MURTAD FENOMENA YANG TIDAK MENGEJUTKAN

Kenyataan Media MAPIM

18hb Jun 2011

MAPIM berpandangan adalah tidak mengejutkan gejala murtad kelihatan agak tinggi seperti yang didedahkan oleh pihak Menteri Ehwal Islam JPM jika masyarakat melihat pelbagai faktor yang menyumbang kepada gejala tersebut.

Jika dilihat faktor yang berkaitan dengan budaya hidup , status sosio-ekonomi , persekitaran masyarakat , isu kekeluargaan , kegagalan pendidikan Islam yang berkesan semada secara formal mahupun tidak formal serta kegiatan da’wah serta khidmat dari pihak berkuasa berkaitan dengan urusan mualaf yang tidak berkesan, adanyanya usaha terang-terangan mahupun secara halus mempengaruhi agar orang Islam keluar dari Islam , semua ini menyumbang kepada pemurtadan di negara ini.

Faktor sosio-ekonomi sering menyebabkan golongan mualaf mahupun orang Melayu Islam tertekan dengan kesempitan kehidupan dan dengan itu terdedah kepada pujukan yang akhirnya murtad. Menjadi jalan terakhir bagi seorang Islam bila keadaan hidup yang terdesak berakhir dengan pilihan untuk keluar dari Islam tertutama bila pendidikan dan penghayatan Islamnya amat rendah.

Demikian juga dengan masalah tekanan keluarga yang tidak mampu diatasi oleh penganut Islam yang baru. Ditambah dengan tidak ada yang dapat didekati untuk mendapatkan kaunseling , seorang mualaf terdedah dengan pengaruh dan tekanan dari keluarga , akhirnya memilih untuk murtad.

MAPIM juga berpendapat bahawa terdapat persekitaran masyarakat yang juga tidak menyokong untuk seorang mualaf dapat hidup sebagai seorang Muslim yang terbela. Ujudnya ketidakpedulian masyarakat terhadap mualaf telah menyebabkan mereka merasa tersisih dan tidak diperhatikan.

Sementara itu berlaku juga kesulitan yang dihadapi oleh mualaf untuk mendapat bantuan dan berurusan dengan pihak berkuasa agama. Sering kerumitan yang dihadapi menyebabkan seorang mualaf hilang keyakinan dan harapan untuk mendapat pembelaan sehingga mereka membuat keputusan untuk kembali kepada agama asal.

MAPIM  juga tidak menafikan wujud usaha secara nyata mahupun secara halus bila ada pihak yang memang sengaja menjalankan kegiatan untuk memurtadkan orang Islam. Gerakan pemurtadan ini bukan baru. Perlindungan terhadap orang Islam dari didakyah untuk keluar Islam seperti yang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan tidak menjamin murtad tidak berlaku.

Sementara kedudukan orang yang menganut Islam kelihatan terjamin dari sudut Perlembagaan Persekutuan akan tetapi secara pragmatik , realitinya tidak menjaminkan seseorang itu boleh kekal dalam Islam jika semua faktor yang disebut diatas tidak diambilkira.

MAPIM juga mengesa semua pihak berkuasa agama negeri segera melihat keperluan menggubal enakmen yang berkenaan dengan murtad secara tegas dan jelas. Enakmen yang ujud di Negeri Sembilan perlu dikaji semula untuk mengelak ujudnya ruang untuk orang Islam murtad berdasarkan peruntukan undang-undang syariat.

Oleh yang demikian MAPIM menegaskan bahawa perlu dilakukan usaha yang berterusan dan menyeluruh supaya gejala ini dapat dibanteras.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agong MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,654 hits
Kalendar
Jun 2011
M T W T F S S
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: