SALIMAH BANTAH KONSERT MTV WORLD STAGE DI I-City

KENYATAAN MEDIA
SALIMAH SELANGOR
6hb Jun 2011
SALIMAH BANTAH KONSERT MTV WORLD STAGE DI I-City

Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) cawangan Selangor membantah cadangan pihak MBSA untuk membenarkan konsert MTV World Stage di I-City, Seksyen 7, Shah Alam pada penghujung bulan Jun ini.

Kami berpandangan bahawa  I-City  adalah sebuah pusat ilmu dan bukan Pusat Hiburan. Adalah sangat bercanggah dengan semangat dan maksud I-City diujudkan jika kegiatan hiburan yang  semata-mata untuk memperagakan artis-artis tempatan dan antarabangsa.

Kami juga berantisipasi penganjuran konsert MTV World Stage di I-City akan menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas terutama untuk penduduk seksyen 7 , Shah Alam yang tidak perlu akibat pengunjung yang akan berlimpah-ruah datang ke konsert itu terutama dikalangan generasi muda.

Kami juga menjangka konsert tersebut akan menganggu ketenteraman kawasan yang berkenaan dengan berlakunya kebisingan . Sungutan dari penduduk tempatan sudahpun kami terima kerana mereka berpendapat pihak MBSA sepatutnya mengambilkira suara penduduk sebelum keputusan dibuat.

SALIMAH juga berpendirian Shah Alam adalah Bandar Raya Ilmu, yang mempunyai pelbagai institusi ilmu seperti Unisel, UiTM, MSU, dan PTPL,
Mengadakan acara dan tapak konsert  adalah bercanggah dengan wawasan Bandar Raya ini.

Pelajar IPT yang ramainya di Shah Alam pasti akan terdedah kepada budaya lepak dan berpesta jika konsert seperti ini akan mula diperkenalkan.
dan ini tidak akan membantu kemajuan diri mereka.

Kami menuntut konsert tersebut tidak diadakan di I-City dan sekiranya ingin diteruskan ianya dianjurkan dikawasan seperti Stadium Bukit Jalil yang jauh dari kawasan perumahan .

Hjjh Nuriyah
Pengerusi SALIMAH Selangor

SETIAUSAHA
SALIMAH SELANGOR

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,613 hits
Kalendar
Jun 2011
M T W T F S S
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: