TERAS KESAL PAK SAMAD DILIHAT MENGHASUT

Kenyataan Media TERAS

28hb Jun 2011

TERAS menyatakan kekesalannya terhadap tindakan polis mengheret Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said ke balai polis Dang Wangi dibawah Akta Hasutan untuk menyiasat beliau atas puisi yang dibacanya pada pelancaran BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 19 hb Jun yang lalu .
Jelas pihak polis nampaknya beria-ia untuk menghalang BERSIH 2.0 sehingga tokoh yang dihormati rakyat menjadi mangsa untuk disiasat hanya kerana puisi .
Adakah ini menunjukkan pihak berkuasa sekarang sudah menganggap puisi yang murni dan  bersifat teguran dan menyatakan kebenaran itu termasuk suatu kesalahan yang boleh mengancam negara?
TERAS merasa bahawa tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atasnya di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan  sebagai suatu yang agak keterlaluan,
Sasterawan negara itu terkenal sebagai seorang yang mampu mengungkap realiti dengan kata-kata yang sangat indah dan tepat pada makna dan kandungan untuk masyarakat tahu erti nilai murni seperti menegakkan kebenaran dan keadilan. Dan niat beliau adalah untuk meluruskan keadaan yang dilihatnya sebagai pincang. Ini termasuk soal pemerintahan dan hak demokrasi yang perlu diperbetulkan.

Pihak polis yang melihat puisi beliau sebagai ancaman dan hasutan harus belajar bahasa sastera dan jujur melihat mesej Sasterawan negara itu dengan niat menghargai dan bukan mencurigai.

.

TERAS juga kesal dan menganggap serius bila beliau juga disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya .

Kami mendokong semangat beliau yang nampaknya tidak gentar dengan tekanan yang dianggap polis boleh menekan golongan karyawan daripada menyatakan pandangan mereka mengenai perkembangan semasa.

TERAS berpendapat sememangnya ahli sasterawan dan karyawan budaya sepatutnya melihat kesusasteraan mempunyai kuasa untuk menegur pemerintah dan mereka yang rakus dengan kuasa sehingga mengenepikan hak rakyat untuk bersuara…

Apakah teguran Sasterawan itu terhadap media arus perdana yang kini sangat galak mengfitnah semua yang dilihat menentang pemerintah sebagai pihak yang buruk semuanya dianggap menghasut ? . Padahal rakyat sudah melihat keangkuhan yang keterlaluan di pihak media perdana dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa untuk mengugut rakyat yang mahu berhimpun dengan aman seperti yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

TERAS menegaskan bahawa tindakan pihak berkuasa untuk menyiasat mereka yang menyatakan hak rakyat di bawah Akta Hasutan hendaklah segera dihentikan.
Kami menyokong pendirian SUHAKAM bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 seharusnya dibenarkan dan pihak polis perlu menjalankan tangungjawabnya sesuai dengan undang-undang untuk menjaga keselamatan.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden
Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,480 hits
Kalendar
Julai 2011
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: