Politik Nasional dan Negeri Selangor

PANDANGAN BALAS
TERAS Pengupayaan Melayu Negeri Selangor
– PILIHANRAYA KE 13 UNTUK NEGERI SELANGOR.

Isu politik semada diperingkat negeri mahupun nasional adalah saling berkait.Persoalan pokok yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana kerajaan yang sedia ada boleh membuktikan “governance” yang baik untuk memenuhi kebajikan yang menyeluruh kepada rakyat.

 

Perhatian utama hendaklah diberi kepada persoalan masyarakat yang paling terdedah kepada peminggiran dalam proses pembangunan. Golongan seperti penghuni di kawasan setinggan , pekerja berpendapatan rendah , penduduk desa yang berekonomi lemah , dan kelompok petani , nelayan , pekebun kecil yang memerlukan skim pembiayaan yang manasabah.

 

Persaingan politik sebenar adalah berada digelanggang rakyat , bukan hanya dalam medan percaturan inter dan intra parti politik.

 

TERAS berpendapat adalah sangat penting isu-isu besar seperti polisi ekonomi yang dinamik , pemeliharan alam sekitar yang mapan/lestari , budaya hidup yang sederhana , politik yang partisipatif serta institusi hisbah yang cekap dipastikan berjalan dengan lancar.

 

TERAS juga berpendapt bahawa pemilihan wakil/calon dalam pilihanraya hendaklah melalui penapisan yang rapi semada di kawasan majoriti Melayu atau kawasan DUN / Parlimen bercampur .

Calon yang mempunyai wibawa ilmu , akhlaq yang kukuh , kemahiran kepimpinan yang tinggi , sikap dan gaya hidup yang sederhana , sedia berkhidmat dengan komited kepada rakyat dan mampu “deliver” perkhidmatan yang dijanji oleh kerajaan kepada rakyat dengan baik.

Berikut adalah isu-isu penting dalam pengendalian urustadbir dan uruskelola kerajaan yang perlu diberi perhatian:

1. ISU-ISU RAKYAT KRITIKAL
Fokus yang bersungguh perlu diberi kepada isu-isu kritikal di negeri Selangor yang berkait dengan kualiti hidup rakyat Selangor iaitu :
• Penerapan penghayatan nilai-nilai hidup Islami
• Intergrasi yang lebih murni antara kaum
• Kemudahan asas
• Kawalan kos hidup yang
• Pembiayaan pendidikan dan Pencapaian pendidikan
• Perumahan rakyat mampumilik
• Daya kemajuan ekonomi berdikari dikalangan rakyat
• Kualiti Khidmat agensi awam negeri
• Kualiti kesihatan
• Pengangkutan awam
• Uruselia sumber alam sekitar negeri Selangor
• Dasar pelaburan luar
• Pembangunan desa

2. MODEL URUSKELOLA (GOVERNANCE)
Urustadbir kerajaan negeri hendaklah konsisten dalam menghasilkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri yang cekap dan telus . Model yang bersifat partisipatif dan demokratik , telus dan berintegriti hendaklah dipastikan.

3. FOKUS KEPADA GOLONGAN GENERASI MUDA
Fokus yang serius hendaklah diberikan kepada anak muda . Program yang membina kematangan berfikir dan mampu melibatkan diri dalam menilai prestasi kerajaan hendaklah dilakukan . Pendidikan politik yang meluas dikalangan generasi muda perlu diberi.

4. MEMBUKA RUANG KEPADA NGO SECARA MURNI
Kerajaan Pakatan perlu membuka ruang partisipasi NGO dengan lebih bersungguh dan jujur dalam pelbagai bidang urusan kerakyatan , bukan hanya untuk mendapat sokongan politik. Penglibatan NGO dalam pelbagai peringkat dan proses membuat keputusan hendaklah dibuka agar pandangan NGO sering diambil kira. Antara kategori NGO yang perlu diberi perhatian ialah :
• Kebajikan
• Pendidikan
• Belia
• Wanita
• Pekerja
• Pendidik
• Professional
• Agama
• Seni
• Budayawan
• Mahasiswa
• Pekebun dan petani
• Nelayan

5. PENGENDALIAN ISU-ISU UTAMA PEMBANGUNAN NEGERI
Mengendali sesuatu isu yang berkait dengan isu rakyat hendaklah dilakukan dengan bijaksana dan memperlihat impak yang nyata , bukan hanya slogan dan retorika sahaja. Kerajaan negeri harus mempunyai keupayaan untuk memenangi hati rakyat di kawasan kampong .

6. MENDEKATI MASYARAKAT AKAR UMBI
Mendekati golongan akar umbi tidak harus untuk meraih undi semata. Masalah dan isu yang berkait dengan kualiti kehidupan mereka hendaklah diambil berat dengan bersungguh. Golongan seperti buruh , pekerja , nelayan , pekebun , peneroka , wanita , NGO belia di kawasan desa . peniaga kecil , pesara …semua ini hendaklah dilayani dengan berhikmah dan sangat berhalus.

7. MEMENANGI HATI DAN MINDA PENJAWAT AWAM
Usaha bersungguh hendaklah dibuat untuk melayani keperluan para penjawat awam. Setiap agensi awam punya Persatuan Kakitangan. Usaha untuk mengambil manfaat dari pelbagai sumber kepakaran penjawat awam hendaklah diguna.

8. MEMANFAATKAN KEKAYAAN NEGERI SELANGOR
Pihak kerajaan negeri Selangor perlu menunjukkan kebijaksanaan dan mengamalkan budaya berhemah dalam mengguna sumber kekayaan negeri. Dasar sederhana dalam projek-projek pembangunan dan segala acara-acara resmi hendaklah ditunjukkan kepada rakyat. Setiap pemimpin kerajaan negeri hendaklah mengamalkan budaya hidup sederhana.

9. MEMANTAU PRESTASI WAKIL RAKYAT
Pihak kepimpinan Pakatan hendaklah meletakkan benchmark kepada setiap wakil rakyat. Prestasi untuk memberi khidmat kepada rakyat hendaklah dipantau. Report Card wakil rakyat perlu dibentangkan supaya kualiti khidmat wakil rakyat di pertingkatkan dari masa kesemasa.

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,676 hits
Kalendar
Julai 2011
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: