PIHAK BERKUASA RESTU PENGEDARAN VIDEO LUCAH

Kenyataan Media SAF

8hb Jun 2011

PIHAK BERKUASA RESTU PENGEDARAN VIDEO LUCAH

Jika video lucah pemimpin kerajaan BN diedar semada video yang sah atau tidak . pihak KDN pasti akan menggerakkan seluruh jentera keselamatan untuk berkeliaran memburu pengedar video serta mereka yang mendalanginya.

Namun nampaknya bila video itu dirasa boleh menjadi senjata menyerang musuh politik ternyata seolah Negara ini tidak mempunyai undang-undang dan tidak ujud penguatkuasa yang boleh bertindak walaupun mereka sangat mengetahui operasi pengedaran video lucah sedang giat dilakukan dalam masyarakat.

SAF menyimpulkan bahawa nampaknya Negara ini sudah sampai ke peringkat menjadi Negara paling liberal terhadap pembikinan video lucah dan mempromosinya secara bebas.

SAF ingin bertanya adakah pihak KDN mahu terus membisu dan bersikap memejam mata terhadap perbuatan yang jelas melanggar undang-undang Negara.?

Peringatan dan nasihat SAF kepada pihak penguatkuasa ialah jika keadaan ini terus dibiarkan , Negara ini akan disahkan sebagai Negara bebas video lucah dan industri membikin video lucah dan mengedarnya adalah suatu yang dibolehkan dinegara ini.

SAF dengan itu tidak terkejut jika ada cadangan agar Akta Penerbitan serta Kanun Jenayah 292 yang berkaitan dengan penerbitan , pemilikkan , penjualan , pengedaran dan penyewaan video atau bahan lucah perlu dimansuhkan.

SAF mencabar Menteri KDN menyatakan pendiriannya yang jelas terhadap isu pengedaran video lucah ini . Jika tidak , beliau harus meletakkan jawatan jika tidak mahu dicatat dalam sejarah Negara sebagai menteri yang membenarkan pengedaran video lucah  dan rakyat boleh berpesta meraikan bahawa bahan lucah dinegara ini adalah dilindungi oleh pihak berkuasa.

 Mohd Azmi Abdul Hamid – Pengerusi SAF

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,676 hits
Kalendar
Jun 2011
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: