SAF UCAP SYABAS MUFTI SELANGOR PERTAHAN KHUTBAH ISU FITNAH ZINA

Kenyataan Media SAF
16 hb Jun 2011

Saf Anti Fitnah mengucapkan syabas kepada Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid , Mufti Selangor yang telah mempertahankan para khatib di seluruh negeri Selangor yang telah membaca teks Khutbah yang menyentuh isu fitnah zina dan liwat mengikut syariat Islam.

 

Tohmahan penulis Pengarang Utusan Malaysia , Zulkifli Jalil bahawa masjid telah diperkudakan untuk membersihkan nama Datuk Seri Anwar jelas menunjukkan pra sangka buruk penulis dan akhbar itu terhadap Anwar.

 

SAF melihat bahawa adalah menjadi suatu kewajaran isu memfitnah zina dan liwat yang telah menjadi suatu amalan berleluasa adalah suatu gejala yang perlu dibentaras melalui kefahaman umat Islam mengenai akibat dari perspektif hukum Islam.

 

Kenapakah Utusan Malaysia melihat hal ini suatu yang negatif dan hanya dari kacamata politik hanya kerana khutbah itu tidak mahu memihak kepada agendanya untuk terus menyebarkan fitnah?

 

Seperti yang telah sedia maklum memang Utusan Malaysialah yang telah menjadi media utama dalam melancarkan fitnah zina dan liwat tanpa batas demi memenuhi kehendak musuh politik Anwar iaitu UMNO.

 

Sesungguhnya pernyataan Mufti yang menjelaskan bahawa sangat penting penerangan dan pendidikan yang betul diberikan kepada masyarakat Islam mengenai isu menuduh seseorang dengan zina tanpa saksi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syariat Islam adalah suatu yang wajar.

 

SAF malah menegaskan Khutbah tersebut hendaklah dicetak dan disebarkan keseluruh negara agar ia juga boleh dibaca di seluruh masjid di negara ini.

 

Adalah sangat penting untuk memastikan kefahaman yang tepat mengenai hukum Qazaf diberi kepada umat Islam untuk memastikan supaya gejala memfitnah zina dianggap perkara yang boleh dilakukan tanpa mengambilkira akibatnya kepada masyarakat.

 

Zulkifli Jalil sepatutnya berterima kaseh kepada para khatib di masjid-masjid di negeri Selangor yang berani menjelaskan isu ini di atas mimbar dengan cara ilmiah tanpa menyentuh dan menyebut nama mana-mana pihak .

 

SAF menegaskan sekali lagi bahawa menjadi tanggungjawab semua pihak yang berilmu terutama ulama supaya tidak mendiamkan diri dalam menyatakan pendirian mereka dalam isu fitnah zina.Adalah menjadi suatu tanggungjawab syara’i agar hukum Islam yang jelas mengenai fitnah zina diterangkan dengan sejelas-jelasnya tanpa merasa takut dan gusar terhadap sesiapapun melainkan hanya kepada Allah S.W.T semata-mata.

 
Mohd Azmi Abdul Hamid
Pengerusi SAF

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,654 hits
Kalendar
Jun 2011
M T W T F S S
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: