TERAS SOKONG PENDIRIAN SASTERAWAN NEGARA

Kenyataan Media TERAS
5hb Julai 2011
TERAS mendokong penuh pendirian 4 orang sasterawan negara yang telah mengeluarkan kenyataan bersama terhadap perkembangan semasa mengenai BERSIH.
Ketegasan tuntutan mereka bahawa semua tahanan BERSIH hendaklah dibebaskan serta para ahli sasterawan tidak harus dijadi sasaran pihak polis seperti yang diperlakukan ke atas Datuk A.Samad Said adalah sangat ditunggu-tunggu oleh masyarakat.
TERAS pernah mengumumkan pendiriannya dan telah menyatakan betapa sasterawan sebagai ahli bahasa dan budaya , sangat peka terhadap sentimen masyarakat dan oleh itu berhak utnuk menyatakan pandangan mereka melalui karya-karya mereka yang pelbagai.
Sememangnya para ahli sasterwan peka terhadap perkembangan dalam masyarakat lalu sering berkarya untuk menyatakan pandangan terhadap segala perkara yang tersirat dalam setiap peristiwa.
Oleh itu pernyataan mereka untuk turut memberi pandangan melalui karya novel , rencana , sajak , puisi atau  persembahan seni sepatutnya dihormati oleh semua pihak.
Pernyataan 4 orang ahli Sasterawan tersebut adalah suatu tindakan yang berani dan kena pada masanya.
Sebagai warga masayarakat yang mampu menggangkat nilai dan mesej yang ujud dalam setiap peristiwa , mereka sudah pasti mempunyai kebijaksanaan dalam berfikir dan bersikap dan mereka berhak untuk menyatakan pendirian mereka.
Soalnya jika pernyataan  mereka  menyentuh pihak berkuasa yang tidak senang dengan pendirian para sasterawan  maka tergantung kepada pihak kerajaan semada mahu menerima atau tidak.
Akan tetapi untuk bertindak mempersoal dan menyiasat Sasterawan Negara kerana membaca pusi dalam acara BERSIH dan dilihat sebagai orang yang disyakki terlibat dalam aktiviti mengugat keselamatan negara adalah sangat tidak wajar dan menghina.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,991 hits
Kalendar
Julai 2011
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: