SAF SEKALI LAGI MENEGASKAN HUKUM QAZAF DILAKSANAKAN KE ATAS DATUK T

Kenyataan Media SAF

26hb Jun 2011

SAF sekali lagi menegaskan tuntutan untuk  Jabatan Agama Islam W.Persekutuan segera melaksanakan hukuman Qazaf di bawah Enakmen Jenayah Syariah  ke atas mereka yang terlibat sebagai ‘Datuk T’ berhubung tuduhan zina mereka terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peruntukkan tersebut jelas terdapat dalam  seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan yang mengikut Undang-undang Syariah, tuduhan zina kepada seseorang tanpa membawa empat orang saksi, mereka boleh dikenakan prosiding qazaf.

 Bagi SAF keputusan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kelmarin menjatuhkan hukuman RM5,500 ke atas ketiga-tiga Datuk T tersebut adalah hukuman yang jelas tidak selaras dengan hukum Syariah .

Malah jika dilihat implikasi dari perlakuan mereka untuk mengfitnah Datuk Seri Anwar , hukuman denda tersebut adalah suatu persendaan terhadap hukum qazaf dalam Islam.

Bukan sahaja pendakwaan dan hukuman itu seolah  sekadar untuk menunjukkan proses undang-undang telah dilaksanakan , malah pencemaran peribadi  yang tertuduh iaitu Datuk Seri Anwar telah diiznkan tanpa menimbangkan betapa imej beliau dihina dengan sangat keterlaluan.

Melihat kepada cara pembela  membaca pembelaan terhadap ketiga-tiga Datuk T di mahkamah , tujuan sebenar adalah untuk mencapai matlamat merosakkan  imej pihak yang yang dituduh dan bukan untuk mengaku salah semata-mata.  

Inilah barangkali rencana yang mereka dirangka dalam konspirasi fitnah  yang  menyimpulkan bahawa musuh politik nombor satu perlu di”bunuh” walau dengan cara apa sekalipun.

Kami menjangka implikasi dari keputusan mahkamah sivil tersebut akan menjadi prisiden untuk sesiapa sahaja selepas ini yang melakukan kesalahan yang sama boleh menerima hukuman yang memang mampu dibayar sekaligus mengabsahkan sesiapa boleh melakukan tuduhan dengan kaedah yang sama .

Dengan ini prosiding tersebut telah mengesahkan  peruntukkan hukum syara’ mengenai Qazaf dibawah bidangkuasa pihak berkuasa agama boleh dibakulsampahkan begitu sahaja.

Apatah lagi ketika pihak hakim mahkamah membenarkan peguam pembela kepada Datuk T mengambil kesempatan untuk melafazkan kata-kata yang mengimplikasikan orang yang dituduh melakukan zina tanpa di tegur .

Nampaknya fitnah yang sudah disebar luas diluar mahkamah dibenarkan juga dilakukan didalam mahkamah. Padahal amat jelas tujuan Datuk T mengaku bersalah bukan di atas rasa bersalah kerana melanggar undang-undang , akan tetapi berbangga kerana telah mencapai matlamat yang dikehendakki selama ini iaitu menyelar imej Dari Seri Anwar Ibrahim demi memenuhi agenda politik mereka dan pihak yang mendokong cita-cita mereka .

Pihak media perdana pula berpesta berita untuk turut melaporkan seolah-olah kata-kata peguam pembela Datuk Shafee Abdullah mengenai pendapat pakar dari US yang dikatakan mengesahkan keabsahan video memang benar untuk menyimpulkan orang yang dituduh dalam video adalah Datuk Seri Anwar.

Soal semada ini boleh dicabar atau tidak sebagai bukti tidak diambil kira dalam mahkamah tersebut , malah dibenarkan untuk dinyatakan  kononnya untuk membela Datuk T yang mengaku bersalah.

SAF mempersoalkan apakah kedudukan hukum qazaf yang ada dalam peruntukan enakmen jenayah JAWI dalam hal ini tidak releven dalam kes pertuduhan ini?. Dimanakah maruah JAWI dan undang-undang syariah apabila dalam jenayah qazaf , orang yang dituduh tanpa menghadirkan 4 orang sakasi yang muhsan tidak dapat pembelaaan mengikut yang telah digariskan oleh hukum Islam.

SAF menuntut  Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai kedudukan tuduhan zina yang kini dibenarkan oleh mahkamah sivil dan disebarluaskan oleh media massa.

Para Mufti dan ahli perundangan Islam  harus memberikan panduan untuk mengingatkan masyarakat Islam  agar semua pertimbangan dan hukuman jenayah dalam Islam hendaklah bersandarkan kepada perundangan Islam dan bukan melalui media massa.

Membiarkan media menyiarkan gambar berulang-ulang laki  sekaligus dengan tujuan menimbulkan prasangka kepada yang tertuduh seharusnya tidak dibenarkan.

Jelas SAF tidak keterlaluan untuk merumuskan hukuman yang dikenakan ke atas Datuk T sememangnya untuk mememenuhi agenda memburukkan imej yang dituduh. Dengan hanya mengenakan hukuman membayar denda yang kecil menyebabkan matlamat untuk membunuh keperibadian tertuduh dianggap tercapai.

SAF juga kesal terhadap kenyataan PM yang mengatakan terpulang kepada rakyat untuk menghakimi apakah video itu benar-benar  temasuk Datuk Seri Anwar didalamnya .

Ini adalah suatu kenyataan yang tidak bertangungjawab.

Pertama , adakah PM merestui video itu diedar untuk ditonton oleh semua rakyat ataukah ini termasuk dalam agenda asal untuk mencemar keperibadian Datuk Seri Anwar?

Kedua, setelah merestui media massa seperti RTM , TV3 , Utusan Malaysia , Kosmos , Berita Harian menyiarkan gambar video itu seluasnya bertujuan untuk meningkatkan serangan terhadap Datuk Seri Anwar , apakah maksud PM rakyat menghakimi video tersebut?

Bukankah ini hanya suatu pernyataan bahawa memang pihak PM mahu rakyat percaya mengikut apa yang kerajaan dibawah PM mahu rakyat percaya.

 Mohd Azmi Abdul Hamid  – Pengerusi SAF

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,480 hits
Kalendar
Jun 2011
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: