Respon Tentang Negara Kebajikan

Negara Kebajikan seperti yang diucapkan oleh Presiden PAS dalam ucapan dasar Muktamar yanglalu adalah jelas berprinsipkan serta bertitiktolak dari landasan Al Quran dan As Sunnah.

Prinsip yang diungkap oleh Presiden PAS itu adalah bersumber dari tafsiran pemimpin-pemimpin PAS yang merumuskan bahawa ciri sebuah negara Islam pada asasnya adalah kesejahteraan dan kebajikan rakyat yang bernaung dibawah pemerintah Islam.

Dengan yang demikian dasar keadilan sosial , ekonomi serta politik dan kebudayaan  dan  hak semua rakyat adalah seperti yang dilandaskan kepada Al Quran.

Yang jelas apa yang hendak dicapai oleh Negara Kebajikan oleh PAS ialah sebuah pemerintahan yang menjamin urustadbir/uruskelola ( governence) yang lengkap dan menyeluruh seperti yang dituntut oleh Islam iaitu : menjalankan pentadbiran dan kepimpinan yang bercirikan ketelusan , amanah , adil , akauntabiliti , wibawa dan berpaksikan kepada KeTauhidan kepada Allah S.W.T.

Negara Kebajikan yang dilafazkan oleh PM adalah respon kepada visi itu tetapi tidak berlandaskan sebuah ideologi yang jelas. Sementara beliau mengatakan BN menjaga kebajikan semua kaum , namun yang jelas realitinya ialah polarisasi kekayaan wujud bukan sahaja antara kaum malah intra kaum sangat meluas di negara ini.

Sementara dasar DEB telah disalahguna , kemudian DPN diperkenalkan di zaman Pak Lah yang tidak memberi apa-apa bekas , manakala kini ETP diungkap oleh Najib , akan tetapi yang jelas ialah kekayaan negara semakin menunjukkan kecenderungan untuk memperkayakan golongan yang sudah sedia kaya dan rakyat terpaksa dibebankan dengan pelbagai masalah kos hidup yang semakin meningkat.

Ditambah lagi negara kebajikan yang dimaksudkan oleh Najib tidak menunjukkan perubahan dasar dalam model ekonomi pasaran bebas atau ekonomi liberal yang diguna pakai yang sangat cenderung mengutamakan golongan konglomerat.

Negara Kebajikan ala model Barat yang diguna oleh BN  hanya berasaskan kebajikan dalam ertikata pertumbuhan ekonomi semata yang sebenarnya tidak lengkap malah pincang .

Seperti yang dialami oleh negara kebajikan seperti Greece , Finland dan Portugal yang kini sedang  berhadapan krisis yang sangat parah ialah kerana kebajikan yang digunapakai hanya terbatas kepada persoalan keperluan fizikal semata.

Negara Kebajikan yang dimaksudkan oleh Najib juga tidak boleh disamakan maksud yang diungkap oleh Presiden PAS dengan hanya menyentuh persoalan memenuhi keperluan semua kaum sahaja.

Kebajikan yang dimaksudkan oleh PAS adalah lebih merangkumi termasuk soal keadilan undang-undang , menjaga hak dan kebebasan bersuara , intergriti pentadbiran , menjaga bidangkuasa antara legislatif-kehakiman-dan esksekutif , mempertahankan dan mendidik akhlaq rakyat , menjaga kemurnian dan kesucian agama , megutamakan keperluaan asas rakyat serta menjaga keharmonian antara agama dan ras.

Ternyata ciri kebajikan yang diungkap oleh Najib bukan sahaja sangat terbatas malah banyak ciri yang dinyatakan hanya tinggal slogan dan retorik tanpa perlaksanaan yang sepatutnya. Realitinya ialah rasuah , salahguna kuasa , membolot kekayaan oleh segelintir kelompok elitis , melebarkan jurang antara golongan kaya dan golongan miskin , eksploitasi sumber yang tidak mapan dan meminggirkan prinsip maqasid syariah seperti yang dituntut oleh Islam.

Cikgu Azmi

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 347,367 hits
Kalendar
Jun 2011
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: