HAPUSKAN AKTA KANUN KESEKSAAN 292

Kenyataan Media TERAS

2 hb Mei 2011

HAPUSKAN AKTA KANUN KESEKSAAN 292 JIKA TAYANGAN VIDEO LUCAH KINI BOLEH DITAYANGKAN TANPA DIAMBIL TINDAKAN OLEH PIHAK POLIS

 

TERAS mencadangkan setelah hampir lebih sebulan tiga orang yang menggelar  diri mereka Datuk T tidak didakwa padahal sudah sangat jelas dan terang mereka mengaku dan telah melakukan kesalahan yang melanggarkan Akta Kanun Keseksaan 292 , maka lebih baik  Akta ini dibubarkan sahaja.

Jelas bila PDRM dan Jabatan Peguam Negara terus berlengah-lengah dan tidak mendakwa Datuk T , negara ini termasuk dalam senarai negara yang menghalalkan pornografi seperti di kebanyakan negara Barat.

TERAS berpendapat bukan sahaja pihak berkuasa nampaknya maseh teragak-agak untuk bertindak malah lebih parah lagi terus melindungi Datuk T , maka Malaysia kini sudah menjadi sebuah negara yang menghalalkan perlakuan tidak bermoral .

Malah bertambah berat lagi media dibenarkan menyiarkan serta menayang klip video lucah itu secara terbuka dan berulang kali disiarkan tanpa apa-apa tindakan diambil keatas media berkenaan.

TERAS merasa sangat kesal dan memprotes dengan keras , sikap kerajaan yang nyata dan terus terang double standard dalam isu video seks ini.

Kini bukan sahaja Malaysia sudah menjadi negara tidak berakhlaq malah telah menjadi negara yang mempromosi pornografi.

Oleh kerana itu wajar rakyat menzahirkan kemarahan mereka terhadap pihak berkuasa PDRM , Jabatan Peguam Negara , Jabatan Agama Islam , Media  dan terhadap seluruh Jamaah Menteri Kabinet yang telah mengkhianat amanah yang diberi oleh rakyat untuk menjaga rakyat dari terjerumus dalam kepincangan akhlaq dan politik kotor dan jahat.

Jika undang-undang yang jelas tidak mahu digunapakai untuk mengadili mereka yang melakukan kesalahan maka TERAS berpendapat lebih baik digugur sahaja undang-undang tersebut sekaligus dibatalkan bidangkuasa agensi yang berkaitan.

Adalah sangat memalukan dan mengaibkan sebagai sebuah negara yang telah merdeka 53 tahun , institusi kehakiman tidak lagi dihormati sebagai pemutus keadilan bila institusi tersebut menjadi perkakas kepada kuasa politik.Kini mahkamah media diberi ruang sepenuhnya untuk menghukum peribadi yang dianggap musuh kepada kerajaan yang berkuasa.

TERAS mengesa supaya diujudkan Suruhanjaya diperingkat Parlimen untuk menyemak fungsi agensi penguatkuasa  yang sepatutnya menguatkuasakan  undang-undang yang diluluskan di Parlimen. Suruhanjaya itu dipertanggungjawabkan melaporkan kembali kepada sidang Parlimen sekaligus akan bertindak sebagai badan pemantau supaya memastikan semua agensi menjalankan fungsinya secara jelas mengikut undang-undang yang dilulus. Sebarang pertikaian hendaklah diadili dimahkamah dalam sistem kehakiman sivil dan syariat yang ujud dinegara ini.

Tidak guna diluluskan di Parlimen pelbagai undang-undang jika agensi yang diberi tanggungjawab nampaknya terus berada dibawah telunjuk kuasa eksekutif. Akibatnya rakyat menjadi mangsa kepada tingkahlaku ahli-ahli politik yang bersekongkol dengan agensi-agensi awam serta media yang berat sebelah hanya untuk memastikan kuasa politik mereka tidak tergugat.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,556 hits
Kalendar
Mei 2011
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: