LEMBAGA KWSP PERLU JELASKAN BAGAIMANA PINJAMAN RM 6 BILION KEPADA FELDA DILULUS

Kenyataan Media TERAS
18hb Jun 2011

TERAS menuntut pihak lembaga Pengurusan KWSP menjelaskan kedudukan pinjaman RM 6 bilion yang dikatakan telah diberi kepada FELDA.
Jika ini benar , semua penyimpan KWSP berhak untuk tahu sejauhmana pinjaman ini dijamin dapat dilunaskan oleh FELDA , dalam tempoh selama mana dan apakah tujuan pinjaman itu dilakukan oleh pihak FELDA.
Adalah aneh ketika Timbalan Menteri di JPM Datuk Ahmad Maslan mempertahankan bahawa FELDA meraih keuntungan sebanyak Rm 1.197 bilion tahun lalu , lantaran itu apakah rasional pihak KWSP meluluskan pinjaman RM 6 bilion seperti yang didakwa.
Jika benar ada justifikasi , apakah syarat pinjaman sebesar itu telah diteliti agar KWSP tidak menanggung risiko yang akan mengakibatkan kerugian ditanggung oleh para penyimpan.
Pinjaman yang besar itu tidak mungkin dapat dilihat sebagai bukan bebanan kepada peneroka Felda kerana ia perlu dibayar balik walau dalam keadaan apa sekalipun. Akhirnya peneroka Felda dan penyimpan KWSPlah yang menanggung risiko.
Datuk Ahmad Maslan tidak harus berdolak-dalik dengan alasan bila menjawab secara mengelirukan di Parlimen . Persoalannya adalah jelas. Kenapa Felda perlu pinjam dari KWSP sebesar RM6 bilion dan kenapa pelaburan Felda melalui Felda Global Ventures di luar negara rugi sebesar RM 500 juta dari 2007 hingga 2010?
Jawapan yang sangat kabur dan menimbulkan banyak pertanyaan lain menyebabkan rakyat dan peneroka ada sebab untuk sangsi kepada pengurusan Felda. Tahun lalu sahaja , Ahmad mengaku, juga di Parlimen, bahawa rizab Felda susut daripada lebih RM4 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009.
Ditambah lagi beberapa kes di mahkamah menunjukkan peneroka menang dalam saman mereka ke atas Felda. Dalam kes Felda Kemahang Mahkamah telah memutuskan Felda perlu membayar pampasan RM 11 juta kepada peneroka kerana mereka ditipu dalam pembayaran hasil sawit yang diusahakan. Bermakna ada pengurusan yang tidak kena di Felda sendiri.
Kontroversi kedudukan kewangan FELDA sudah menjadi isu yang semakin panas lantaran pelbagai pihak dikalangan peneroka kini telah menfail kes saman di mahkamah dan lantaran itu menyebabkan ada justifikasi rakyat menuntut keterangan sebenar mengenai kedudukan kewangan Felda.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,612 hits
Kalendar
Jun 2011
M T W T F S S
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: