MEMBANTAH TINDAKAN POLIS MENGHALANG MEMORANDUM BERSIH 2.0 DISERAH KEPADA WAKIL KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG DI ISTANA NEGARA

KENYATAAN MEDIA SASTERAWAN NEGARA

Saya dengan ini menyatakan kekesalan dan membantah tindakan pihak polis yang telah menghalang saya dan beberapa orang yang menemani saya untuk menyerahkan Memorandum BERSIH 2.0 kepada  KDYMM Seri Paduka Baginda pada 9 hb Julai 2011.

 

Padahal saya ,Datuk Ambiga dan Hj Zaid Kamaruddin (kedua-duanya adalah Ahli Jawatankuasa BERSIH 2.0)  diterima mengadap pada 5hb Julai 2011 di Istana Negara untuk mendapat restu dari KDYMM Seri Paduka Baginda untuk menyerahkan memorandum tersebut.

 

Dalam majlis mengadap KDYMM Seri Paduka Baginda , Seri Paduka Baginda telah bertitah agar kami menyampaikan memorandum tersebut kepada wakil Istana Negara yang dipersetujui untuk diserahkan pada 9 hb Julai 2011.

 

Saya telah menerima amanah untuk menyampaikan memorundum itu bagi pihak ahli jawatankuasa BERSIH 2.0 dan rakyat yang mahu perubahan dilakukan ke atas proses pilihanraya di negara ini.

Pada jam 3.30 petang 9hb Julai 2011, saya  dan beberapa orang lain yang mengiringi  saya telah bergerak berjalan kaki dari medan Stadium Negara ke arah Istana Negara dengan tujuan untuk menyampaikan memorandum tersebut.

 

Namun setelah saya sampai di pertengahan jalan, saya telah disekat oleh beberapa anggota polis dan sekumpulan anggota FRU lengkap dengan senjata kawalan rusuhan yang dengan keras melarang saya  untuk meneruskan perjalanan ke Istana Negara.

 

Saya  telah berusaha menerangkan kepada pegawai yang berkenaan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda telah bertitah kepada saya  untuk menyampaikan memorandum kepada wakil Istana Negara.

 

Malah saya telah mengatakan temujanji dengan wakil KDYMM Seri Paduka Baginda telahpun ditetapkan pada jam 4.00 petang.

 

Saya sangat kesal dengan sikap pegawai yang bercakap dengan kasar kepada saya bahawa mereka berkeras meminta kami bersurai atau kekerasan akan dilakukan ke atas kami.

 

Saya telah merayu agar kepada pegawai polis itu agar  memberikan pertimbangan kerana persetujuan menyampaikan memorandum ini adalah dari titah KDYMM Seri Paduka Baginda sendiri.

 

Akhirnya saya telah dipaksa beredar bila anggota FRU telah mula berhimpun dan mengugut untuk bertindak.

 

Saya dengan ini akan  memanjangkan aduan resmi kepada KDYMM Seri Paduka Baginda mengenai insiden yang telah berlaku dan akan memohon sekali lagi untuk mengadap  KDYMM Seri Paduka Baginda supaya kami dapat menyampaikan memorandum ini seperti yang telah KDYMM Seri Paduka Baginda persetujui.

 

Saya menegaskan adalah sangat tidak beradab untuk pihak polis menunjukkan sikap keras dan kasar ketika berdepan dengan saya hanya kerana saya mahu menyampaikan memorandum kepada Istana Negara.

 

Saya meminta supaya pihak Ketua Polis Negara memperbetulkan sikap pegawai yang berkenaan dan merujuk kembali kepada titah KDYMM Seri Paduka Baginda yang membenarkan memeorndum itu diserah kepada pihak Istana Negara.

 

Arahan yang bercanggah dengan titah KDYMM Seri Paduka Baginda itu sendiri adalah suatu yang sangat bertentangan dengan amanah yang diberi kepada Polis DiRaja Malaysia yang di naungi oleh institusi Yang DiPedrtuan Agong.

Datuk A Samad Said

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
4 comments on “MEMBANTAH TINDAKAN POLIS MENGHALANG MEMORANDUM BERSIH 2.0 DISERAH KEPADA WAKIL KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG DI ISTANA NEGARA
  1. primavera berkata:

    Mengapa tidak serahkan saja memorandum tersebut kepada Agong pada perjumpaan pertama? Adalah wajar sekiranya pihak Bersih 2.0 mendapatkan surat titah dari Agong sebagai bukti. Pihak polis hanya melakukan tugas mereka kerana bagi mereka perhimpuanan ini tidak mendapat kebenaran. Sekiranya memorandum tersebut adalah untuk keamanan dan untuk rakyat Malaysia, tidak perlu perarakan atau demonstrasi sebegitu. Apakah tujuan perarakan tersebut? Adakah untuk memberitahu satu dunia yg negara kita teruk. Sekiranya niat itu kearah kebaikan rakyat, memorandum tersebut boleh diserahkan tanpa perlu ada perarakan kerana sudah semestinya dalam satu perarakan pasti akan berlaku kekecohan, kerosakan atau bahaya kepada org lain juga. Org luar pastinya akan membuatkan spekulasi yg akan mendatangkan keburukan kepada negara kita dari segi ekonomi dan sebagainya. Banyak cara lain yg boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut sekiranya apa yg terkandung dalam memorandum Bersih 2.0 adalah munasabah. Kita sebagai rakyat pasti akan menyokong apa yg terbaik untuk rakyat dan negara. I love Malaysia.

  2. sotongkuri berkata:

    sangat setuju dengan pendapat primavera. Kenapa perlu membuat perarakan sedemikian. Peristiwa seperti ini boleh memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Sama bangsa dan sama agama bergaduh semasa sendiri.Bagi saya, amat memalukan dan berasa amat kecewa. Fikirkan lah.

  3. Firdaus Feisal berkata:

    perarakan sedimikian hanya memenuhi kepuasan agenda politik tanpa mengira keselamatan rakyat, keselamatan negara dan juga kesan yang ianya akan membawa terhadap ekonomi negara. Pihak Polis bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan negara. Bantahan tersebut berasaskan keamanan di-mana pihak bersih 2.0 gagal untuk mencari jalan yang lebih efektif untuk mengemukakan mesej mereka. Ternyatalah bahawa mereka ( Pihak bersih 2.0) tidak menyayangi negara, malah hanya mementingkan agenda mereka.

  4. Firdaus Feisal berkata:

    Stadium ada, tapi tak nak di-gunakan. Adakah pihak bersih (P.K.R) layak memimpin negara, di mana kaedah mereka untuk menyampaikan sesuatu hasrat itu sendirinya menggugat keselamatan dalam negara ini?
    Percayalah, orang awam seperti saya yang bersifat neutral yang tidak menyokong UMNO ataupun pembangkang, dapat melihat keburukan-2 daripada perarakan mereka, sebelum mereka melakukuan perarakan tersebut.
    Walaupun mereka adalah daripada golongan-golongan yang berpelajaran tinggi, tetapi tindakan mereka (HINDRAF,Bersih) hanyalah membuatkan mereka seperti budak-budak yang lali dengan pil khayal dan membuat sesuatu tindakan yang tidak selaras dengan Misi negara kita, Wasasan 2020.
    Di manakah akal mereka? Sedangkan mereka tahu menjaga kebersihan rumah mereka, teteapi tidak sedikit pun memikirkan kesan kepada kebersihan yang akan ditinggalkan oleh demonstrasi ini. Sedangkan kereta2 mewah mereka divakum setiap hari.
    Harapan saya ; Silalah mentadbir negara selama sebulan, dan anda ( Pihak P.K.R) akan dengan sendirinya akan turun daripada pentadbiran itu kerana negara Malaysia telah Maju dengan Pentadbiran UMNO, dengan Pemimpin2 UMNO. Silalah P.K.R. Kalau saya jadi anggota UMNO, saya tidak akan berasa bimbang walaupun sedikit. Ini adalah kerana apa yang terjadi di Kelantan dan Kedah. Rakyat sendiri akan sedar yang mereka ini tidak langsung mengkotakan janji mereka dan keadaan ini akan menjadi suatu advantej kepada UMNO kerana penyokong pembangkang akan bertukar arah sejurus selepas mereka merasai kesan daripada pentadbiran mereka.
    Mereka berupaya untuk me-reka rangka-kerja yang berpihakkan rakyat. Tetapi Saudara dan Saudari, mereka akan menjadi seperti “Kera dapat bunga” apabila mereka mentadbir.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,661 hits
Kalendar
Julai 2011
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: