JANGAN SENSASIKAN BERITA UNTUK TUJUAN KEPENTINGAN POLITIK

 Kenyataan Media MAPIM

8hb Mei 2011

JANGAN SENSASIKAN BERITA UNTUK TUJUAN KEPENTINGAN POLITIK

Pendedahan akhbar Utusan Malaysia mengenai dakwaan adanya rancangan pihak Kristian mahu melakukan penyebaran agama Kristian secara berleluasa dan ingin menukarkan Malaysia menjadi negara Kristian nampaknya tidak dilakukan dengan berhati-hati.

Ia mungkin menjadi sensasi kerana mahu mengambil perhatian semua pihak , namun hanya dengan menjadikan ia berita utama dan kemudian berselidung disebalik sumber yang diambil dari yang lain adalah tanda kewartawanan yang tidak professional.

Sementara telah pernah wujud dan maseh wujud keresahan dalam masyarakat mengenai murtad dan usaha memurtadkan orang Islam  , yang jelas ketiadaaan penguatkuasaan yang bersungguh dari pihak yang berwajib telah menambah burukkan lagi keadaan.

Mencabar kes-kes kemurtadan dalam mahkamah sivil sememangnya dilihat sebagai mencabar Islam di negara ini. Lantaran itu tidak keterlaluan untuk melihat natijah kemarahan mudah berlaku dikalangan orang Islam.

MAPIM menyatakan kesal dan bantahan kepada mana-mana pihak yang beragenda untuk mengeruhkan perhubungan antara agama dan kaum di negara ini.

Sebarang tindakan yang mengenepikan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan Islam perlu ditangani dengan serius.

MAPIM sememangnya memandang serius dan turut memantau keadaan ini disamping mengingatkan pihak berkuasa mengambil tindakan mengikut undang-undang yang diperuntukkan dalam Enakmen mahupun Akta yang menyentuh persoalan agama Islam.

Namun MAPIM juga kesal jika terdapat media yang terlalu cepat melompat dan membuat pendedahan yang menggemparkan terutama bila dilihat ada kaitan dengan musuh politik lawan.

Sementara telah sering disuarakan jangan mempolitikkan isu-isu agama  akan tetapi nampaknya Utusan Malaysia melihat sebagai suatu kesempatan untuk meletupkan berita ini ketika dikatakan orang DAP turut menganjurkan pertemuan paderi di Pulau Pinang.

Sekalilagi jika terbukti ada kebenaran maka perlu diambil tindakan.

Namun jika hal yang sensitif seperti agama  ingin dihangatkan sebagai polimik yang diapi-api dalam media , pasti keadaan tegang akan berlaku bila setiap pihak saling membalas reaksi.

MAPIM  telah berkali-kali menyuarakan supaya  setiap masalah agama terutama yang menyentuh soal Islam dan kedudukan Islam hendaklah dibawa terus kepada sebuah Panel Khas yang ditubuhkan dan dipertanggungjawabkan terus kepada  Majlis raja-raja Melayu untuk mendengar hujah pihak yang berkenaan. Tidak perlu ia dilontar secara terbuka dalam media untuk didebat secara tidak terkawal yang akan memberi kesan mengelirukan orang ramai.

Adapun soal kedudukan masyarakat bukan Muslim yang berkaitan dengan undang-undang syariat dan peruntukan dalam perlembagaan persekutuan maka hendaklah ia ditangani secara kes ke kes secara khusus. Tidak perlu dirangkum semuanya dalam suatu anggapan umum yang akan mengeruhkan keadaaan.

MAPIM ingin mengingatkan agar semua pihak supaya pihak tidak berlebihan-lebihan dalam membuat dakwaan. Jika dibiarkan semua membuat kenyataan sensasi tanpa fakta hanya untuk mengujudkan suasan tergempar , maka akan ada reaksi berterusan yang tidak berkesudahan.

Kami mengingatkan juga bahawa kedudukan Islam akan hanya dapat diperkukuhkan jika semua pihak dari agensi agama , institusi-institusi dan NGO Islam serta media dan ahli pemikir dan professional Islam melaksanakan Islam secara kaffah. Akibat dari proses sekularisasi yang sudah berjalan sedemikian lama , didapati masyarkat Islam menjadi sangat terdedah kepada pelbagai pengaruh yang merosakkan.

Ertinya mendakwahkan kaum Muslimin kepada Islam juga adalah sama penting dengan sikap  berwaspada terhadap  pihak luar .

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “JANGAN SENSASIKAN BERITA UNTUK TUJUAN KEPENTINGAN POLITIK
  1. Habib Ahmad says:

    1. Majlis Ilmu di Pusat Pengajian Ba’alawi KL :

    2. Simposium Thariqat Tasawwuf 2011

    TERKINI LAIN-LAIN MAJLIS ILMU : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,181 hits
Kalendar
Mei 2011
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: