Kepimpinan Baru PAS

1.Pandangan terhadap calon yang menang

Pemilihan yang berlaku menunjukkan pengekalan kombinasi yang baik. Kombinasi ulama , aktivis , ahi akademik , ahli professional adalah paduan yang berpotensi untuk menjadi ciri kekal dalam kepimpinan Pas. Harapan ahli adalah amat tinggi supaya Pas menjadi parti yang memimpin perubahan. Ahli juga nampaknya mahukan kejelasan dan ketegasan yang boleh diterjemahkan antara retorik dan tindakan , antara prinsip dan pendirian   , antara harapan dan kenyataan.

Saya berpendapat barisan kepimpinan Pas yang terpileh diharapkan dapat memecahkan kebuntuan mencari formula untuk menyakinkan massa masyarakat Melayu untuk menerima agenda perubahan. Kepimpinan yang dinamik dan mampu memobilisasi rakyat untuk berubah pada PRU 13 sangat penting  kerana ia akan membuktikan kemampuan Pas.

Sekarang masanya untuk Pas benar-benar dilihat mampu mengembleng seluruh rakyat untuk menolak kepimpinan UMNO/BN dengan gerakerja yang lebih berkesan.

Rakyat maseh dikelirukan dengan pelbagai reaksi antara kepimpinan Pakatan Rakyat yang kadang-kadang saling bercanggah. Walaupun memang media arusperdana sangat anti Pakatan Rakyat , namun pemimpin Pas harus mampu berhadapan dengan media  dengan matang dan sangat tenang dan berisi. Lantaran itu pemimpin Pas harus jangan melatah bila memberi reaksi mengenai isu-isu semasa.

Dengan yang demikian , Pas sangat memerlukan keutuhan kepimpinan dalam bertindak dan bersikap menghadapi pelbagai serangan oleh UMNO/BN. Harus ada keupayaan semua pemimpin untuk sering turun ke peringkat rakyat terutama diluar Bandar dan juga dikalangan generasi muda bagi menyampaikan maklumat dan respon Pas yang seragam.

 Pengelaman Pas memimpin kerajaan negeri juga sangat memerlukan barisan kepimpinan Pas yang benar-benar boleh dijadi contoh dalam pelbagai keupayaan. Kepimpinan Pas sangat perlu menunjukkan keupayaan dalam urus-kelola kerajaan , kemampuan untuk melaksanakan program perubahan rakyat dari segi sosio-budaya dan ekonomi untuk menegakkan keadilan sosial. Yang paling penting ialah kepimpinan Pas yang boleh member keteladan dalam aklhlaq dan nilai kepimpinan yang tinggi.       

Semua calon mempunyai kelebihan dalam bidang-bidang tertentu . Oleh itu mereka yang terpileh hendaklah mempunyai sikap terbuka untuk mengabung tenaga dengan  semua calon yang kalah. Pemimpin yang berkhidmat selama ini harus melihat ini ujian mereka untuk menumpu pula kepada isu rakyat secara lebih intensif.

Bagi saya sikap keterbukaan dan penerimaan dikalangan pemimpin yang terpileh  untuk memanfaatkan semua kekuatan bukan sahaja dikalangan anggota Pas malah juga dikalangan mereka yang bersimpati dan mahu menyumbang kepada idea perubahan  hendaklah ditunjukkan dengan nyata dan jangan hanya retorik sahaja.

Kini adalah masa yang sangat kritikal untuk semua pemimpin Pas menunjukkan sikap saling menerima teguran dan pandangan bukan sahaja dari kalangan ahli Pas malah juga dari pihak luar.

Isu-isu kerakyatan tidak boleh hanya ditunjukkan melalui kenyataan-kenyataan media semata malah hendaklah melalui program yang nyata dan penguasaan fakta isu yang kuat.

Kepimpinan Pas seharusnya mendidik ahli agar jangan berpandangan sinis terhadap peranan NGO untuk mengujudkan pemikiran kritikal kepada kerajaan dan juga terhadap Pakatan Rakyat.

Saya tidak bersetuju untuk memilah-milah kepimpinan Pas kepada kategori . Yang penting ialah semua kelompok perlu bersatu dalam sebuah jamaah yang kukuh untuk membina gelombang perubahan.

Sudah sampai masanya saf kepimpinan tidak memperkotak-katikkan sesama jamaah dan member imej yang inklusif untuk memungkinkan semua pihak dapat bersama dengan Pas.

 

2.Odit oleh Majlis Syura Ulama

Ini adalah cadangan yang baik dan progressif. Sudah sampai masanya setiap pemimpin Pas yang diketengahkan kepada rakyat adalah mereka yang mampu berfungsi dengan maksima.Sikap bersahaja dan hanya kerana popular berceramah tidak cukup untuk memimpin rakyat dan memegang amanah mengurus-kelola Negara.

Saya berpendapat sangat perlu kualiti kepimpinan semada diperingkat individu mahupun diperingkat kolektif dinilai secara berterusan. Inilah adalah untuk mengelak dari timbul keadaan buntu dalam bertindak apabila pemimpin yang diamanahkan tidak mampu berfungsi .

Odit oleh Majils Syura adalah suatu cara untuk memungkinkan semua kepimpinan diamanahkan sesuai dengan kemampuan.

Ia juga penting untuk mengujudkan suatu mekanisme  kritikan dari dalam parti dan meningkatkan keupayaan Pas berperanan dengan lebih berkesan.

Saya berpendapat Majlis Syura Ulama harus juga mampu mempunyai keupayaan membuat penilaian yang objektif terhadap gerakerja pemimpin Pas. Penilaian harus diodit melalui sebuah senarai semak yang utuh dan telus.

  

3.Harapan menuju ke Putrajaya 

Ini bukan suatu cita-cita kosong . Walaupun  ia sangat mencabar. Mahu tidak mahu UMNO/BN juga sedar mengenai kemungkinan ini boleh berlaku. Ini dapat dilihat dengan pelbagai pernyataan PM yang kelihatan akan meghalalkan apa sahaja tindakan agar Putrajaya dapat dipertahankan. Rakyat sememangnya semakin kritikal terhadap UMNO/BN akibat pelbagai isu pembangunan Negara yang tidak beres serta fungsi beberapa institusi penting Negara kini sudah hilang intergriti.

Pas boleh membawa gelombang dan berpotensi untuk menjadi kuasa dominan di Putrajaya.

Akan tetapi harus dingat bahawa meraih Putrajaya bukan sesuatu yang lebih mudah berbanding dengan mentadbir-kelola Negara melalui kuasa Pusat yang sudah berada di tangan UMNO/Bn sejak lebih 50 tahun .  Pas perlu tahu bahawa bukan faktor undi rakyat sahaja yang sangat diperlukan bagi memungkinkan Putrajaya berubah tangan, akan tetapi sistem dan kakitangan pelaksana sistem iaitu kelompok birokrat yang sangat genting untuk didekati dan dididik untuk menerima perubahan.

Putrajaya adalah pusat kuasa yang memerlukan perubahan sistem kelola yang besar jika Pakatan Rakyat mahu menjadi alternatif yang ampuh.

Pas kini berani membuat perubahan kepimpinan disaat persiapan PRU 13 yang sudah dekat. Ternyata ini tidak berani dilakukan oleh UMNO. Ini akan member keyakinan kepada rakyat untuk menerima angin perubahan . Ia akan memberi mesej bahawa  rakyat akan lebih berani untuk membuat perubahan bersama Pakatan jika kepimpinan semua calon Pakatan Rakyat adalah mereka yang benar-benar bersih dan boleh menjadi pemegang amanah kepimpinan Negara yang jujur , istiqamah dan tulin dalam perjuangan.

Kebangkitan di Asia Barat harus memberi pengajaran kepada semua pihak ; parti politik , aktivis rakyat , penggerak NGO bahawa penipuan dan manipulasi tidak akan bertahan untuk mengekalkan kuasa.

Laman sosial yang menjadi penggerak kepada kebangkitan rakyat di Asia Barat adalah suatu alat komunikasi yang penting . Ia ternyata terbukti boleh menjatuhkan regim paling brutal.  Harus ada suatu pendekatan menghubungkan antara komunikasi IT dengan komunikasi merakyat diperingkat kampong dan kawasan pendalaman. Putrajaya sangat bergantung kepada media arus perdana dan agensi awam yang akan diguna habis-habisan oleh UMNO/BN. Permainan ini sudah lama dan maseh diguna . Oleh itu strategi media yang lebih dinamik dan kreatif harus diguna.

Paling penting ialah Putrajaya hanya dapat digarap dengan gelombang perubahan tiga lingkaran sekaligus iaitu lingkaran rakyat terpinggir  , rakyat generasi muda dan kelompok birokrasi. Media hanya menjadi pembina gelombang dan ia harus digembleng semaksimanya oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 347,367 hits
Kalendar
Jun 2011
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: