Isu Budaya Fitnah : Warkah kepada JAWI

SAF ANTI FITNAH DAN MARUAH

“Rakyat Bangkit Lawan Fitnah”

 

Sekretariat GDB, 8-4 The Right Angle, Jalan 14/22, Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor D.E.  Tel : 019-4744856 / 0133506570 /0124753516 / 0136362408

Emel: azmi58@yahoo.com, barajiwa@gmail.com

______________________________________________________________________________

    6 Mei 2011  

2 Jamadil Akhir 1432H

 

 

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana,

50676 Kuala Lumpur

Tel: 03-22749333 Faks: 03-22731575

(Untuk perhatian: Datuk Che Mat Che Ali)

Datuk,

Memorandum Hari Amarah Rakyat

 

Laksanakan Peruntukan Undang-Undang Islam ― Hentikan Fitnah Untuk Selamatkan Maruah Rakyat Malaysia 

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 

Untuk makluman Yang Berbahagia Datuk pada satu hari yang amat bersejarah, 26 Mac 2011 bertempat di Madrasah Tarbiah Kampong Bandar Dalam, Gombak, Kuala Lumpur, sebanyak 60 buah NGO yang bergabung di bawah SAF, Saf Anti Fitnah (SAF) telah bermesyuarat untuk membincangkan pelbagai kemelut yang sudah sekian lama melanda seluruh rakyat jelata ― paling mutakhir ini dan lebih khususnya mengenai perbuatan fitnah lucah.

Rasa jijik dan meluat ini tidak terhenti di situ saja, MARUAH, iaitu gabungan angkatan muda parti-parti komponen Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat juga lahir demi untuk menyatakan rasa amarah mereka. 

Rakyat jelata kini bersatu tekad bahawa ‘Rakyat Bangkit Lawan Fitnah’ dengan pemerhatian yang antara lain ialah seperti berikut:   

Kami mendapati bahawa akibat tersebarnya gejala politik yang tidak sihat budaya memfitnah dan mengaibkan seorang musuh politik telah mengakibatkan maruah masyarakat dan seluruh negara telah tercela malah semacam dijadikan tebusan untuk memenuhi nafsu serakah politik pihak tertentu.

Kami menegaskan gejala menyebarkan bahan lucah dalam bentuk yang amat menjijikkan ditambah pula  dengan usaha siaran-penyebarannya secara meluas dalam media massa samada media cetak mahupun media eletronik dengan tujuan untuk  menjatuhkan maruah seseorang,  sudahpun sampai ke tahap menjadi barah negara, dan jika tidak dibanteras akan mengakibat seluruh masyarakat menjunam ke gaung kehinaan.

Kami ingin menegaskan bahawa rakyat Malaysia sudah mual dan sangat tersinggung terhadap mereka yang terlibat dalam kehinaan mengaibkan kepribadian seseorang,  tidak kira siapa pun beliau semata-mata hanya kerana bernafsu untuk mengekalkan kuasa.

Rakyat Malaysia belum pernah dihadapkan dengan politik sehina seperti yang berlaku sekarang ini.  Malah persaingan politik sepanjang mencapai kemerdekaan 53 tahun yang lalu tidak pernah mencecah ke tahap politik kotor dan jahat yang keterlaluan seperti yang berlaku dan yang sedang dipaparkan kini.

Akibatnya kini rakyat sedang berada dalam kekeliruan dan menjurus kepada perpecahan dan hidup berprasangka antara satu sama lain.

Kami sangat prihatin apabila masyarakat bukan Islam turut melahir rasa kesal dan membantah penyebaran dan penyiaran video lucah  dibiarkan berlaku yang akan meletakkan Malaysia pada imej yang sangat rendah.

Ini ditambah-burukkan lagi apabila pihak berkuasa agama Islam dilihat tidak bertindak dengan bidangkuasa yang jelas telah dimandatkan .

Dengan demikian bukan sahaja maruah umat Islam terjejas dikacamata masyarakat bukan Islam , malah wibawa dan kehormatan  Jabatan Agama Islam sendiri kini sedang diperlekehkan.

Perlakuan mengakukan mempertontonkan video lucah dan kini sudah disiar secara terbuka dalam media massa dan  juga sedang diedar untuk menuduh seseorang itu dengan zina dan liwat, termasuk melakukan sumpah laknat samasekali tertolak oleh undang-undang Syariah malah secara jelas adalah termasuk dalam jenayah Qazaf .

Berdasarkan senario yang menyedihkan ini, maka kami dari SAF (Saf Anti Fitnah) dan MARUAH menggesa agar Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) segera  melaksanakan Peruntukan Undang-Undang Islam mengenai Jenayah Qazaf seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 41 , Akta Jenayah Syariah 1997 , Wilayah Persekutuan .

Bersama ini kami lampirkan memorandum yang memperincikan masalah-masalah yang kami telah ungkapkan di atas secara kasar.  Kami sangat menghargai  agar Yang Berbahagia Datuk meneliti dokumen tersebut dan mengambilkan tindakan yang sewajarnya.

Kami mohon maklum balas dengan kadar segera dari pihak Yang Berbahagia Datuk .

Segala perhatian yang diberikan kami dahulukan dengan rakaman ribuan terima kasih.

 

 

Ke Arah Memartabatkan Islam Secara Kaffah.

Yang benar,

Mohd Azmi bin Abdul Hamid

Pengerusi,

Saf Anti Fitnah (SAF)

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 347,367 hits
Kalendar
Mei 2011
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: