TERAS SOKONG PUSAT HIBURAN DITUTUP PADA BULAN RAMADHAN

Kenyataan Media TERAS

15hb Julai 2011

TERAS mengalu-alukan keputusan kerajaan negeri Kedah untuk mengarahkan semua pusat hiburan ditutup pada bulan Ramadhan.

Ini adalah tindakan wajar dan kerajaan negeri tidak harus tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang mahu mempolitikkan isu ini.

Bulan Ramadhan sewajarnya dijadikan bulan mendidik rakyat supaya dapat mengawal keghairahan kepada hiburan yang melalmpau .

TERAS berpendapat bahawa gejala sosial yang berleluasa dikalangan masyarakat sepatutnya dibentaras dan kerajaan negeri bertanggungjawab mengambil langkah yang sesuai untuk menjaga akhlaq rakyat.

Pihak yang membantah tindakan ini tidak sepatutnya melihat tindakan ini secara sempit hanya dengan alasan bahawa ia adalah kebebasan rakyat berbilang kaum dan agama.

Alasan ini tidak boleh diterima samasekali kerana kerajaan tidak boleh menerima hak untuk rakyat menjalankan kegiatan yang boleh mencemar agama Islam yang menjadi agama utama di negeri Kedah khususnya dan Malaysia amnya.

Alasan ekonomi kerana perniagaan akan terjejas tidak boleh diterima. Apakah kerana mahu menuntut keuntungan , akhlaq rakyat dan kehormatan agama dan budaya hendak digadai?

TERAS dengan itu mengesa kerajaan Negeri Kedah meneruskan keputusan ini dan perbincangan untuk pihak peniaga mencari alternatif kepada perniagaan lain boleh dicadangkan.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “TERAS SOKONG PUSAT HIBURAN DITUTUP PADA BULAN RAMADHAN
  1. Habib Ahmad says:

    MAJLIS BERSAMA ULAMA : AL-HABIB KAZIM BIN JAAFAR AS-SAGGAF : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2011/07/habib-kadzim-poster.jpg

    2. MAJLIS HOL UMMUL MUKMININ SAYYIDATINA KHADIJAH AL-KUBRO : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2011/07/holskak.png

    3. Majlis Perasmian Madrasah Al Mukammil : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2011/07/mukammil.png

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,181 hits
Kalendar
Julai 2011
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: