentera tidak akan membenarkan sebarang perubahan kepada sistem politik yang telah mengkayakan jeneral-jeneral tentera selama ini. Walaupun mereka boleh dipaksa untuk menerima perubahan namun jika boleh mereka tidak  mahu perubahan sistem dilakukan.

Penunjuk perasaan pro-demokrasi dan para simpatisan sering melaungkan  slogan “tentera dan rakyat adalah satu “ dan “tentera adalah dari  kami”. Ramai yang tidak tahu betapa jauh beza antara soldadu dan para jeneral tentera. Antara keduanya adalah pegawai-pegawai  professional dipangkat pertengahan yang banyak spekulasi mengenai ketaatan mereka. Para jeneral mahu tetap dengan keistimewaan mereka dan tidak memerintah secara langsung. Kerana mereka tahu jika mereka terlibat secara langsung dalam pemerintahan mereka akan berhadapan dengan risiko dicabar dari luar. Terlibat secara langsung tidak memungkinkan mereka berselindung dari hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah “satu kelompok” dengan puak  Ahmad Ezz, Safwat al-Sharif, Gamal Mubarak, and Habib al-Adly — puak yang tersenarai sebagai orang-orang yang akan didakwa.

Sebenarnya isu yang pokok ialah apakah Mesir pasca Mubarak akan kekal sebagai sebuah Negara neo-liberal yang mengujudkan pasaran bebas untuk golongan miskin dan menswastakan asset Negara kepada golongan ahli politik untuk golongan yang kaya. Selepas revolusi 25hb Februari 2011 di Mesir itu , apakah nasihat yang diberikan kepada kerajaan interim (sementara) yang berada dikalangan jeneral tentera untuk membina atau menstruktur semula kerajaan Mesir.   Kerajaan sementara ditangan tentera sepatutnya hanya untuk tempoh yang singkat . Ia harus menyerahkan kepada kerajaan sementara yang dipegang oleh rakyat (civil government) bagi memungkinkan paling lama 2 tahun sebelum parti politik boleh membuat persiapan untuk  menyertai pilihanraya. Akan tetapi selalunya kerajaan sementara sering menjadi kerajaan yang kekal.

 Teknokrat ataukah ideologi yang harus mengambil alih?

Adakah membentuk semula kerajaan , Mesir boleh memileh golongan ahli teknokrat? Mereka dianggap pakar dan bebas politik . Mereka dikatakan bertindak atas prinsip “saintifik”.Contohnya , Yusuf Butros Ghali, mantan Menetri Kewangan, sebenarnya proksi  Gamal Mubarak yang dibawa masuk dalam Kabinet pada  2006 bagi melicinkan anak Presiden mengambilalih kuasa. Akan tetapi Ghali sekarang didakwa menyalahkan wang sejumlah  LE 450 juta untuk Ahmad Ezz.

Ghali malah pernah berkata pilihanraya tidak boleh diadakan kerana demokrasi akan memungkinkan Ikhwan Muslimun akan mengambil alih kuasa.

Ahli teknokrat sering membuat kaedah “shock therapy” — iaitu memaksa program penswastaan yang menyeluruh tanpa memberi peluang rakyat meneliti impaknya.

Revolusi Mesir dan Tunisia  penting. Kerana ia berlaku di dua Negara yang sudah mengamalkan sistem neoliberal. Kegagalan sistem ini memberi kesejahteraan kepada rakyat adalah salah satu faktor yang mencetuskan revolusi.

Sehingga kini keadaan di Mesir maseh belum menentu . Sehingga rencana ini di tulis maseh terdapat kelompongan kuasa. Tanggapan bahawa ekonomi Mesir dalam keadaan parah sedang mempengaruhi prospek negara itu — pelancong menurun ,keyakinan pelaburan tergugat , industri dan bisnes beroperasi dalam keadaan separuh kapasiti. Ini boleh menjadi alasan kuat untuk pihak-pihak yang berkepentingan melancarkan reformasi kosmetik. Ini termasuk peningkatan penswastaan. Bahayanya ialah sistem neo-liberal  lama tetap dikekalkan . Hanya perlaksanaanya sahaja yang disusunsemula.

Inilah yang didakwa oleh  The New York Times dalam rencana  February 17hb 2011 mendakwa bahawa tentera yang menyekat pengswastaan. Mereka mendakwa sistem pengswastaan Mubarak adalah baik dan sistem  Sosialisme Arab Naser adalah buruk. Pada hal tentera banyak menerima keuntungan dari sistem Mubarak. Pegawai tinggi tentera menerima habuan yang lumayan.

Pegawai dihadiahkan dengan elaun yang tidak sedikit dari sektor-swasta ; syarikat dan ahli politik pula  mencampur adukkan  antara  peranan awam dan dan peranan swasta sehingga fungsi antara kerajaan dan  swasta tidak dapat dibezakan; kedua-dua sektor awam dan tentera mengaut keuntungan dari bantuan luar yang perbendaharaan Mesir.

Namun tuntutan para demonstrator sangat jelas : tukar regim ; tarikbalik undang-undang dharurat ; hentikan penyiksaan tahanan ; adakan pilihanraya yang bebas dan adil. Yang paling jelas mereka menuntut keadilan sosial dan ekonomi. Media sosial mungkin telah memulakan teras kepada gerakan revolusi tersebut namun kekuatan yang mendorong hampir semua lapisan rakyat untuk turun ke jalan ialah keresahan ekonomi yang dideritai rakyat yang sebenarnya amat sebati dengan sistem ekonomi neo-liberal yang berjalan ketika regim Mubarak. Keresahan ini tidak boleh hanya dikaitkan dengan golongan miskin kerana revolusi tidak pernah digerakkan oleh golongan dhuafa. Ia sebenarnya kemarahan rakyat akibat sistem ekonomi yang tidak mengambilkira persoalan kebajikan manusia dalam logik ekonomi pasaran bebas. Sistem dalam pemerintahan Mubarak telah membiarkan sekolah dan hospital  dalam keadaan yang sangat buruk , taraf  upah yang terlalu rendah terutama dalam sektor swasta yang terus berkembang. Inilah yang menukar ratusan aktivis kepada jutaan demonstrator yang tegar.

Jika revolusi Januari 25hb 2011 itu menghentikan hanya sementara sahaja sistem ekonomi  neo-liberalisme , pasti jutaan mereka yang berdemonstrasi akan tertipu. Malah seluruh dunia juga mungkin tertipu . Mesir dan Tunisia adalah negara yang mendahului mencetuskan revolusi menentang regim neo-liberal. Rakyat Amerika boleh belajar dari Mesir . Malah sudah ada tanda mereka sedang melakukannya. Guru-guru di Wisconsin memprotes governor yang cuba menafikan hak untuk mengadakan perjanjian tawar-menawar kolektif  dalam hal gaji.

Kebangkitan yang tertangguh 

Revolusi di Asia Barat yang merata itu boleh dikatakan “ new geography” di rantau itu.

Ucapan  Muammar Gaddafi yang lantang tidak mahu undur walaupun tenteranya telah membunuh ratusan rakyatnya sendiri akan tercatat dalam sejarah sebagai ucapan seorang kolonel yang tidak siuman.

Seolah tidak mengambil tahu apa yang menimpa Libya beliau melontarkan kata-kata:

Aku akan membalas dendam ke atas kamu

Bahawa semua didunia akan  , dan aku akan melakukan yang sama –

Siapa mereka , aku maseh tidak tahu : tetapi mereka akan pasti seperti yang aku katakan

Para teroris di atas bumi

Kamu fikir aku akan menangis

Tidak , Aku tidak akan menangis,

 Aku ada sebab untuk menangis ; tetapi hati ini

Akan renyuk kepada ratusan ribu kesalahan

Oh aku akan menangis , oh sibodoh , aku akan menjadi gila

“Kita sedang menyaksikan ,”mengikut seorang novelis Libya , Hisham Matar mengenai penindasan Gaddafi ke atas rakyatnya sendiri, ibarat, “libasan ganas seekor gergasi yang sedang menempuh maut.”

Kebangkitan  pasca penjajahan

Gaddafi mengamuk mengenai dirinya , beiau berkata “aku seorang pejuang , seorang revolusioner dari khemah padang pasir ,” dan bahawa  “aku  akan mati sebagai shahid  ,” dan lepas itu mengugut “Aku belum menggunakan lagi tentera …..bila aku memutus untuk melakukannya , segalanya akan hangus dibakar”

Selepas ucapan Gaddafi pada February 22, 2011 perdebatan mengenai pasca penjajahan telah berakhir . Kita sekarang memerlukan bahasa yang baru – bahasa pasca penjajahan . Selepas berkuasa selama 42 tahun , Gaddafi adalah figur terakhir penjajahan Eropah yang memusnahkan bukan sahaja sumber material dunia tetapi yang lebih penting ialah kemerdekaan moral . Untuk itu semua pemimpin-pemimpin Arab yang sedia ada akhirnya perlu diturunkan.

Seperti  Tunisia dan Mesir , Libya mengelami kebangkitan yang tertunda untuk menuntut hak rakyat Libya iaitu — kedaulatan nasionalnya , menegakkan institusi-institusi demokrasi , pemerintahan dengan undang-undang , mengembalikan maruah rakyat berdasarkan pengagihan kekayaan ekonomi yang adil – semua ini adalah pra-syarat kepada sebuah kehidupan yang bermaruah setelah Libya dijajah oleh Itali (1911-1951). Libya dilepaskan tetapi tanpa institusi demokrasi . Akhirnya menghasilkan Gaddafi dipuncak kuasa.

Sebelum itu penjajah Eropah telah merompak sumber asli , memperhamba tenaga rakyat  di Negara yang dijajah . Tidak cukup dari itu penjajah telah meninggalkan Negara yang dijajah itu dengan konflik antara kaum  — antara bangsa Arab dan Parsi , Sunni dan Shiah, Muslim dan Hindu, Muslim dan Kristian.

Kebangkitan dari sebuah igauan

Hari ini kita bangkit dari igauan . Sudah lama kita mengimpikan cita-cita ini .Kita  bersungguh berharap agar anak dan cucu kita tidak lagi hidup dengan hina dan dibawah ketakutan . Yang sedang kita saksikan pada bangsa Arab dan dunia Muslim ialah lahirnya Negara-negara pasca penjajah , lebih bebas dari kemerdekaan yang kita capai setelah kita dijajah oleh Eropah dahulu. Kita menyaksikan kebangkitan rakyat  untuk menurunkan pemimpin tirani yang telah mengambil alih tempat penjajah.

Selama 42 tahun  Gaddafi memerintah  Libya dengan kuku besi . Untuk kekal berkuasa beliau mengebom rakyatnya sendiri  dengan senjata yang dibelinya  dari Amerika and British . Sepanjang pemerintahannya kekayaan Libya telah disalah urus dan salahguna , kerana beliau hanya mementingkan penguasaannya lebih dari membangunkan Libya.

Itali keluar dari Libya pada tahun 1951.Ada yang mencatat bahawa hampir 50% penduduk Libya terbunuh dalam tempoh  perjuangan anti-penjajah. Kini mereka sedang berjuang pula untuk membebaskan diri dari seorang pemerintah dari kalangan orang mereka sendiri iaitu Gaddafi.

Semua kebangkitan di rantau Arab dan dunia Islam nampaknya saling berkait dan mempunyai fokus yang hampir sama. Apa yang berlaku di  Libya, Tunisia,Mesir, Bahrain, atau Yemen tidak boleh dipisahkan dari apa yang  berlaku di dunia  Arab dan Muslim seluruh dunia sepanjang setengah abad yang lalu . Dari  perampasan hak rakyat  Palestine, sehingga melenyapkan harapan dan aspirasi rakyat Iran selepas revolusi Iran pada tahun 1979, kepada pencerobohan ke atas  Afghanistan dan Iraq – semua ini amat intergral dengan aspirasi demokratik yang kini merebak keseluruhan  tanah air Arab. Rakyat bangkit untuk menolak politik kecewa yang dipaksa ke atas mereka lebih setengah abad oleh kuasa penjajah dan kuasa imperial.

“New Geography”

Kini ujud peta baru. Yaitu peta kemerdekaan . Bukan peta yang memisahkan antara “Islam dan Barat “ atau “Barat dan dunia lain

Perhitungan  US dan Israel silap . Bila Omar Suleiman dilantik oleh Mubarak menjadi Timbalan Presiden ,  mereka kira kemarahan rakyat akan reda. Namun perhitungan mereka tersasar , kerana kebangkitan yang tercetus tidak samasekali mengendur.

Kebangkitan ini melakar peta baru . Pemerintah korup dan kuku besi yang didokong oleh Barat diturunkan oleh rakyat sendiri. Ini kebangkitan yang merentas nasionalisme ras. Suatu pemikiran pasca penjajah yang baru sedang muncul. Kali ini suatu model pemikiran politik baru sedang lahir yang tidak dijangka oleh para pemikir dunia.

Dari Senegal kepada Djibouti , kebangkitan rakyat merebak . Mereka mengelarnya “Jasmine Revolution.”

Rakyat memberi ta’rif baru kepada erti kemerdekaan—dari Morocco kepada  Afghanistan, dari Turki ke Yemen, dari Asia Tengah kepada lautan India . Peta baru sedang dilakar yang berbeza dengan peta yang dilakar oleh penjajah sebelum ini. Malah rakyat sedang melakar sejarah baru. Sejarah yang menunjukkan keberanian melawan kuasa tirani dari pemerintah yang dulunya mereka sanjung .

Reformasi , bukan pemberontakan  di Algeria

Rakyat Algeria tidak senang dengan status quo, tetapi mereka khuatir terhadap perang saudara yang berpanjangan akan mengujudkan ketidakstabilan yang merosakkan.

Walaupun slogan kebangkitan di Algeria hampir sama dengan slogan di Negara Arab yang lain tetapi menjatuhkan regim  yang sudah berkuasa selama 25 tahun  bukan semesti hasrat yang dikehendakki oleh rakyat.

Tuntutan mereka lebih kepada  hak berpartisipasi dalam politik , hak berhimpun , kebebasan media  dan perubahan kerajaan yang sedia ada secara demokratik.

Oleh itu rakyat berdemonstrasi di Algeria adalah untuk medesak kerajaan yang ada melakukan reformasi dalam kerajaan sendiri.

Massa Kritikal yang maseh berkurangan

Sebuah badan gabungan bergelar “The Coordination for Democratic Change in Algeria”, yang menurutsertakan organsisasi kesatuan buruh , parti politik serta organisasi hak asasi manusia meluncurkan demonstrasi. Akan tetapi bilangannya hanya beberapa ratus orang sahaja  kerana mereka mementingkan massa kritikal.

Rakyat juga mengambil sikap berhati-hati . Sementara kebangkitan di Tunisia dan Mesir tidak melibatkan parti politik , di Algeria lain keadaannya. Beberapa parti politik turut dalam demonstrasi  yang dikendalikan oleh Coordination for Democratic Change in Algeria . Salah satu parti politik adalah RCD, The Rally for Culture and Democracy, sebuah parti sekular yang kecil tetapi lantang , dipimpin oleh Said Saadi. Parti ini hanya memperolehi kurang dari 2% undi popular pada pilihanraya presiden  2004.

Namun ada yang berpendapat melibatkan seorang yang tidak popular seperti  Said Saadi,adalah kesilapan yang boleh membunuh potensi menyemarakkan gelombang protes.

Tanpa pemimpin politik atau mempolitik protes , rakyat Algeria memang banyak alasan untuk memprotes. Algeria dijangkiti banyak penyakit. Laporan  UNICEF mendapati ramai belia  Algeria kecewa dan menganggap pandangan mereka tidak diambilkira.

“Belia Algeria amat kecewa mengenai masa depan mereka kerana pengangguran yang tinggi dan peluang kerja yang terhad,”kata Manuel Fontaine, wakil UNICEF di Algeria.

Walaupun terdapat 30 % yang menganggur dan prospek masa depan yang gelap ,generasi muda Algeria maseh tidak tunjuk perasaan dijalanraya . Perang saudara yang terbaru di Algeria menyebabkan ramai yang tidak sanggup menyertai protes.

Sejarah keganasan

Ingat, Algeria telah melalui perang saudara yang sangat dahsyat. Dianggarkan  200,000 orang telah terbunuh. Orang awam sudah lelah dengan keganasan. Pertumpahan darah dijalan , imej orang yang kepalanya dipenggal  – bukan mudah untuk dilupa. Bukan rakyat tidak mahu perubahan tetapi orang telah hilang selera untuk terus berprotes.

Antara 1991 dan 2002 , Algeria menghadapi Perang Saudara , yang mengakibatkan tentera membatalkan pilihanraya dan undang-undang dharurat dikuatkuasakan setelah Islmic Salvation Front (FIS) menang dengan undi majoriti popular dan juga undi di pilihanraya parlimen.

Apa yang berlanjutan ialah pertempuran tentera dengan kumpulan gurila yang menyebabkan ratusan ribu rakyat Algeria terbunuh atau hilang. Akibatnya emosi orang awam telah terluka dan menyebabkan kebangkitan politik dikaitkan dengan ketidakstabilan dan keganasan.

Mounia Aouadi adalah seorang guru matematik di Algiers . Katanya kebangkitan di Libya, Bahrain dan Yemen adalah baru , sementara rakyat  Algeria telah melalui konflik politik lebih lama dan tidak sanggup mengadai keamanan dan kestabilan  dalam keadaan  politik yang tidak menentu.

“Kami , rakyat  Algeria, darah yang mengalir dalam tubuh kami adalah darah revolusi dan kami adalah anak-anak para syuhada. Dan kami sekarang sudah letih . Kami faham makna revolusi . Sehingga sekarang kami terluka dan sedang terus berdarah”.

Ruang demokrasi

Dalam keadaan pergolakan politik rantau terus merebak, pada 24 hb Februari 2011 President  Algeria , Abdelaziz Bouteflika mengumumkan  pembubaran undang-undang dharurat  yang telah dikuatkuasakan sejak 19 tahun yang lalu. Ini adalah tuntutan utama penunjuk perasaan dan regim yang berkuasa  menggunakan modus operandi ini untuk menangani bantahan rakyat.

Ketika para pemprotes dilayani secara baik oleh pihak berkuasa , kerajaan mengharapkan keadaan akan reda. Tanda untuk mengerakkan beberapa langkah reformasi cuba dilakukan.

Semacam ada sedikit ruang demokrasi untuk menyatakan bantahan dan kebebasan bersuara . Berbanding Negara lain di rantau ini Algeria ada 45 surat akhbar harian .

Sudah ada bebarap tunjuk perasaaan berlaku di Algeria mengenai kualiti hidup . Kenaikan harga makanan Januari 2011 telah mencetuskan protes jalanan .Kerajaan telah menurunkan harga makanan sebagai respon.

Reformasi suatu kemungkinan

Majalah  Economist baru-baru ini menyiarkan rencana “Shoe-thrower’s Index,” iaitu suatu carta untuk meramal Negara yang bakal menghadapi  revolusi.  Algeria berada pada tangga ke 9 dari 17 buah Negara. Namun rakyat Algeria sendiri memberitahu Algeria jauh dari revolusi.

Rakyat tidak mahu mengggulingkan regim . Rakyat Algeria dikatakan sudah lelah dengan demonstrasi .Apa yang mereka mahu ialah  demokrasi, reformasi , ketelusan dan akuantabiliti.

“Perubahan pasti akan berlaku di Algeria ” kata aktivis dan penggerak masyarakat, Imad Boubekri. “Sebagai organsiasi sivil dan aktivis belia , kami cuba mengingatkan mereka yang berkuasa bahawa reformasi pasti berlaku , tetapi dalam cara yang aman.”

Sementara protes dan kebangkitan akan terus berlaku di dunia Arab , adalah jelas kebangkitan menyeluruh di Algeria tidak akan berlaku dalam masa yang sengkat. Akan tetapi rakyat Algeria sedang mengamati dengan serius apa yang berlaku di Mesir , Tunisia dan Libya termasuk memikirkan anjakan perlahan-lahan di Algeria sendiri.

Kebangkitan di Syria yang sangat mengejutkan Bashar

Jika kita turut kenyataan kerajaan Syria , protes yang sedang membiak adalah bermula dari unsur luar yang disebut sebagai  “foreign conspirators” ( konspirator luar) yang merupakan gerakan bersenjata golongan  Salafi, yang dituding sebagai anggota gerakan Islam jalur keras .

Akan tetapi suara rakyat biasa menyanggah kenyataan kerajaan. Mereka tetap mengatakan kemarahan rakyat adalah akibat kekecewaan terhadap regim di Damaskus , bukan sangat faktor agama .

Jika diamati rakyat yang bangkit hanya rakyat biasa , yang tidakpun mempunyai organisasi . Ini pendapat seorang professor sains politik  Damascus University.

Analisisnya adalah rakyat sangat kecewa dengan keadaan ekonomi dan politik seperti yang berlaku di Mesir dan di Tunisia. Pengganguran yang meningkat dan peluang pekerjaan  yang sangat terhad. Disamping itu juga hak bersuara dikenkang. Tuntutannya tetap sama iaitu lebih ruang untuk bersuara dan membenteras rasuah .

Sebab itu teori kebangkitan ini dicetus oleh golongan  Salafi adalah tertolak. Ini adalah kerana golongan Salafi tidak mempunyai pengaruhi seluas itu untuk mencetuskan kebangkitan yang merata. Malah Mukkhabarat, iaitu agensi perisikan telah berjaya menekan pergerakkan Salafi.

Kini para penunjuk perasaan berhadapan dengan peluru hidup yang ditembak oleh polis dan samseng pro-kerajaan . Sekali lagi keberanian rakyat amat mengejutkan regim Bashar .

Aktivis siber melalui  aktivisme online memainkan peranan yang luar biasa. Kegiatan mereka adalah untuk menghubungkan para penunjuk perasaan.

Revolusi tersebut bermula dilaman sosial Facebook kemudian merebak ke jalanan. Selanjutnya badan bertindak kecil terbentuk diserata Syria.

Pada 14 April komiti-komiti  kecil dari badan-badan bertindak itu mengeluarkan kenyataan bersama menyenaraikan tuntutan mereka termasuk mendesak kerajaan menghentikan tindakan ganas polis terhadap para penunjuk perasaan , meminda perlembagaan dan membebaskan semua tahanan politik.

Semua gerakerja aktivis ini dilakukan sendiri tanpa sebarang bantuan dari luar.

Kerisauan tercetusnya pertempuran sektorian.

Ada sangkaan bahawa penunjuk perasaan mahu lebih dari hanya agenda reformasi. Dijangka jika regim ini tumbang perebutan kuasa antara puak akan tercetus.

“Jika regim ini tumbang , Syria akan menjadi sebuah negara Islam,” kata seorang anggota Alawi, sebuah ras minoriti darimana Presiden Bashar al-Assad berasal. “Semua wanita akan dipaksa berhijab.” dakwanya.

Sebab itu bila demonstrasi bermula di kota Daraa ada yang mensyakki sesuatu.

Daraa dianggap sebuah kota yang bukan liberal . Al-Tal, Harasta dan bandar-bandar kecil luar kota  Damaskus kebanyakannya adalah dihuni oleh mereka yang berfikiran konservatif . Penduduk tidak semestinya menuntut untuk demokrasi dan kebebasan . Mereka dianggap mempunyai agenda Islam. Semua protes nampaknya keluar dari masjid.

Malah ada yang mendakwa kelompok Ikhwan Muslimun terlibat dalam mendalangi protes tersebut.

Akan tetapi teori ini disangkal kerana Ikhwan diharamkan di Syria sejak 1963. Menganggotai Ikhwan boleh dijatuh hukuman mati.

Namun mengikut Rime Allaf, seorang penganalisa Syria berpusat di London di institusi strategik Chatham , berpendapat pihak berkuasa Syria cuba mengambarkan ketidakstabilan yang berlaku berpunca dari perbalahan sektorian , bertujuan untuk memecahbelahkan rakyat Syria.

PENUTUP

Analisis kami ialah kebangkitan rakyat Asia Barat adalah suatu yang sangat menarik dan mengejutkan. Tanpa kesan dan tanpa isyarat yang jelas rakyat yang dilatari oleh pelbagai aliran tiba-tiba bangkit sederap dan serentak untuk kembali kepada maruah diri. Kali ini mereka menterjemahkan erti kemerdekaan yang lebih murni dari kemerdekaan yang dikecapi sebelumnya. Bahasa kemerdekaan kali ini bukan bebas dari penjajahan tetapi kembali kepada maruah untuk hidup terhormat dan berdaulat.

Revolusi ini maseh belum matang secukupnya kerana proses membina semula sedang dicari oleh pelbagai pihak yang perlu melakarkan kesepakatan untuk melangkah ke hadapan.

Sudah sampai masanya pemikiran yang murni dalam mencari formula Islam yang utuh untuk ditawarkan kepada rakyat dilakukan dengan jujur dan gigih di Asia Barat. Ia bukan suatu usaha yang mudah. Namun dengan kesanggupan rakyat memberi nyawa mereka untuk merealisasikan revolusi ini , maka kami tidak nampak ia suatu yang mustahil untuk dicapai. Hanya jiwa besar , pemikiran jernih dan nurani yang ikhlas akan dapat melakar sejarah kembalinya kecemerlangan Islam untuk membentuk semula tamadun manusia.

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,922 hits
Kalendar
Mei 2011
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: