MU’TAMAR ULAMA UMMAH

Dakar , senegal 7 hb Jun 2011
SHURA yang diwakili Ust Ghani Samsuddin dan Cikgu Azmi Hamid kini berada di Dakar Senegal dalam rangka menghadhiri Mu’tamar Ulama Ummah yang di anjur oleh kerajaan Senegal dengan kerajasama Saudi Arabia. Mu’tamar tersebut dilaksanakan pada 6-8 hb Jun yang telah diresmikan oleh Abdullah Wad , Presiden Senegal yang kini adalah Pengerusi OIC.
Mu’tamar yang dihadhiri dari lebih 500 delegasi ulama dari 80 negara membahaskan mengenai peranan ulama , pendidikan universiti dalam negara Islam , peranan ulama dalam mengujudkan kestabilan ummah serta kesatuan dan kerjasama antara ulama dalam menghadapi cabaran global.
Perbahasan yang nampaknya agak cergas dan aktif memperlihatkan para cendikiwan Islam bertukar pendapat mengenai bagaimana mencari jalan untuk menyatukan ulama dan berkerjasama demi mengujudkan perpaduan ummah.
Ternyata banyak ucapan maseh bersifat retorik dan maseh tidak menunjukkan laluan perpaduan  ulama akan menjadi mudah. Ulama dari benua Afrika nampaknya sangat menekankan mengenai kesatuan yang bersifat pemikiran manakala ulama dari dunia arab mahu bersatu dalam konteks mazhab.
Isu kebangkitan Asia Barat disentuh oleh beberapa delegasi yang mahu para ulama jangan teperangkap dengan politik kuasa Barat agar revolusi yang berlaku di Tunisia , Mesir dan Yemen tidak menghadapi kebuntuan.
Isu pembebasan Masjid Al Aqsa dan perjuangan Palestin telah dibangkit oleh wakil Palestin yang mahu supaya ulama bersatu bagi menjayakan perjuangan hak umat Islam di Palestin didokong sepenuhnya oleh para ulama.
Mu’tamar ini dijangka akan mengahsilkan resolusi yang maseh diharapkan akan menyatakan ketagasan ulama terhadap politik kuasa barat yang mahu mengeksploitasi negara Islam.
Dalam pada itu isu kemiskinan dan pendidikan juga telah disentuh dan delegasi mahu penumpuan semua ulama diberi kepada isu tersebut untuk mengeluarkan ummat Islam dari kemunduran dan kebergantungan.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha SHURA
Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,676 hits
Kalendar
Jun 2011
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: