MENGAITKAN KETAATAN ISTERI KEPADA SUAMI DENGAN PELACUR KELAS PERTAMA ADALAH MELAMPAU

Kenyataan Media 

SALIMAH

14 HB jUN 2011

Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) sangat kesal dan malu dengan pihak yang mengaitkan ketaatan isteri kepada suami dengan pelacur kelas pertama. Ini adalah lontaran sikap dan pemikiran yang kami anggap sebagai suatu penghinaan yang keterlaluan terhadap kedudukan isteri dalam Islam.

 

Contoh yang harus menjadi rujukan dalam isu ketaatan isteri kepada suami sepatutnya adalah Saidatina Siti Khadijah r.a.a yang menjadi insan yang paling dimuliakan oleh Rasulullah s.a.w bukan sahaja sebagai isteri malah juga sebagai pendokong da’wah yang ulung dan pembela Islam yang terunggul.

 

Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan penghargaan baginda yang amat tinggi terhadap Saidatina Siti Khadijah sebagai isteri yang tidak akan ada pengganti yang lebih baik darinya. Bukan sahaja beliau adalah isteri yang taat malah Rasulullah s.a.w. telah mengaitkan beliau dengan zaman awal penyebaran Islam dan penerima bibit keimanan pertama dikalangan manusia ketika manusia banyak menolak da’wah baginda. Malah beliau juga adalah pembela Rasulullah s.a.w. ketika ramai yang memusuhi baginda.

Sepatutnya ketaatan inilah yang semestinya menjadi teladan bukannya dengan melabelkan isteri sebagai pelacur kelas pertama.

 

SALIMAH berpendirian mengaitkan ketaatan isteri dengan khidmat seorang pelacur adalah penghinaan yang sangat melampau kerana isteri yang sah samasekali tidak boleh disamakan dengan pelacur walau bagaimanapun layanan yang diberi oleh isteri kepada suami.

 

Kami sangat kesal kerana perkara yang diketengahkan itu benar-benar meletakkan persoalan hubungan isteri dengan suami hanya dari sudut kepuasan seks semata-mata. Sesungguhnya pertautan dan ‘aqad antara suami-isteri adalah hubungan paling suci dan tidak boleh direndahkan hanya kepada hubungan seksual.

 

Sepatutnya isu kerenggangan dan terhakisnya unsur ketaatan isteri kepada suami masakini hendaklah dilihat secara menyeluruh dan lengkap. Faktor sosio-budaya , kecetekkan memahami dan menghayati tuntutan Islam dalam berkeluarga , persekitaran yang tidak sihat dan pengaruh gaya hidup hedonisme yang berleluasa adalah antara banyak faktor yang menyumbang kepada keruntuhan rumahtangga .

 

Keretakkan perhubungan suami dan isteri yang menjadi isu kini tidak boleh hanya dilihat dari sudut yang sempit yang berkaitan dengan layanan seks semata-mata .

Apa yang diperlukan ialah suami dan isteri memenuhi tuntutan Islam sepenuhnya dan menjalani hidup rumahtangga harmoni yang sejati sebagaimana yang telah diteladani oleh Rasulullah s.a.w dan Saidatina Siti Khadijah r.a.a.

 

Dengan menubuhkan persatuan yang mencanangkan pemikiran isteri melayani suami bagaikan pelacur melayani pelanggan adalah sangat bertentangan dan sangat terpesong jauh dari semangat dan ruh Islam baik dari segi hukum mahupun dari sudut hubungan maknawi.

 

Kami berharap pihak yang berkenaan segera menarik balik pernyataan tersebut dan berusaha kembali kepada titik permulaaan yang disaran oleh Islam dalam membina keharmonian rumahtangga iaitu menjadikan rumahtangga Rasulullah s.a.w. sebagai contoh terbaik.

 

Datin Aminah Zakaria
Yang DiPertua SALIMAH

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,661 hits
Kalendar
Jun 2011
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: