Gaza

Sejak 2006 Gaza telah dihukum oleh Israel dengan kerjasama Mesir dan US dengan cara melakukan sekatan seluruh sempadan Gaza iaitu laut , darat dan udara. Hukuman itu ialah bila kerajaan Gaza beralih kepada HAMAS yang menang dalam pilihanraya pada 2005 . Semenjak itu 1.8 juta rakyat Palestin di Gaza yang hanya  45 km panjang dan 14 km lebar itu menjadi penjara terbuka yang terbesar didunia. Sekatan yang melanggar undang-undang antarabangsa dan menafikan hak asasi manusia itu telah menyebabkan seluruh ekonomi Gaza hampir lumpuh dan sebagai akibat telah menjadikan kehidupan di Gaza bagaikan neraka dunia. Mereka dinafikan untuk keluar dari Gaza melalui mana-mana sempadan , orang luar Gaza tidak dibenarkan masuk , bantuan kemanusian seperti ubat-ubatan , makanan , keperluan harian  disekat masuk ke Gaza dan pengangguran melonjak naik.

Pada 27hb Disember 2008 hingga 17 hb Januari 2009 Gaza diserang oleh Israel selama 22 hari. Mesir pula menutup pintu Rafah yang merupakan satu-satunya peluang rakyat Gaza menyelamatkan diri. Lebih 1400 orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita terbunuh , ribuan lagi cerdera , 5,000 rumah kediaman hancur , puluhan sekolah dan masjid di bom , hospital di jadi sasaran , universiti dan bangunan Parlimen di tembak dengan peluru berpandu , bangunan polis , bangunan PBB dan banyak gedung kementerian diledakkan , sebahgian besar infrastruktur seperti sanitasi , prasarana kumbahan , jalanraya ,jambatan , bekalan eletrik dan air musnah . Israel mengguna helikopter , jet pejuang , peluru berpandu jarak jauh dan bom posforous yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa dalam serangan paling ganas dalam sejarah konflik Palestin-Israel.Malangnya agensi  dunia seperti UN , NATO , OIC , Liga Arab , Palang Merah tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan keganasan Israel.

Sehingga kini Gaza maseh terus dikepong dan kehidupan rakyat Gaza terus menderita. Gerakan membebaskan Gaza kini bergema diseluruh dunia . MAPIM mengenalpasti projek Hospital Kanak-kanak sebagai projek yang utama untuk memulihkan keadaan di Gaza. Flotilla ( rombongan kapal-kapal kemanusiaan )  dari beberapa negara yang digerakkan oleh pelbagai golongan dari NGO dan individu antarabangsa akan terus berusaha untuk memecah kepungan laut Gaza oleh Israel.

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,639 hits
Kalendar
Julai 2011
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: