TERAS KESAL POLIS HALANG MEMO DISERAH DI ISTANA NEGARA

Kenyataan Media TERAS

10 hb Julai 2011

TERAS menyatakan kekesalan terhadap tindakan polis yang menghalang memorandum yang hendak diserahkan di Istana Negara dalam perhimpunan BERSIH 2.0  kelmarin.

Bukan sahaja polis telah bersikap kasar dan keras terhadap Sasterawan Negara , Datuk A.Samad Said , malah mengugut akan bertindak dengan kekerasan jika beliau dan sekitar 20-30 orang pengiring beliau tidak beredar. Polis menunjukkan ugutan dengan mengepung Datuk A. Samad Said dan pengiring oleh sekitar 30 orang FRU.

Ketika Datuk A.Samad Said dan saya cuba berunding dengan dua pegawai polis untuk menerangkan bahawa penyerahan memorandum tersebut adalah atas persetujuan KDYMM YDP Agong sendiri . pegawai berkenaan samasekali tidak mahu mendengar malah dengan nada keras dan kasar mengarah kami beredar. Malah kami menyatakan hanya 3-4 orang sahaja yang akan ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum , namun tetap ditolak .

Pegawai tersebut hanya mengatakan mereka menerima arahan dari pihak atas bahawa kami tidak dibenarkan untuk ke Istana Negara. Padahal Datuk A.Samad Said menjelaskan persetujuan KDYMM YDP Agong adalah juga titah yang kami ingin tunaikan , kerana mengikut peguam yang turut mengiring kami (yang juga seorang ahli jawatankuasa BERSIH 2.0), pihak Istana bersetuju untuk menunggu penyerahan memorandum tersebut pada jam 4.00 petang di Istana Negara.

Sikap dan tindakan polis yang bercanggah dengan titah KDYMM YDP Agong adalah amat dikesali dan Ketua Polis Negara serta Menteri yang berkenaan perlu bertanggungjawab terhadap tindakan  anggota polis yang terbabit.

Kami membantah keras terhadap sikap polis  tersebut dan akan menyampaikan aduan resmi kami kepada KDYMM YDP Agong  mengenai kejadian yang telah berlaku.

Kami mengesa polis yang nampaknya hanya menerima arahan dari kepimpinan kerajaan dan parti yang memerintah supaya mengkaji semula fungsi dan arahan yang diberi kepada anggota pegawai bawahannya supaya maklum terhadap keputusan yang telah diambil dan disesuaikan dengan persetujuan yang telah dicapai dalam perundingan dengan KDYMM YDP Agong.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,330 hits
Kalendar
Julai 2011
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: