MAPIM AKAN KE GAZA DALAM MISI KEMANUSIAAN RAMADHAN DI GAZA KE II

MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA
(MAPIM)
Suite 1 , Tingkat 5 , PTTC , Jelapang , Ipoh , Perak D.R  
Kenyataan Media MAPIM
27 hb jun 2011

MAPIM AKAN KE GAZA DALAM MISI KEMANUSIAAN RAMADHAN DI GAZA KE II

 

Majlis Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengumumkan bahawa ia akan menganjurkan misi kemanusiaan kali ke dua pada Ramadhan akan datang ini di Gaza . Misi kedua ini dijangka akan berangkat pada 15 Ramadhan 1432h bersamaan 15 hb Ogos 2011.

Misi tahun lalu  yang diberi nama Gaza Ramadhan March for Freedom telah berjaya menghantar bantuan bernilai Rm 350,000 secara langsung kepada rakyat Gaza .  

Misi kali ini akan disertai 32 orang yang akan memasukki Gaza melalui Rafah untuk kali ke dua setelah berjaya melepasi Rafah pada Ramadhan tahun lepas yang dianggotai 44 orang.

Tujuan misi kali ini adalah untuk melanjutkan usaha melaksanakan beberapa projek kemanusiaan di Gaza yang dikenalpasti dalam misi yang lalu iaitu antaranya pembinaan sebuah Hospital kanak-kanak , pembinaan semula Masjid , pembinaan jalan di daerah Khan Yunis , projek Taman Pemulihan kanak-kanak Trauma Pasca Perang , pembinaan Markaz Ulama Rantau Asia , program Bandar berkembar dan penawaran pengajian Perubatan di Malaysia.

Rombangan kali ini akan meliputi program menyaksikan penyempurnaaan pembinaan sebuah Masjid di Beit Hanun di utara Gaza iaitu Masjid An Nasr yang disumbang oleh dana yang dikumpul MAPIM sejak dari tahun lepas.

Dalam misi tahun lalu , anggota rombongan telah melaksanakan tugas mencari fakta berkaitan dengan keadaan kesihatan , masjid , infrastruktur , pendidikan , pertanian , pusat pengajian tinggi , serta sistem politik di Gaza .Selain itu rombongan juga melihat beberapa kesan kemusnahan akibat Perang Furqan iaitu serangan Israel ke atas Gaza selama 22 hari dari 28 hb Disember 2008 hingga 17 hb Januari 2009.

Kali ini MAPIM akan melengkapkan lagi pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan pelbagai kegiatan NGO yang ujud di Gaza dalam rangka mengenalpasti bagaimana NGO di Malaysia boleh bekerjasama dengan pihak kerajaan dan NGO di Gaza dengan lebih berkesan.

Dijangka MAPIM akan mengatur pertemuan dengan pelbagai kelompok masyarakat sivil di Gaza dari pelbagai sektor seperti wanita , belia , mahasiswa , professional , ulama , petani , nelayan , usahawan , ahli media , ahli akademik ,ahli seniman dan budayawan , bandan kebajikan dan kanak-kanak , NGO kesihatan dan pendidik sekolah .

MAPIM berharap misi kali ini akan mengukuhkan lagi usaha merampatkan hubungan rakyat ke rakyat antara Malaysia dan Gaza khususnya serta Palestin umumnya.

Ramadhan di Gaza ke II ini berhasrat untuk merapatkan perhubungan antara Malaysia dan Gaza di pelbagai lapisan agar manfaat dua hala dapat dicapai untuk dimanfaat secara langsung oleh kedua-dua pihak.

MAPIM kini sedang membuka penyertaan anggota rombongan dari NGO dan individu yang berminat untuk menjadi sukarelwan dalam misi ini. Mereka harus bersedia untuk bukan sahaja mengikut rombongan tersebut tetapi menjadi sukarelawan berterusan untuk membantu menjayakan pelbagai projek pemulihan Gaza yang diushakan MAPIM.

Misi kali ini mengharapkan peserta akan siap membiayai perbelanjaan perjalanan sendiri serta boleh mengumpul dana untuk dibawa bersama bagi disumbangkan kepada rakyat Gaza.

MAPIM berbangga dengan kejayaan yang dicapai dalam misi yang lalu dimana rakyat Palestin di Gaza serta pihak kerajaan Gaza telah memperakui MAPIM sebagai rakan dalam pembangunan semula Gaza. Sambutan yang telah diberi adalah diluar dugaan pada ketika itu dan MAPIM berharap keadaan yang sama akan dapat diulangi untuk misi kali ini.

MAPIM berharap agar misi ini akan juga disertai oleh wakil-wakil NGO , ahli politik , ulama , media dan ahli professional seperti misi yang lalu.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,885 hits
Kalendar
Jun 2011
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: