FORUM PERPADUAN UMMAH

 UNIVERSAL JUSTICE NETWORK

London Secretariat – Islamic Human Rights Commission, PO Box 598, Wembley HA9 7XH, UK, Tel: (+44) 208 9044 222, Fax: (+44) 208 9045 183, http://www.ihrc.org.uk Penang Secretariat – Citizens International, No.10, Jalan Mesjid Negeri, 11600 Penang, Malaysia,  Tel / Fax No.: 00-604-8284648, cizs@streamyx.com

“Berpegang teguhlah semua kalian dengan Tali Allah”

27hb Jun 29011

Assalamualaikum wr wb

FORUM PERPADUAN UMMAH 

Menolak Perselisihan dan Membentuk Kesatuan Ummah

 

Menemui tuan / puan dengan doa agar  sentiasa berada dalam keadaan sihat dan wal afiah dibawah naungan dan hidayah Allah S.W.T

Dengan segala sukacitanya  dimaklumkan bahawa Universal Justice Network dengan kerjasama Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam Universiti Malaya , Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan menganjurkan Forum seperti tercatat di atas.

Tuan / puan dengan ini adalah dijemput untuk hadir dalam forum yang sangat penting ini. Organisasi tuan / puan juga dijemput menghantar 5 orang wakil.

Kami sangat mengharapkan agar tuan / puan mengambil perhatian bahawa forum ini bertujuan mencari kesepakatan . Kerana itu mereka yang menyertai sangat diperlukan bersikap positif dan konstruktif  demi membina kesatuan ummah. Latarbelakang mengenai forum ini adalah dilampirkan .

Jemputan ini adalah terpilih untuk tuan / puan yang boleh terlibat secara positif dan konstruktif dalam perbincangan yang bertujuan untuk mencari persefahaman dan persepakatan demi mencari jalan untuk membina perpaduan ummah.

Forum ini akan menghadirkan ahli-ahli pemikir Islam yang boleh menyumbang secara positif bagi mengukuhkan keutuhan persaudaraan dan kesatuan ummah untuk menghadapi cabaran dari luar oleh pelbagai pihak dikalangan kuasa Barat dan juga cabaran dari dalam yang melibatkan kepimpinan dikalangan umat Islam sendiri.

Bersama ini dikepilkan latarbelakang forum ini dan berikut adalah perincian program forum tersebut:

Tarikh :  5 Julai 2011

Masa           : 8.45 – 11.30 malam

Tempat       : Balai Ilmu  , Akaedmi Pengajian Islam Universiti Malaya

                          Kuala Lumpur

Peserta : ( Intelektual, ulama, NGO, Pelajar, Akademia, media, dll) – terpilih

    100 – 150 peserta tempatan

 

Ahli Panel    Hj S.M. Mohamed  Idris – Pengerusi Universal Justice Network

Hj.Mohideen Kader – Pengarah Citizen International

Imam Al Asi – USA

Ayatollah Araghi – Iran

Dr Kamal Helbawy – UK

Mufti of Al Azhar – Egypt

Abdul Ghaffar Aziz – Pakistan

Ust Abdul Ghani Samsudin – Pengerusi SHURA

Acara :

8.45 mlm    :   Bacaan Al Quran

8.50 mlm     :  Kata aluan oleh penganjur

Pengenalan ahli Panel

9.15 mlm     :  Forum berformat Q & A

11.30 mlm   :  Rumusan oleh Penganjur

 

Sila hubungi    Azmi no.tel  tel 019 4744856 , Ust Zulkifli  017 5554828 dan Aminah 04 8284648 untuk kepastian kehadhiran tuan/puan. Bagi tuan / puan dari organisasi , kami menyediakan 5 tempat untuk wakil organisasi untuk hadhir.

Kehdahiran dan penyertaan tuan/puan sangat dialu-alukan.

Sekian Wassalam.

Yang benar ,

 

 

MOHD AZMI BIN ABDUL HAMID.

Penyelaras Forum

 

 

                                      KERTAS LATARBELAKANG FORUM PERPADUAN UMMAH

“Berpegang teguhlah semua kalian dengan Tali Allah”

“Jika kita gagal untuk memahami bahawa betapa perlunya untuk kita menghubungkan semula masyarakat, komuniti, puak, dan etnik di wilayah kita, kita akan kehilangan momentum sejarah. Masa depan kita adalah takdir bersama. Semua daripada kita di wilayah ini mempunyai takdir yang sama.” –Menteri Luar Turki Ahmet Davutoglu.

 

Revolusi yang melanda dunia Arab Muslim tidak hanya untuk menumbangkan pemerintahan diktator dan rejim warisan dan membawa satu era demokrasi, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang tetapi juga untuk menamatkan pemisahan yang dihasilkan oleh penjajahan. Hanya dengan menyangkal kecenderungan untuk memecahbelah sahaja boleh mewakili politik, menghormati hak individu dan komuniti serta kedaulatan undang-undang yang sempurna. Kecenderungan ini perlu dilaksanakan dan dikembangkan. Penjajahan berlaku dalam banyak bentuk dalam beberapa abad lepas : bermula dari pendudukan secara ganas sehinggalah kepada penjajahan ke atas budaya  tanah, sumber dan ke atas manusia itu sendiri .

Perjanjian Sykes-Picot 1916 membawa kepada pembahagian wilayah Arab di antara Perancis dan British dan penubuhan Israel di tengah-tengah dunia Arab-Mulim. Perjanjian itu merupakan pengkhianatan terhadap janji yang dibuat oleh kuasa Eropah kepada golongan elit Arab yang menyokong perang Eropah ke atas Turki. Dasar  seperti itu dan pengkhianatan ini masih berterusan. Ini dapat dilihat dengan satu laporan yang diterbit baru-baru ini seperti badan pemikir yang berkaitan dengan Pentagon iaitu RAND.

 

Beberapa laporan dalam dekad yang lepas mencadangkan penggunaan dan mempromosikan perbezaan mazhab sebagai satu cara untuk terus mengawal negara dan komuniti Muslim.

 

Dalam laporan RAND itu menyatakan dengan jelas AS dan sekutunya bukan sahaja mampu untuk menekan perlawanan  kaum Muslimin Islam tetapi juga mengawal sumber galian dan sumber manusia yang besar dikalangan umat Islam dan dalam  negara membangun.

Gerakan revolusi massa Asia Barat berusaha menyatukan rakyat untuk menghapuskan hegemoni di wilayah ini dan berjuang mengambil alih kuasa bagi menentukan hal ehwal sendiri tanpa mengikut telunjuk Washington, London atau Paris.

 

Mereka mahu menamatkan penghinaan selama ini yang dialami di tangan kuasa Barat dan ejen mereka iaitu Israel. Mereka percaya Penentangan terhadap Penindasan merupakan jalan pembebasan untuk memperolehi semula kebebasan, maruah dan kedaulatan.

Proses revolusi terbuka yang bersejarah di dunia Arab Muslim ini telah mendedahkan sikap diktator yang selama ini yang diamal oleh kuasa imperialis dan ejen lokal  mereka . Mereka melakukan konspirasi untuk menjaga kepentingan mereka dan menggagalkan matlamat revolusi rakyat.

 

Salah satu strategi yang digunakan oleh mereka ialah memisahkan rakyat dengan mempolitikan perbezaan mazhab dan mencetuskan konflik mazhab.

 

Konflik Sunnah-Syiah di Iraq dicetuskan oleh Amerika Syarikat  dalam usaha untuk melemahkan penentangan terhadap pencerobohan Amerika Syarikat di Iraq. Kerajaan Arab Saudi dan Bahrain cuba untuk mewujudkan perpecahan di kalangan rakyat Bahrain dengan melabelkan dan memburukkan kuasa demokrasi Syiah dengan dakwaan sebagai pengganas. Di Lebanon, konflik Syiah-Sunni digalakkan oleh Future Movement yang diketuai oleh Saad Hariri dengan sokongan AS dan Arab Saudi.

Untuk mengeksploitasi perbezaan Sunni-Syiah, pentadbiran AS menyokong kumpulan pengganas seperti Jundallah yang berfahaman Sunni di Pakistan untuk menjejaskan kestabilan Iran bermatlamat untuk perubahan rejim.

Arab Saudi dan beberapa negara Teluk membiayai beberapa ulama ekstremis dan kumpulan yang menanam benih kebencian kepada Syiah dan Iran.

Washington dan London juga membiayai dan menyokong elemen dalam kalangan komuniti Syiah di Barat dan di tempat lain untuk menyemai perasaan anti Sunni dan melemahkan model revolusi yang dibina untuk kesatuan ummah yang selama ini diusahakan oleh Muslim yang bekerja di peringkat tempatan dan global.

Akibatnya, Muslim di Pakistan membunuh antara satu sama lain, malah di dalam masjid, kerana perbezaan mazhab. Malah di Malaysia di mana masalah ini tidak pernah wujud, beberapa pegawai agama kerajaan yang dipengaruhi oleh ulama Arab Saudi, menimbulkan perpecahan dan ketegangan dalam komuniti Muslim.

Pertubuhan masyarakat sivil perlu menangani masalah ini dengan segera dan mengemukakan rancangan untuk berhadapan dengan cabaran ini. NGO, parti politik Islam dan kerajaan Islam yang progresif mestilah bekerjasama untuk mendedahkan konspirasi imperialis untuk menanam bibit pertentangan dan perpecahan dikalangan ummah dan kerana itu kita perlu  bekerja untuk menguatkan kesatuan kita.

Dengan matlamat itulah maka Forum Kesatuan Ummah ini dianjurkan.

 

 

Matlamat Forum

1.      Untuk membentangkan kertas persepakatan  dan resolusi yang dipersetujui dalam perbicangan  meja bulat tertutup  di Pulau Pinang yang di pada 2-3 hb Julai 2011.

2.      Untuk membolehkan tokoh utama kebangsaan daripada masyarakat sivil, akademia, politik dan institusi agama untuk mendapat manfaat daripada ahli panel dari  pakar dan sarjana Islam  peringkat antarabangsa  dalam usaha mencari pendekatan menyatukan umat Islam melalui format soal – jawab.

3.      Untuk menyediakan persekitaran di mana beberapa isu yang memecahbelahkan ummah yang telah muncul baru-baru ini dapat dijelaskan dan dirangka jalan keluar untuk mengatasi bibit perpecahan tersebut.

4.      Untuk mengutarakan kepentingan pelbagai pihak bekerjasama  melibatkan diri  dalam pelan tindakan kesatuan ummah di peringkat tempatan , negara dan antarabangsa.

 

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,661 hits
Kalendar
Julai 2011
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: