PERANAN ULAMA MENGHADAPI ISU ISLAMOFOBIA

Kenyataan Media SHURA

8hb Jun 2011

 PERANAN ULAMA MENGHADAPI ISU ISLAMOFOBIA – PARA ULAMA PERLU BERSATU

Mu’tamar Ulama SeDunia di Dakar , Senegal 6-8hb Jun 2011 terus membahaskan pelbagai isu umat. Ust Abdul Ghani Samsudin dan Cikgu Azmi menyertai Mu’tamar tersebut. Laporan harian  dihantar oleh Setiusaha SHURA , Cikgu Azmi ,bagi mengemaskinikan maklumat kepada umat Islam di Malaysia.

Pada hari terakhir para ulama digesa bekerjasama untuk menghadapi isu islamofobia.

Imej yang kini diwarnai oleh Barat sedang memberi kesan yang negatif terhadap Islam.

Pada peringkat antarabangsa propaganda terhadap imej Islam oleh Barat perlu dinilai. Ini penting  agar realiti ummah tidak disalahgambarkan dengan fitnah jahat oleh kuasa Barat.

Ulama perlu bersama umat bukan hanya dalam masjid semata. Ulama perlu turun beraksi dilapangan rakyat supaya kefahaman Islam pada peringkat dalaman dapat disampaikan secara mantap dikalangan umat Islam sendiri sebelum menangani persoalan imej yang cuba digambaran dari luar.

Isu tidak membenarkan kaum Muslimah memakai hijab , menayangkan filem yang mengambarkan fitnah terhadap Rasul , pembatalan projek Pusat Islam dan tidak membenarkan pembinaan masjid adalah anatara isu yang menterjemahkan sikap Islamofobia Barat.

Pengerusi SHURA Ust Ghani Samsudin telah memberi pembentangan dengan menjelaskan peranan pencanang Islamofobia di Barat. Beliau menerangkan Rasulullah menegaskan Islam adalah agama yang tertinggi dan ulama bertanggungjawab  mempertahankan kesatuan sosio ,ekonomi , politik umat demi menjamin imej umat sebagai umat terbaik .

Beliau mengupas masalah ummah yang dijajah kerana ada pemimpin Islam sendiri yang menyalahguna kuasa dan bersikap korup di Negara Islam .

Ust Abdul Ghani juga mengaskan ada dikalangan umat yang menolak Islam sebagai penyelesaian . Ada yang memilah-milah Islam dalam pemikiran dan amalan. Amat diperlukan ulama mengukuhkan kesatuan politik dan ekonomi serta ketenteraan dikalangan ummah melalui  fikrah yang betul terhadap Islam. Beliau menyatakan kefahaman yang betul dan menyeluruh perlu dikembangkan .

Keperihatinan perlu diberi juga kepada aliran yang pelbagai dalam Islam dan mengendalikan khilaf dikalangan ulama secara bijak.Ulama perlu menjauhi dari bertelingkah dengan hal-hal yang sudah lama menyebabkan perpecahan dikalangan ummah. Ini adalah penting supaya ummah akan lebih bersatu menghadapi musuh Islam dari terjebak dengan pertelingkahan yang berpanjangan.

Dari sudut status sosio-ekonomi beliau menyatakan ulama perlu berwaspada supaya perpecahan dan penyelewengan dapat dibenteras.  Konflik sesama ulama dan ummah akan merugikan bukan sahaja umat Islam akan tetapi juga seluruh kemanusiaan .

Ust Abdul Ghani menyatakan rujukan kepada AlQuran secara menyeluruh hendaklah menjadi formula terbaik menghadapi pelbagai cabaran umat sekarang. Jika tidak ini akan menjadi punca kerosakkan umat yang lebih parah .

Dalam hal kepimpinan , Ust Abdul Ghani menegaskan perlu diusahakan pemulihan keyakinan ummat terhadap para pemimpin dan ulama. Isu kehilangan keyakinan ummat terhadap kebanyakan pemimpin dan ulama kini  amat serius .

Atas nama SHURA ustaz Abdul Ghani membentang rekomendasi agar ada usaha bersungguh untuk mendekatkan ulama syiah dan sunni dengan cara perbincangan yang sihat dan penuh hikmah. Ini sangat perlu kerana para politikus Muslimin sering menyebabkan kekeliruan dikalangan ummah. Oleh kerana itu perlu ada usaha muzakarah yang berterusan antara ulama dalam kedua-dua aliran .

Disamping itu beliau juga mencadangkan semua sumber media dan para seniman dilibatkan dalam menghadapi isu Islamofobia. Seluruh pihak dikalangan ulama , ahli professional , aktivis NGO dan ahli politik , ahli budayawan hendaklah digemblengkan dengan efektif untuk mempertahankan maruah Islam.

Ust Abdul Ghani menyarankan agar diujudkan Pusat Penyelidikan yang berkesan untuk memantau pelbagai isu yang dihadapi oleh ummah diperingkat antarabangsa dan menggariskan agenda bertindak yang perlu diambil.

Beliau juga mencadangkan supaya digerakkan program latihan yang mantap dalam pelbagai bidang untuk para ulama menghadapi pelbagai cabaran global. Kemahiran pengurusan , komunikasi , dan keupayaan mengendalikan isu umat, perlu dilaksanakan untuk menyiapkan umat mengendali pelbagai isu global.  

  

MOhd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha SHURA

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,330 hits
Kalendar
Jun 2011
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: