PEMBUNUHAN OSAMA BIN LADEN TANDA KUASA IMPERIALIS BARAT BOLEH DIKALAHKAN

 

Kenyataan Media

MAPIM dan SHURA

2hb Mei 2011

 

PEMBUNUHAN OSAMA BIN LADEN TANDA KUASA IMPERIALIS BARAT BOLEH DIKALAHKAN.

“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.

 (Surah Ali ‘Imran:169-171) ”

MAPIM dan SHURA mengutuk sekeras-kerasnya operasi pembunuhan As Syahid Osama Bin Laden oleh tentera Amerika kelmarin.

Operasi tersebut adalah gerakan asasinasi seorang sasaran secara uni-lateral ( sebelah pihak )oleh Amerika untuk membunuh seorang yang diburu diluar tanah Amerika yang boleh dianggap paling ganas dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Ternyata kerajaan Pakistan menjadi talibarut kepada Amerika untuk menjayakan operasi pembunuhan ini yang samasekali tidak dapat diterima oleh umat Islam.

Setelah 10 tahun Amerika mengguna seluruh kekuatan dan kapasiti perisikan dan operasi militerinya pada tahap maksima dan menelan belanja berbilion dolar  untuk mengesan As Syahid Osama Bin Laden , baru kini Amerika mendapatkan sasarannya.

Sebagai seorang penentang kuasa imperialis yang konsisten lebih 37 tahun , As Syahid Osama percaya dan yakin bahawa sebesar  dan sehebat manapun kekuatan kuffar  yang menzalimi umat Islam seluruh dunia , mereka tetap boleh dikalahkan.

Terbunuhnya As-Syahid Osama seperti yang dilaporkan oleh Presiden Amerika Barak Obama  , bukan suatu yang dapat dibanggakan oleh mereka .

AS dan seluruh kuasa Barat tahu ini bukan perjuangan seorang individu  , tetapi bersamanya adalah sebuah kepercayaan dan keyakinan yang utuh untuk melawan bukan sahaja musuh Islam malah musuh kemanusian seluruhnya.

Kepercayaan dan keyakinan ini tersemat didada setiap umat Islam yang menentang kezaliman dan cintakan kebenaran.

Syahidnya Osama akan melahirkan seribu Osama lagi. Kami tidak keterlaluan untuk melaungkan “Sekarang Semua Kami adalah Osama” !!!

Amerika sedia maklum isu sebenar kenapa pelbagai gerakan Islam diserata dunia mempunyai sikap menentang Amerika dan kenapa  polisi luar Amerika Syarikat ditolak sejak kejatuhan blok Komunis Russia.

Seluruh dunia arif tentang hegemoni politik-ekonomi dan militeri yang digerakkan oleh Amerika yang cuba menjadi polis dunia.

Rekod jenayah Amerika yang menggunakan  operasi perisikan , penangkapan , penyiksaan dan pencerobohan menjadi punca kenapa As Syahid Osama dan seluruh pejuang yang membela hak orang Islam tidak akan menyerahkalah.

Operasi tentera  Amerika terhadap Iraq , Afghanistan , Pakistan dan sokongan bulatnya kepada Israel yang membunuh ratusan ribu umat Islam Palestin , serta komplotnya mendokong semua pimimpin diktator di negara umat Islam  adalah catatan berdarah yang menyebabkan As Syahid Osama tidak dapat berkompromi. 

Alasan rakyat Amerika dan kerajaan Amerika untuk merayakan kemenangan di atas kematian As Syahid Osama kerana menuntut keadilan  keatas serangan September 11 itupun boleh dipertikaikan.

Kerana ramai yang mempersoalkan sumber maklumat mengenai punca dan kesohihan serangan September 11 adalah digerakkan oleh Al Qaeda pimpinan As Syahid Osama .

Malah banyak analisa pelbagai pakar seperti yang dokumen oleh pengkaji di Amerika sendiri mempersoalkan rumusan bahawa ia direncana dari luar.

As Syahid Osama membawa bersamanya sebuah iltizam yang berasaskan sikap Islamnya yang tegas dan tidak berkompromi. Beliau tahu benar bahawa yang dihadapi bukan kekuatan militer tetapi sebenarnya ia berhadapan dengan tamadun salibi Barat bersama zionis Yahudi  yang kini menguasai seluruh dunia.

As Syahid Osama mempunyai kefahaman mengenai hegemoni  politik Barat yang sangat jelas ketika beliau membuat keputusan melancarkan perang ke atas segala simbol kekuatan Barat terutama Amerika.

Untuk menuduh beliau secara simplistik sebagai pengganas adalah suatu penghinaan.

Seluruh dunia tahu  Amerika , Israel , Perancis , Britain dan seluruh koaliasi mereka telah meluluskan tindakan ganas menyerang , mencerobah dan membunuh rakyat negara lain kononnya diatas mandat  PBB.

Keyakinan beliau untuk berdepan secara fizikal dan sanggup menyerah seluruh kekayaannya untuk berada dibarisan depan berhadapan dengan kekuatan tentera Barat adalah suatu pengorbanan yang tidak akan dipandang kecil oleh umat Islam.

Malah As Syahid Osama adalah mujahid Islam yang sangat inspirasional kepada seluruh pejuang yang lain walaupun dengan pendekatan yang berbeza.

MAPIM menganjurkan solat ghaib untuk jenazah As Syahid Osama diseluruh negara. Kami menyeru semua ulama , tuan guru , ustaz , aktivis Islam , pemimpin NGO Islam , para imam untuk mengadakan solat gahib jenazah untuk beliau dan mendoakan agar rohnya dikumpulkan bersama para syuhada.

Sementara itu MAPIM mengusulkan agar kerajaan Malaysia menyatakan sikap mengutuk serangan tentera Amerika tersebut tanpa rasa takut kerana kami percaya umat Islam bersama dengan seluruh pejuang Islam untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.

“Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid.” (Hadis Riwayat Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142)) ”

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiusaha Agong MAPIM

Ust Abdul Ghani Samsudin

Pengerusi  Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,558 hits
Kalendar
Mei 2011
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: