ULAMA MASEH KABUR MENGHADAPI ISU LABEL ESKTREMISME

Kenyataan Media SHURA
8hb Jun 2011
ULAMA MASEH KABUR  MENGHADAPI ISU LABEL ESKTREMISME
Mu’tamar Ulama di Dakar 6-8 hb Jun 2011 yang kini telah masuk ke hari terakhir maseh tidak jelas mencari jalan menangani isu label estremisme yang dituduh oleh kuasa Barat kepada masyarakat Islam. Ust Abdul Ghani dan Cikgu Azmi Hamid kini menyertai Mu’tamar tersebut.
Sehingga perbahasan mengenai isu tersebut diadakan pada hari kedua , ulama dari Saudi Arab menegaskan ulama harus memerangi estrimisme tetapi tidak menjelaskan dari mana label itu berpunca dan apakah sikap umat Islam terhadap keganasan negara  (state terrorisme) yang dilancarkan oleh kuasa Barat.
Para ulama kelihatan menyatakan secara umum dan menegaskan bahawa estrimisme akan lebih membantu musuh Islam. Gambaran yang diberi lebih berat kepada golongan yang didakwa bertindak estremis tetapi tidak mengupas kenapa kelompo bertindak sedemikian.
Semenatara ulama dinyatakan mempunyai peranan besar untuk  mempromosi keamanan dan keselamatan , namun tiada yang menyentuh dari mana keganasan dan punca keganasan bermula. Strategi dan hegemoni Barat tidak disentuh untuk melihat bagaimana umat Islam dijadi sasaran oleh kuasa Barat.
Setekat perbahasan yang diadakan , ulama maseh mencari fromula bagaimana mendapatkan semula keyakinan ummah terhadap nasihat ulama.
Ada yang mempersoalkan fatwa yang dikeluarkan oleh setengah ulama bila ada yang mengistiharkan perang ketas kezaliman. Akan tetapi tidak menghuraikan apakah hegemoni politik keganasan yang didalangi oleh kuasa Barat yang sebenarnya menjadi faktor yang memperok-perandakan ummah..
Jelas  konflik dalam dunia Islam menghadapi perangkap Barat untuk menangani isu kestabilan dan keselamatan ummah tidak dibincang dengan masak dalam perhimpunan ini.
Ada pandangan bahawa perlu didekatkan sesama ulama dalam pelbagai aliran kerana mereka tidak boleh membiarkan kuasa Zionis mencelah dan mencari kesempatan untuk memecahbelahkan ummah.
Saranan agar ulama menyokong gerakan popular yang tercetus di Asia Barat juga disuarakan.
Pandangan untuk mengadakan dialog antara agama juga diungkap mengikut pengelaman masing-masing. Akan tetapi kesan dari dialog dan bagaimana umat Islam harus bersikap tidak dijelaskan bagi mempertahankan hak umat Islam diseluruh dunia.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiusha SHURA
Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 347,367 hits
Kalendar
Jun 2011
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: