TERAS SOKONG TINDAKAN DIAMBIL TERHADAP PELUKIS DAN PENERBIT KARTUN DALAM UTUSAN MALAYSIA

Kenyataan Media TERAS
16hb Jun 2011
TERAS Pengupayaan Melayu meyokong cadangan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk ‘Kekeliruan Kes Rogol’ yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.
Jelas sekali penulis dan penerbit berniat buruk untuk memperkecil dan menghina hukum Islam sekaligus ulama mengenai bagaimana hukum Islam menangani persoalan pembuktian dalam kes –kes yang diadili melalui hukum syariat.
Utusan Malaysia dengan sangat tidak bertanggungjawab seolah-olah menjalankan peranan yang sama seperti media Barat yang anti Islam dalam hal perlaksanaan syariat Islam.
Media Barat sering mencari ruang untuk menyendir hukum Islam dan para ulama bila mereka cuba memberi gambaran yang sangat jelek dan hina kepada syariat Islam. Dengan sangat sinis kartun media Barat tidak jemu-jemu menunjulkan pertentangan hukum syariat dengan soal keadilan dan peri kemanusiaan.
Nampaknya Utusan Malaysia sudah dijangkiti dengan virus jurnalisme murahan seperti media Barat bila ia cuba menunjulkan ciri-ciri aneh dalam undang-undang Islam serta sikap ulama berkait dengan hukum undang-undang Islam.
Oleh kerana itu TERAS mendesak supaya pihak berkuasa menggunakan peruntukkan undang-undang Islam yang ada untuk mendakwa pelukis dan penerbit kartun tersebut sebagai suatu pengajaran kepada masyarakat awam agar jangan sewenangnya cuba menghina Islam.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,654 hits
Kalendar
Jun 2011
M T W T F S S
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: