Menolak Pertentangan Antara Puak dan Membangunkan Kesatuan Ummah

“Berpegang Teguhlah Dengan Tali Allah dan Jangan Kalian Semuanya Berpecah-belah”

Menolak Pertentangan Antara Puak dan Membangunkan Kesatuan Ummah

Jika kita gagal untuk memahami bahawa betapa perlunya untuk kita menghubungkan semula masyarakat, komuniti, puak, dan etnik di wilayah kita, kita akan kehilangan momentum sejarah. Masa depan kita adalah takdir bersama. Semua daripada kita di wilayah ini mempunyai takdir yang sama.

Menteri Luar Turki Ahmet Davutoglu.

Revolusi yang melanda dunia Arab Muslim tidak hanya untuk menumbangkan pemerintahan diktator dan rejim warisan dan membawa satu era demokrasi, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang tetapi juga untuk menamatkan pemisahan yang dihasilkan oleh penjajahan. Hanya dengan menyangkal kecenderungan pemisahan boleh mewakili politik, menghormati hak individu dan komuniti serta kedaulatan undang-undang yang sempurna perlu dilaksanakan dan berkembang. Penjajahan berlaku dalam banyak bentuk dalam beberapa abad lepas daripada pendudukan secara ganas sehinggalah kepada budaya dan kawalan penjajahan ke atas tanah, sumber dan manusia dunia.

Perjanjian Sykes-Picot 1916 membawa kepada pembahagian wilayah Arab di antara Perancis dan British dan penubuhan Israel di tengah-tengah dunia Arab-Mulim. Perjanjian itu merupakan pengkhianatan terhadap janji tang dibuat oleh kuasa Eropah kepada golongan elit Arab yang menyokong perang Eropah ke atas Turki. Polisi seperti itu dan pengkhianatan ini masih berterusan, dengan satu laporan baru-baru ini dan polisi seperti badan pemikir yang berkaitan dengan Pentagon iaitu RAND, beberapa laporan dalam dekad yang lepas mencadangkan penggunaan dan mempromosikan perbezaan mazhab sebagai satu cara untuk terus mengawal negara dan komuniti Muslim. Dalam laporan itu RAND menyatakan dengan jelas AS dan sekutunya mampu untuk menekan pertentangan Islam tetapi juga mengawal sumber galian dan manusia yang besar ummah Islam dan negara membangun.

Gerakan revolusi massa Asia Barat menyeru bagi usaha menyatukan wilayah untuk menghapuskan hegemoni di wilayah ini dan mengambil alih kawalan ke atas hal ehwal sendiri tanpa mengikut telunjuk Washington, London atau Paris. Mereka mahu menghentikan dimalukan, dihina dan rasa malu yang dialami di tangan kuasa Barat dan ejen mereka Israel. Mereka percaya Penentangan terhadap Penindasan merupakan jalan pembebasan dan memperolehi semula kebebasan, maruah dan kedaulatan.

Proses revolusi bersejarah terbuka di dunia Arab Muslim telah membawa keganasan ke dalam hati kuasa imperialis dan ejen tempatan mereka – diktator Arab dan banyak pemerintah warisan. Mereka melakukan konspirasi untuk membentuk proses bagi menjaga kepentingan mereka dan untuk menggagalkan matlamat revolusi rakyat. Salah satu strategi yang digunakan oleh mereka ialah memisahkan rakyat dengan mempolitikan perbezaan mazhab dan mencetuskan konflik mazhab.

Konflik Sunnah-Syiah di Iraq dicetuskan oleh Amerika Syarikat pihak berkuasa pendudukan dalam usaha untuk melemahkan penentangan terhadap pendudukan itu. Kerajaan Arab Saudi dan Bahrain cuba untuk mewujudkan perpecahan dalam kalangan rakyat Bahrain dengan melabelkan dan memburukkan kuasa demokrasi Syiah sebagai pengganas. Di Lebanon, konflik Syiah-Sunni digalakkan oleh Future Movement yang diketuai oleh Saad Hariri dengan sokongan AS dan Arab Saudi.

Mengeksploitasi perbezaan Sunni-Syiah, pentadbiran AS menyokong kumpulan pengganas seperti Jundallah yang berfahaman Sunni di Pakistan untuk menjejaskan kestabilan Iran untuk membawa perubahan rejim. Arab Saudi dan beberapa negara Teluk membiayai beberapa ulama ekstremis dan kumpulan yang menanam benih kebencian kepada Syiah dan Iran. Washington dan London juga membiayai dan menyokong elemen dalam kalangan komuniti Syiah di Barat dan di tempat lain untuk menyemai perasaan anti Sunni dan melemahkan modal revolusi yang tinggal di dalam kesatuan ummah Muslim yang bekerja di peringkat tempatan dan global. Akibatnya, Muslim di Pakistan membunuh antara satu sama lain, malah di dalam masjid, kerana perbezaan mazhab. Malah di Malaysia di mana masalah ini tidak pernah wujud, beberapa pegawai agama kerajaan yang dipengaruhi oleh ulama Arab Saudi, menimbulkan perpecahan dan ketegangan dalam komuniti Muslim.

Pertubuhan masyarakat sivil perlu menangani masalah ini dengan segera dan mengemukakan rancangan untuk berhadapan dengannya. NGO, parti politik Islam dan kerajaan Islam yang progresif mestilah bekerjasama untuk mendedahkan konspirasi imperialis untuk menanam bibit pertentangan dan perpecahan dalam perpaduan kita dan bekerja untuk menguatkan kesatuan kita. Dengan matlamat itulah maka Pertemuan Meja Bulat ini dianjurkan.

Matlamat Pertemuan Meja Bulat

1.      Untuk memahami sejarah asal dan keadaan sebenar perbezaan Sunni-Syiah.

2.      Untuk membincangkan bagaimana perbezaan ini dieksploitasi untuk menimbulkan perpecahan dan konflik dalam kalangan ummah.

3.      Untuk membincangkan resolusi PBB dan resolusi OIC berhubung dengan masalah Sunni-Syiah.

4.      Untuk menilai signifikan revolusi di dunia Arab dan peluang yang disediakan untuk menentang mazhab dan membina kesatuan.

5.      Untuk mewujudkan pelan tindakan dan menubuhkan sekretariat untuk melaksanakan keputusan Pertemuan Meja Bulat.

Matlamat Panel Di Kuala Lumpur

1.      Untuk membentangkan kertas kedudukan meja bulat dan resolusi yang dipersetujui dalam mesyuarat.

2.      Untuk membolehkan tokoh utama kebangsaan daripada masyarakat sivil, akademia, politik dan institusi agama untuk mendapat manfaat daripada kepakaran panel melalui format Jawapan dan Pertanyaan.

3.      Untuk menyediakan persekitaran di mana beberapa isu yang memecahbelahkan yang telah muncul baru-baru ini dalam keadaan selamat, tanpa ruang penghakiman, dengan pandangan untuk mengatasi perpecahan itu.

4.      Untuk menonjolkan kepentingan penglibatan dalam pelan tindakan di peringkat tempatan dan negara.

Peserta

50 orang (40 antarabangsa dan 10 tempatan) dikalangan beberapa kelompok dari pelabagai lapisan ummah :Ulama, Intelektual Islam, aktivis NGO Islam, Pemimpin politik , wakil dari kerajaan , OIC , , aktivis muslimah dan mahasiswa.

Tempat dan Tarikh

 Paradise Hotel, Penang, Malaysia

 2hb Julai – 3hb Julai 2011                                                                                            

Penganjur

Citizen International (CI) dan Islamic Human Rights Commission (IHRC) dengan kerjasama  Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

Jadual

2 – 3 Julai 2011 (Pulau Pinang)

–          Pertemuan Meja Bulat Perpaduan Ummah (Peserta: – 40 antarabangsa & 10 tempatan)

4 Julai 2011 – Lawatan – Pulau Pinang

5 Julai 2011 (Kuala Lumpur)

–          Forum Perpaduan Ummah untuk individu dan NGO terpilih

–          (Intelektual, ulama, NGO, Pelajar, Akademia, media, dll)

–          100 – 150 peserta tempatan

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,885 hits
Kalendar
Jun 2011
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: