JEMPUTAN KE MAJLIS IFTAR DAN PELANCARAN ALBUM PALESTIN “ SIAPA PEDULI …” SERTA MISI RAMADHAN DI GAZA KE II MAPIM

JEMPUTAN KE MAJLIS IFTAR DAN PELANCARAN ALBUM PALESTIN “ SIAPA PEDULI …” SERTA  MISI RAMADHAN DI GAZA KE II MAPIM (MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA)

Dengan segala sukacitanya Dato’/Tuan/Puan adalah dijemput untuk hadhir ke majlis tersebut diatas pada Sabtu 6hb Ogos 2011/6 hb Ramadhan 1432H  , jam 4.45 petang di Dewan Kasturi , Hotel De Palma , Ampang , Kuala Lumpur .

Kami dengan berbesar hati dan bangganya ingin memaklumkan kepada Dato’/Tuan/Puan bahawa MAPIM akan menjayakan Misi Ramadhan Di Gaza kali ke II yang akan dilaksanakan pada 15 hb Ogos 2011/15 Ramadhan 1432H hingga 24hb Ogos 2011 / 24 hb Ramadhan 1432 H.

Sempena dengan misi kali ini MAPIM akan juga melancarkan sebuah album khas untuk Palestin berjudul “Siapa Peduli ..” yang dihasilkan dengan penyertaan beberapa artis Negara untuk disajikan kepada masyarakat Malaysia khasnya dan dunia amnya sebagai suatu produk pendidikan kesedaran mengenai perjuangan untuk membebaskan Palestin dan pengumpulan dana Tabung MAPIM-Gaza .

 

Majlis Pelancaran tersebut bertujuan untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia bahawa misi kali ini akan disertai oleh 32 orang sukarelawan MAPIM dari beberapa NGO dan dari pelbagai sektor masyarakat Malaysia untuk menyambung misi kemanusian yang telah berjaya dilaksanakan pada bulan Ramadhan tahun yang lalu.

Misi pada Ramadhan 1431 H yang lalu yang dianggotai oleh 44 orang telah berjaya melakukan pencarian fakta di Gaza mengenai keadaan proses pemulihan Gaza serta menentukan keperluan rakyat Palestin Gaza pasca serangan Israel Disember  2008 – Januari 2009.

Dari misi tersebut MAPIM telah mengenalpasti beberapa projek pemulihan yang utama antaranya keperluan sebuah Hospital Kanak-kanak , pembinaan semula sekolah , rumah kediaman dan masjid , membaikpulih prasarana asas seperti bekalan air bersih , sanitasi , bekalan elektrik dan pemulihan makmal Universiti Islam Gaza .

Sebagai kesinambungan misi tersebut , misi Ramadhan di Gaza ke II kali ini akan membina jaringan rakyat ke rakyat antara Malaysia dan Gaza dalam pelbagai sektor ; agama , kesihatan , pendidikan , seni budaya , professionalisme , pembangunan belia dan wanita , pertanian ,  pengurusan sumber , sains dan teknolgi , dan ekonomi .

Majlis iftar ini akan dihadhiri oleh artis-artis yang turut terlibat menghasilkan album yang berkaitan iaitu Mawi , Jay Jay , Mila , Aliyah , Hafiz , Azhan dan Shafinaz.

Album yang akan dilancarkan ini pada majlis iftar akan diharap dalam menjadi peransang kepada seluruh lapisan masyarakat untuk  mendokong perjuangan pembebasan Palestin dan Masjid Al Aqsa.

Dato’/Tuan/Puan dengan ini diharap akan hadhir dan turut menyumbang kepada Tabung MAPIM-Gaza. Sumbangan Dato’/Tuan/Puan boleh disalurkan secara tunai di majlis tersebut atau dengan cek kepada Akauan MAPIM- Gaza……………………..

Kehadhiran dan sumbangan Dato’/Tuan/Puan sangat diharapkan dan kami merasa penyertaan Dato’/Tuan/Puan akan meningkatkan semangat dan dorongan untuk meneruskan amal soleh memperjuangkan izzah Islam dan maruah Ummah.

Bersama ini disertakan acara majlis tersebut untuk penelitian Dato’/Tuan/Puan.

Kami sangat mengharapkan agar Dato’/Tuan/Puan dapat memberi kepastian kehadhiran  Dato’/Tuan/Puan dengan menghubungi Sdr Norasyikin 017 6649044 , Ustaz Zulkifli 017 5554828, Pn Noridah 012 2109753 pada atau sebelum 4hb Julai 2011/4 hb Ramadhan 1432H.

 

Sekian terima kaseh.

 

Yang benar ,

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agong MAPIM

 

 

 

 

 

MAJLIS BERBUKA PUASA

MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA (MAPIM)

sempena

PELANCARAN ALBUM PALESTIN (SIAPA PEDULI….)

dan

MISI RAMADAN DI GAZA KE-2 (RADIG-MAPIM)

Hotel De Palma, Ampang, Selangor

6 Ogos 2011/6 Ramadhan 1432

 

Aturcara  Majlis

1645         ..       Tamu ambil tempat

1700         ..       Ucapan Sambutan Pengerusi Majlis

1705         ..       Doa Sambutan

1710         ..       Tayangan “Tangisan Gaza”

1720         ..       Ucapan  Perasmian  dan  Pelancaran  oleh

Cikgu  Mohd  Azmi  Abdul  Hamid  (Setiausaha  Agong   MAPIM)

1750         ..       Persembahan  Lagu  Tema   Album   SIAPA PEDULI…..

•  Jay Jay

•  Mawi

•  Hafiz

•  Aliyah

•  Azhan

•  Syafinaz

1800         ..       Penampilan  Istimewa  Sasterawan  Negara  Dato’ A. Samad Said

Deklamasi Sajak “ANAK-ANAK PALESTINA”

1815         ..       Penyerahan  Sumbangan dari  pada  dermawan  untuk

Tabung MAPIM GAZA

1835         ..       Pengumuman  Sukarelawan  dalam  Misi   RADIG ke-2

1845         ..       Sidang Media

1920         ..       Iftar (BukaPuasa)

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,682 hits
Kalendar
Julai 2011
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: